Barang-barang Yang WAJIB Dibawa Ke Dalam Labour Room

Barang-barang Yang WAJIB Dibawa Ke Dalam Labour Room

Di masa nak bersalin ini, ibu ayah kadang kala mesti panik dan tak tahu keperluan yang diperlukan semasa di hospital, tak kiralah di dalam wad selepas bersalin mahupun barang yang perlu ada bersama di labour room semasa proses kelahiran anak. Penting tau untuk suami selalu temankan isteri dalam labour room untuk tenangkannya.

Semasa trimester-3, ibu ayah dah perlu menyediakan beg hospital dan letak dalam kereta supaya senang kalau apa-apa berlaku, suami kita tak de la tercari-cari barang yang perlu dibawa ke hospital. Selain itu, kita perlulah menyediakan barang-barang keperluan bayi kita selepas lahir, takut nanti anak kita tak cukup baju untuk pakai.

Tapi, ramai ibu ayah yang tidak menyediakan barang-barang untuk dibawa masuk ke labour room. Barang-barang ini juga penting walaupun ianya tidak sebanyak barang-barang dalam beg hospital ibu-ibu.

.

barang dalam labour room

.

Barang-barang ini memang penting untuk memudahkan kita dan bayi kita selepas kelahiran. Kita akan berada agak lama di dalam lambour room selepas anak kita lahir untuk jahit mana-mana bahagian yang terkoyak. Tapi, anak kita memerlukan baju. Takkan nak tunggu sampai masuk wad baru anak kita nak pakaikan baju kan?

Syu masih ingat Syu tak bawa satu set baju baby ke dalam labour room, Syifa’ terpaksa dibalut dengan kain hospital je sampailah kami dipindahkan ke wad. Kesian Syifa’ kesejukan.

Jadi, lepas ini barang-barang ini eloklah kita bawa ke dalam labour room. Nampak remeh tapi penting sebenarnya. Jangan dilupa juga set berpantang yang selamat dan semulajadi, dan yang paling penting boleh digunakan seawal hari pertama kelahiran bayi  lagi.

Hubungi Syu untuk dapatkan Set Berpantang ini hari ini juga dan alami hari-hari berpantang yang penuh tenaga tanpa lemah lesu, yang paling best TANPA SEMBELIT!

.

Love,

sign blog 2

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Good tips !bagus utk ibu prepare sebelum ke hospital supaya tak miss.
    mommykemai recently posted…10 Sebab Kenapa Susu Ibu Berkurang | Tips Milk BoosterMy Profile

  2. Good info untuk bakal ibu ayah prepare nak sambut orang baru.

    sebelum tu jangan lupa singgah https://web.facebook.com/thephotolicious/

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.