Bahaya Diabetis (GDM) Ketika Hamil

Bahaya Diabetis (GDM) Ketika Hamil

GDM amatlah berbahaya kepada Ibu Hamil

Semasa hamil, pernah tak ibu-ibu kena minum air gula? Minum air gula tu amatlah perit rasa kan? Nak telan segelas air gula tu rasa macam lamanya nak habis kan? Terasa kat tekak setiap  kali kena minum air gula tau. Terbayang-bayang kena minum air gula semasa mengandung dulu. Tapi, tahukah ibu-ibu yang minum air gula tu sebenarnya penting pada kita yang sedang hamil?

Dengan minum air gula tu, sebenarnya doktor nak pastikan sama ada kita ada GDM ataupun tidak. Ini kerana paras gula dalam darah akan naik apabila kita positif GDM. Sebab itulah, janganlah kita mengelak dari minum air gula ye.

.

Apa itu GDM?

Diabetis semasa hamil ini disebut juga dengan diabetis gestasi (GDM). Ia hanya dihidapi oleh ibu ketika hamil sahaja (masa tak mengandung tiada diabetis). Penyakit ini boleh berlaku apabila badan ibu tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup untuk ibu dan juga bayi dalam kandungan.

Insulin tu apa? Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas, si mana ianya mempunyai 2 tugas khas, iaitu:

  • mengawal jumlah gula dalam darah yang akan digunakan dan ditukar kepada tenaga
  • menyimpan gula yang tidak digunakan

Apabila hamil, badan ibu perlu hasilkan insulin tambahan untuk diberikan kepada bayi, tapi jika insulin tambahan ini tidak mencukupi, ia akan menyebabkan lebihan gula di dalam aliran darah ibu-ibu. Inilah yang menyebabkan diabetis semasa hamil.

.

gdm

Simptom-simptom GDM

Ibu tidak akan tahu yang ibu menghidapi GDM, sebab penyakit ini tidak ada simptom yang jelas dan nyata seperti demam (badan kita panas kan), batuk mahupun selesema. Tapi, ada beberapa perkara yang kita boleh perhatikan. Antaranya:

  • keletihan yang melampau
  • dahaga
  • kerap buang air kecil
  • penglihatan menjadi kabur

Ini adalah antara simptom yang mengatakan ibu-ibu berkemungkinan mengalami diabetis ketika hamil.

.

Risiko Diabetis Semasa Hamil

Ada beberapa risiko yang boleh bayi dan ibu sendiri dapat. Ianya boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi ibu sendiri. Antara risiko yang boleh dihadapi ialah:

  • Bayi akan terlalu besar

apabila gula merentasi plasenta, gula akan masuk ke dalam rahim dan ia akan sampai kepada bayi kita melalui saluran tali pusat yang membawa makanan dan minuman. Apabila bayi kita terlalu besar, ada kemungkinan ibu akan dibedah untuk bersalin.

  • Bayi yang memerima terlalu banyak gula semasa dalam kandungan, ada kemungkinan besar yang mereka akan mengalami hipoglisemia (gula dalam darah yang rendah) dan juga jaundis tinggi.
  • Bayi kita juga akan terdedah kepada penyakit obesiti dan juga doabetis type 2 di masa hadapan.

.

Penyakit diabetis ataupun GDM ini bukanlah perkara yang main-main. Kalau ibu-ibu rasa yang ibu mungkin mengalami GDM ataupun mempunyai keturunan yang mempunyai sejarah diabetis semasa hamil, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pengesahan ye. Jangan biarkan berlarutan.

Jika ibu-ibu positif GDM, ibu-ibu perlulah menjaga makan supaya insulin yang mencukupi dapat dihasilkan. Apabila insulin cukup untuk ibu dan bayi, ia akan membantu supaya penyakit ini dapat dikawal.

.

Love,

Syu Amir

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Trackbacks

  1. […] entry yang lepas, Syu ada kongsikan mengenai bahayanya GDM kepada ibu yang hamil. Ia akan membawa kepada banyak komplikasi lain jika ibu tidak mengawalnya dari awal. Antara cara […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.