Apa Ibu Ayah Perlu Buat Semasa Anak Main Gadget?

Apa Ibu Ayah Perlu Buat Semasa Anak Main Gadget?

Tugas Ibu Ayah Semasa Anak Bermain Gadget

Salam hujung minggu semua.

Beberapa minggu lalu, Syu mula buat peraturan baru untuk Ahmad Zuhayr, iaitu semasa hari persekolahan Zuhayr tidak dibenarkan untuk bermain dengan apa-apa gadget sekalipun. Hari sekolah adalah hari belajar. Zuhayr hanya boleh main gadget pada hujung minggu sahaja (Jumaat dan Sabtu memandangkan kami tinggal di Johor).

Pada awalnya, Zuhayr terlajak juga untuk tengok Youtube, tapi apabila diingatkan akan peraturan yang Syu buat, Zuhayr tutup balik Youtube tu. Zuhayr sangat mudah untuk memahami peraturan ini. Alhamdulillah. Tapi, hari-hari Zuhayr akan tanya, ‘Ummi, esok cuti eh?’ “Ummi, esok cuti eh?’ sampailah tiba hari Khamis. Agak kelakar apabila Zuhayr tanya. Memang tak sabar betul nak dapat tengok Youtube dan bermain dengan tablet la tu.

Syu buat peraturan ini kerana tengok penggunaan tablet pada Zuhayr yang terlalu kerap. Syu jadi risau. Tapi, bila tiba hujung minggu, memang Zuhayr akan tengok dengan lama, cumanya Syu akan selalu bersama dengan Zuhayr untuk pantau apa yang ditengoknya.

.

Tugas Ibu Ayah Semasa Anak Bermain Gadget

Syu memang bagi anak Syu guna gadget, tapi berpada-pada. Syu akan menghadkan penggunaan gadget pada anak, tapi bukan tak bagi langsung la.

Boleh baca lebih lanjut mengenai pengawalan gadget pada anak-anak di sini: Tips Hadkan Penggunaan Gadget Kepada Anak

Pada masa anak bermain gadget, ibu ayah memainkan peranan penting supaya pembelajaran akan sentiasa berlaku walaupun mereka menggunakan gadget bukannya biarkan anak seorang diri dengan gadget itu.

.

1. Pastikan anak dah buat semua rutin wajib

Rutin wajib di sini adalah mandi, makan, minum susu dan sebagainya. Zuhayr memang bangun tidur akan cari tablet, tapi Syu akan suruh dia mandi dan sarapan dulu sebelum Zuhayr boleh pegang gadget. Kalau tak, nanti entah pukul berapa Zuhayr akan mandi. Nak suruh makan pun susah kalau mata dah melekat pada gadget..hehe..

.

2. Komunikasi dua hala

Sepanjang anak kita main dengan tablet, pastikan sentiasa ada komunikasi dua hala. Kiranya pastikan anak kita bukan setakat tengok je, tapi anak kita akan bercakap juga dengan tablet tu.

Tugas kita masa tu adalah bina komunikasi tu. Tanya soalan “Pocoyo buat apa tu Ahmad?” ataupun “Fireman Sam selamatkan siapa tu?” supaya anak kita akan berfikir juga walaupun dia tengah tengok je cerita kesukaanya tu.

Selain itu, kita boleh juga ajak anak kita menyanyi sama-sama ataupun menari bersama mengikut rentak lagu. Contohnya, lagu ‘head, shoulders, knees, and toes’, anak kita boleh ikut pergerakannya. Masa tu, kita pun kenalah jadi budak-budak juga dan turut menari sekali. Best tau layan anak masa nie ๐Ÿ™‚

Bahaya apabila anak kita asyik tengok tanpa ada sebarang penggunaan akak pada masa itu. Ia boleh membantutkan daya fikiran anak, lama-lama nanti anak kita boleh jadi lembab dalam berfikir.

.

3. Jangan terlalu lama

Ibu ayah kena pastikan yang anak kita tidak tengok tablet ataupun gadget terlalu lama. Maximum setengah jam dalam setiap sesi. Itupun dalam pantauan ibu ayah dan pastikan juga kita ikut point no. 2 tadi ye.

Kita kena pastikan yang kita ada masa untuk bersama melayan anak bermain gadget kalau kita nak bagi mereka tengok. Kalau kita takde masa, jangan bagi. Kalau kita bagi semata-mata tak nak anak kacau kita buat kerja, tak baiklah buat anak kita macam tu kan?

.

Gadget bukanlah benda haram untuk anak, tapi kita kena pantau penggunaannya. Gadget boleh membawa kebaikan kepada anak kita kalau kita gunakan dengan cara yang betul dan juga sebaliknya. Yang penting, kita pandai kawal masa dan ketika bila anak boleh gunakannya dan apa yang anak kita boleh buat dengan gadget tu.

Jangan sesekali tinggalkan anak dengan gadget tanpa sebarang pantauan sebab kita tak tahu apa yang bakal ditekannya. Syu bukan tak percaya anak, tapi Syu tak percaya internet dan iklan-iklan pop-up di internet yang boleh menyebabkan anak Syu tersalah tekan laman yang tak elok.

Selamat berhujung minggu semua ๐Ÿ™‚

.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Budak-budak zaman sekarang lebih suka memilih gadget berbanding bermain di luar. Oleh itu, memang tugas kita sebagai ibubapa untuk hadkan penggunaan gadget.
    ros recently posted…Cara Hilangkan Parut Jerawat Berlubang Agar Tidak Malu Lagi Untuk Berjumpa OrangMy Profile

Leave a Reply to ros Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.