Apa Akan Berlaku Jika Ibu Tidak Mengosongkan Cik B?

Apa Akan Berlaku Jika Ibu Tidak Mengosongkan Cik B?

4 Perkara Boleh Berlaku Jika Ibu tidak Mengosongkan Cik B

Menyusukan anak bukanlah sesuatu yang mudah sebab kita kena sentiasa mempunyai semangat yang kental untuk meneruskan penyusuan sehingga anak berumur 2 tahun kan? Ada kalanya, kita penat nak susukan anak, ataupun nak mengepam setiap 3 jam tu atas alasan sibuk la, takde masa la, dan lain-lain. Sudahnya, Cik B kita kerap kali penuh tanpa dikosongkan. Macam-macam boleh jadi tau kalau kita biarkan Cik B kita begitu je.

.

Apa yang mungkin berlaku kalau Cik B asyik penuh je?

Masa Syu menyusukan anak sulung, Syu selalu biarkan Cik B penuh je. Malas nak pam, susukan anak pun malas sebab Ahmad dah mula campur susu formula sejak umur sebulan lagi. Bagi susu formula lagi senang kan? Masa tu Syu tak cukup ilmu lagi. Akhirnya, diri sendiri yang menyesal bila Ahmad dapat susu badan selama 10 bulan je. Lepas dari itu, Syu nekad mesti buat sehabis baik untuk anak yang seterusnya.

Sebab malas susukan anak dan kerap kali biar je Cik B tu penuh, inilah yang berlaku.

kena-kerap-kosongkan

1. Bengkak Susu

Apabila kita tak kosongkan Cik B, susu kita akan kekal di situ, dan pada masa yang sama susu kita akan bertambah lagi mengikut masa yang kita set kepada otak kita. Otak kita tahu pada sekian masa, anak akan menyusu, jadi otak akan bagi signal untuk kilang susu hasilkan susu. Tapi, bila anak kita tak minum, tapi susu terhasil lagi, jadilah bengkak susu.

Berat tau bila Cik B susu banyak. Boleh demam bila bengkak susu nie. Jangan main-main.

Apa nak buat bila dah bengkak? Kenalah keluarkan.

Macam mana nak hilangkan bengkak susu? Syu ada kongsikan di dalam entry ini.

.

2. Mastitis

Simptom mastitis adalah lebih kurang sama dengan bengkak susu, tapi sakitnya lagi teruk dari bengkak susu. Kadang kala matitis boleh disebabkan oleh infectionĀ ataupun alergi. Kalau disebabkan infection, boleh dibedah tau untuk buang kuman. Takutnya.

.

3. Puting Boleh Luka

Apabila ibu mengalami bengkak susu, puting kita akan keras dan bila anak menyusu, puting boleh luka tau. Sebab itulah kita sangat-sangat digalakkan untuk mengosongkan Cik B selalu.

.

4. Susu merudum

Inilah yang boleh berlaku akhirnya. Susu kita akan cepat kering apabila kita tidak menosongkannya dengan kerap. Kenapa? Sebab otak kita dapat sense yang kita tak perlukan susu, jadi otak kita bagi signal pada kilang susu untuk kurangkan penghasilan susu badan.

Masa ini confirm menyesal. Ruginya tak susukan anak, kan dah tak banyak susu.

.

Tapi, janganlah risau sebab selagi anak kita menyusu secara terus, kilang susu akan sentiasa menghasilkan susu tak kiralah banyak ke sikit. Tapi, bagaimana kita nak tingkatkan penghasilan susu semula supaya anak kita akan dapat susu sehingga umur 2 tahun?

.

Cara-cara meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

1. Direct Feeding

Teruskan sahaja penyusuan seperti biasa. Kali kerap lagi bagus kerana air liur bayi kita akan merangsang kilang susu untuk menghasilkan lebih banyak susu. Ibu-ibu hanya perlu ikut je konsep demand vs. supply. Bila anak nak susu, bagi je. Tak payah ikut waktu yang orang tetapkan. Contoh, anak akan menyusu setiap 2 jam. Itu semua mitos sahaja.

2. Mengepam

Apabila anak tiada bersama, seperti masa kerja, pamlah setiap 3 jam. Setiap kali Cik B kita kosong, susu kita akan lagi banyak terhasil.

Apabila cuti pun, jangan cuti mengepam tau. Sekurang-kurangnya pamlah sekali pagi subuh, dan juga sekali malam selepas bayi kita tidur.

3. Power pumping

Power pumping amatlah membantu dalam meningkatkan penghasilan susu. Ini adalah teknik untuk menghantar signal pada otak kita yang bayi kita perlukan lebih banyak susu ibu. Bila kita kerap buat power pumping, lama-kelamaan, susu kita akan meriah semula.

4. Minum air masak

Ibu menyusu akan mudah kekurangan air. Jadi, untuk menghasilkan susu, ibu perlu lebihkan minum air.

5. Makan makanan yang berkhasiat

Dengan makan makanan yang berkhasiat, dan mengikut carta food pyramid, ia akan membantu menghasilkan susu yang banyak. Makanlah sebab itulah sumber susu terhasil. Kalau tak makan, susu akan cair je (susu badan kita lebih air dari lemak dan nutrisi lain yang diperlukan). Dan kalau kita kurang makan, susu akan sikit je berbanding biasa.

.

Dengan kerap menyusukan anak, susu kita akan lagi mudah dan lagi cepat terhasil kembali. Janganlah malas-malas lagi untuk susukan anak ye ibu-ibu. Moga niat menyusukan anak sehingga 2 tahun itu tercapai. Amin.

.

Love,

Syu Amir

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Perkongsian yang amat mantap.. terbaikkk
    Amin Hakim recently posted…Semakan Ujian MedSI dan Temuduga UPSI 2016-2017My Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.