Anak Suka Hisap Jari Dan Puting Botol Susu Penyebab Gigi Jongang?

Anak Suka Hisap Jari Dan Puting Botol Susu Penyebab Gigi Jongang?

Gigi jongang adalah masalah gigi yang tidak rapat melebihi 4 mm yang diakibatkan oleh beberapa faktor, terutamanya apabila anak suka menghisap jari dan juga menghisap puting botol susu. Apabila anak kita suka sangat hisap jari dan puting botol susu dalam jangka masa yang lama, itu yang boleh menyebabkan gigi jongang dan tak cantik.

gigi jongang

Gigi anak mudah menjadi jongang apabila terkena tekanan pada lelangit, gusi dan rahang. Bahagian dalam mulut anak kita terdapat tisu-tisu lembut dan keras yang mudah dilentur dan mudah berubah hanya dengan penghisapan jari dan juga puting botol susu. Jadi, walaupun bagaimana susah sekali pun, cubalah untuk berhentikan tabiat ini sebelum ia menjadi semakin buruk.

.

               hisap susu                                 sucking thumb

.

Kalau anak kita masih bayi di bawah umur 3 bulan, hisap jari itu adalah normal sebab ia membuatkan mereka rasa selesa dan selamat. Kebiasaannya tabiat hisap jari ini akan berhenti sendiri apabila mereka berumur 6 bulan. Paling lewat pun pada umur anak kita 3 tahun sebelum mereka mempunyai gigi kekal.

Tapi, kalau dah berumur 3-6 tahun masih hisap jari atau puting botol, itu sangat bahaya. Bukan sahaja susah nak berhentikan tabiat ini, tapi ia boleh mengubah struktur rahang dan juga gigi anak kita. Selain itu, kesan daripada hisap jari pada hari ini boleh menyebabkan anak kita mengalami masalah pergerakan gigi, pembentukan tulang rahang, dan juga masalah percakapan dan sebutan anak-anak kita kelak.

Bahaya rupanya tabiat hisap puting botol susu dan juga hisap jari ini. Anak Syu yang sulung pun sampai sekarang masih suka hisap puting botol susu yang kosong. Masa dulu, memang tak boleh lepas dari mulut. Sekarang dah OK sikit la. Bila suruh lepaskan, Zuhayr akan lepaskan. Cuma masa nak tidur je la, Zuhayr mesti hisap puting tu sampailah dia terlena. Baru boleh keluarkan dari mulut.

.

Kesan-kesan buruk:

a. Kalau selalu hisap puting botol susu, ia boleh menyebabkan gigi mereka rosak dan reput. Ini sebab susu dalam botol masih berbaki dan gula yang terkandung dalam susu itu akan menyebabkan reput dan rosak. Gigi anak akan hitam dan kena tunggu sampai gigi tu tercabut sendiri. Tak ke jadi tak lawa kalau gigi anak dah macam tu?

b. Perlu pakai braces ataupun lagi teruk kena buat pembedahan untuk membetulkan semula kedudukan gigi dan rahang. Banyak duit nak kena pakai tau!

c. Susah nak bina keyakinan diri anak kita sebab mereka sentiasa rasa selamat hanya bila ada pacifier mereka itu. Kalau takde nanti mulalah merengek dan menangis.

.

Petua berhentikan tabiat menghisap jari/hisap puting botol susu

1. Kalau anak kita masih kecil, bolehlah kita tarik keluar jari anak kita ataupun kita alih perhatian anak dengan membuat perkara lain yang menggunakan tangan mereka itu seperti main dengan permainan. Tapi, jangan paksa anak kita, nanti mereka marah.  Risau akan lagi teruk tabiat menghisap jari atau hisap puting nanti.

2. Tapi, kalau ank kita dah besar dan sudah boleh faham, masa ini agak mencabar untuk latih anak kita berhenti. Ada sesetengah orang akan letak kopi pada jari anak, ada yang letak minyak telon. Ini semua untuk membuatkan rasa jari mereka tak sedap untuk dihisap lagi.

Kalau kes hisap puting botol, Syu akan suruh Zuhayr minum susu sampai habis masa tu juga. Selagi tak habis, selagi tu tak boleh buat benda lain. Lepas dia habis minum, Syu ambil je terus botol dan letak di sinki. Kalau botol tu berlegar dan bersepah, memang Zuhayr akan hisap walaupun botol tu dah kosong.

.

Masalah ggi jongang ini adalah serius. Sebelum anak kita hilang keyakinan disebabkan giginya yang jongang itu, eloklah ibu ayah berhentikan tabiat yang kurang sihat ini sebelum ia menjadi lebih teruk. Moga dengan apa yang ibu ayah lakukan sekarang, ia akan dapat megelakkan anak kita dari menjadi orang yang pemalu dan penakut untuk berdepan dengan orang ramai.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.