Amalan Semasa Mengandung untuk Mendapat Anak Bijak

Amalan Semasa Mengandung untuk Mendapat Anak Bijak

Melahirkan anak yang bijak adalah impian semua ibu ayah supaya anak mereka boleh menyumbang sesuatu kepada anak bangsa dan juga mengharumkan nama keluarga. Tapi, kita perlu tahu bahawa untuk melahirkaan anak yang bijak, ia perlu mula dari dalam kandungan lagi. Jadi, ibu ayah kenalah tahu serba sedikit tentang amalan-amalan semasa isteri mengandung yang boleh dipraktikkan.

Lagi best kalau ibu mengamalkan amalan-amalan ini semasa berpuasa. Semasa berpuasa kita doa apa yang kita hajati kepada Allah. Doa supaya anak yang bakal lahir ini sihat dan bijak. Tapi, kena ingat, ibu-ibu perlu menjaga kesihatan supaya dapat berpuasa dengan baik. Janganlah paksa diri untuk berpuasa sampai pening pitam semua semata-mata nak meminta dari Allah. Macam mana nak kekal bertenaga sepanjang puasa supaya kita dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat? Jom tanya kak Haridah.

 

 

Apabila ibu bertenaga, barulah mudah untuk istiqamah dalam melakukan ibadah. Banyak amalan-amalan yang ibu ayah boleh lakukan semasa bayi dalam kandungan sebagai langkah-langkah untuk mendapatkan anak yang mempunyai otak yang cerdik dan bijak.

 

amalan semasa mengandung

 

#1 Banyakkan Membaca Al-Quran

Apabila kita banyak baca Al-Quran setiap hari, sebenarnya ini adalah cara terbaik untuk tajamkan fikiran anak di dalam kandungan. Alunan ayat-ayat suci Al-Quran adalah sumber terbaik untuk menghubungkan sel-sel otak si manja tersayang πŸ™‚

Dengan baca Al-Quran juga tajamkan fikiran kita. Kadang-kadang bila kita mengandung, hormon tak stabil, boleh jadi pelupa.

 

#2 Makan Makanan Yang Menguatkan Ingatan

Mengikut kajian, badam dan minyak ikan memang bagus untuk dimakan semasa mengandung. Ia adalah makanan WAJIB untuk Orang Yahudi semasa hamil. Tak salahkan kita pun amalkan makanan yang sama, untuk kebaikan anak kita juga.

Badam ini elok dikunyah sebagai snek sampingan kalau perut kita tak boleh terima makanan berat. Selain itu, minyak ikan amat bagus untuk perkembangan otak janin, sebab itulah miyak ikan sangat digalakkan untuk ambilsemasa mengandung. Ia boleh didapati dalam bentuk kapsul yang mudah ditelan. Senang je nak beli, macam-macam kedai ada jual badam dan minyak ikan.

 

#3 Banyak Buat Latihan Matematik

Ibu mengandung digalakkan untuk membuat latihan matematik. Dengan buat latihan matematik (ataupun main sudoku pun boleh je), ia membantu untuk merangsang otak janin menjadi lebih bijak berfikir. Matematik bukannya sekadar kira-kira sahaja, tapi banyak benda kita kena fikirkan demi mendapat jawapan pada soalan.

 

#4 Main Alat Muzik

Main alat muzik pun boleh membantu kepada kepintaran otak anak sebab kita banyak menggunakan sel-sel otak apabila bermain. Bila kita main alat muzik, contohnya piano, kita bukan sahaja menekan piano, tapi kita perlu bergabung tenaga, otak dan pergerakan tangan di samping perlu fokus untuk menghasilkan bunyi yang merdu.

 

#5 Banyak Bercakap Dengan Bayi

Semasa dalam kandungan, bayi kita dah boleh dengar suara kita. Oleh itu, kita memang digalakkan untuk selalu bercakap dengan bayi kita. Bukan kita sahaja, tapi suami pun kenalah bercakap dengan bayi dalam kandungan kita supaya mereka akan cam suara ayahnya juga.

Bila kita banyak bercakap dengan bayi, mereka secara tak langsung kita dah mula hubungkan sel-sel otak mereka. Makin banyak kita bercakap, makin banyaklah sel yang terhubung. Itulah caranya anak kita menjadi bijak.

 

#6 Baca Cerita Kepada Bayi

Selain dari bercakap sembang-sembang dengan anak dalam kandungan, kita bolehlah juga bercerita dengan anak kita, terutamanya cerita-cerita nabi dan rasul, cerita mengenai agama Islam, dan selitkan juga cerita yang memberi motivasi dan sifat yang baik. Cerita-cerita sebegini akan tertanam dalam otak mereka. Nanti bila mereka dah lahir, kita hanya perlu ingatkan kembali dan otak mereka akan terus dapat memori yang tersimpan itu πŸ™‚

 

Senang kan nak dapat anak bijak? Tapi, ini semua hanyalah teori dan ikhtiar kita sahaja. Yang paling penting, kita mesti berserah dan berdoa kepada Allah supaya anak kita sihat dan bijak πŸ™‚ Jangan terlalu taksub untuk mendapat anak yang bijak sampai kita membelakangkan Allah dan mempertikaikan kejadianNya.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada semua.

Kalau suka dengan artikel ini, kongsilah dengan orang lain juga supaya lebih ramai yang mendapat manfaat daripadanya πŸ™‚

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 11399539

0192198621

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.