Aktiviti Kanak-kanak Yang Murah Yang Boleh Dilakukan Di Rumah

Aktiviti Kanak-kanak Yang Murah Yang Boleh Dilakukan Di Rumah

Masa hujung minggu adalah masa untuk keluarga dan anak-anak. Kita boleh buat banyak aktiviti dengan anak-anak, walaupun kita berada di rumah. Aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat di rumah adalah lebih murah jika dibandingkan bawa anak keluar berjalan-jalan. Tak banyak pakai banyak duit bila kita buat aktiviti di rumah je.

Antara beberapa aktiviti yang menyeronokkan yang kita boleh lakukan bersama-sama anak kita. Walaupun ada sesetengah aktiviti adalah comot, tapi sekurang-kurangnya anak-anak kita gembira.

1. Cop tapak tangan dan kaki

finger paint

Aktiviti ini agak comot sedikit. Seeloknya, kita main di luar rumah ye.

Untuk main aktiviti ini, kita hanya perlukan water colour dan juga kertas. Leak pewarna di atas tapak tangan dan tapak kaki anak dan copkan di atas kertas. Coplah tangan dan kaki anak kita dengan menggunakan pelbagai warna, ia akan jadi cantik dan kreatif.

2. Cop-cop pelbagai bentuk

cop pelbagai bentuk

Syu suka guna kentang, lobak merah ataupun daun-daun kering. Buat bentuk kesukaan seperti bentuk segi tiga, bulatan ataupun segi empat. Kalau rajin, buat bentuk bunga-bunga lagi cantik. Letakkan sedikit water colour dan copkan di atas kertas. Memang cantik.

3. Topeng muka

topeng muka

Zuhayr suka lukis muka binatang. So, lukislah apa-apa gambar binatang yang anak kita suka. Kucing ke, arnab ke, harimau ke, ikut sukalah. Gunting muka binatang tersebut dan warnakan. Buat lubang kecil di bahagian telinga dan ikatkan getah. Dah jadi topeng muka.

4. Swimming

Kepada sesiapa yang ada swimming pool di rumah, aktiviti air ini adalah salah satu aktiviti yang anak suka buat. Siapalah yang tak suka main air kan. Berendam lama-lama dengan anak di hari panas memang nikmat la.

5. Jigsaw puzzle

homemade jigsaw puzzle

Jigsaw puzzle pun boleh buat sendiri tau. Ambil gambar dan lekatkan di atas kertas keras/kotak yang tidak pakai. Buat garisan di atas gambar tersebut dan potong. Suruh anak kita sambung balik potongan-potongan gambar tu.

6. Padakan warna yang sama

ice cream sticks

sekadar gambar hiasan

Syu akan beli bekas kecil-kecil pelbagai warna dan juga beli sekali batang ais krim. Syu akan warnakan batang ais krim mengikut warna mangkuk yang Syu ada. Lepas tu, Syu suruhlah anak padankan batang ais krim itu dengan mangkuk mengikut warna yang sama.

.

Percayalah, aktiviti-aktiviti murah inilah yang buat anak kita gembira. Tak payah nak fikir bawa anak tempat mahal-mahal. Yang penting pada seorang anak adalah masa mereka bersama ibu ayah. Mereka bukan kisah pun duit yang kita belanjakan tu sebab mereka tak faham lagi. tapi, mereka akan ingat permainan kanak-kanak yang ibu ayah sanggup main dengan mereka. Lihatlah muka anak kita yang gembira, kita pun rasa bahagia.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Agree. tak perlu banyak bahan di rumah yang sebenarnya boleh dijadikan bahan aktiviti anak anak di rumah. tak payah mahal mahal.

Leave a Reply to UmmuZuhayr Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.