Air Perahan Lemon Untuk Turunkan Suhu Anak Demam

Air Perahan Lemon Untuk Turunkan Suhu Anak Demam

Cuaca sekarang sangat panas jika dibandingkan dengan dahulu. Dah lama tak hujan sehingga anak pun selalu jatuh sakit terutama sekali demam. Ibu mesti risaukan kalau anak demam? Tapi, kalau nak bagi makan ubat, tak baik pula untuk organ dalaman anak kita yang belum matang itu. Jadi, eloklah kita cari cara tradisional untuk merawat demam anak kita.

lemon turunkan suhu badan

Salah satu cara nak turunkan suhu badan anak adalah dengan menggunakan lemon. Ini kerana lemon membantu untuk menurunkan suhu badan yang panas dengan cepat.

Cara nak  buat pun senang sahaja. Bahan-bahan yang kita perlukan hanyalah lemon dan air. Lemon boleh dihiris mahupun diperah untuk mengambil jusnya.

a. Air perahan lemon + air (Nisbah 1:1)

lemon

– Perah lemon ke dalam mangkuk dan campurkan dengan air.

– Masukkan ke dalam botol spray dan semburkan di kepala anak kita supaya sentiasa basah. Boleh juga di rendam dengan kain dan diletakkan di kepala si manja.

– Selain itu, kita boleh juga merendam stokin anak di dalam campuran air lemon itu dan pakaikan kepada anak kita pada waktu malam.

b. Hirisan lemon

credit from butikgebugebu.blogspot.com

credit from butikgebugebu.blogspot.com

 

– Kalau anak dah besar, mereka biasanya akan rimas apabila dipakaikan stokin yang lembab.

– Jadi, bolehlah hiriskan lemon dan lekatkan di tapak kaki mereka dan selotapekan lemon itu supaya tak tanggal 🙂

– Spray kan kaki dan kepala si manja dengan air perahan lemon juga supaya kaki mereka sentiasa basah. In sya Allah cepatlah turunnya suhu yang panas tu.

Jangan lupa untuk memberikan si anak Chewable Vitamin C untuk meningkatkan sistem imun anak kita supaya lebih kuat untuk melawan penyakit di masa akan datang 🙂

Dan semoga ibu-ibu kuat dan tabah menghadapi dugaan menguruskan anak yang demam. Banyak yang kita akan belajar daripada ujian yang kecil begini. Fikirkan betapa gembira dan puas hatinya kita nanti apabila anak kita sihat disebabkan susah payah kita menjaga mereka.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Zainal Abidin :

    Assalamualaikum…
    Terima kasih share petua ni pd kami…

  2. TERIMAKASIH YA….infonya sangat bermanfaat…

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.