Adab Melawat Ibu Berpantang Yang Baru Kelahiran Bayi

Adab Melawat Ibu Berpantang Yang Baru Kelahiran Bayi

Adab Melawat Ibu Yang Baru Lahirkan Anak

Masa baru-baru bersalin, ibu berpantang memerlukan rehat yang cukup untuk memulihkan kembali badan yang sakit. Tetamu, tak kiralah saudara-mara mahupun kawan-kawan, perlulah pilih masa yang sesuai untuk melawat ibu dan bayi supaya kita tak datang pada masa yang salah. Kesian la pada ibu yang masih lemah tu kalau kita main terjah je rumah mereka tanpa warning kan?

Syu pernah terbaca ada suatu kisah ini, ada tetamu datang melawat si ibu dan anak nie lewat petang, lepas tu lambat pula baliknya. Ibu nie nak menghalau, risau dicop biadab, tapi dia perlu mandi sebelum maghrib dan perlu makan juga. Akhirnya, lepas tetamu dia pulang, barulah si ibu nie terkocoh-kocoh nak mandi dan makan. Kesian sangat. Jadi, tetamu yang ingin datang melawat perlulah tahu adab-adab untuk melawat ibu berpantang dan juga bayinya ye.

.

Panduan Melawat Ibu Berpantang Dan Bayinya

.

visiting-new-born-1024x683

.

1. Pilih Masa Yang Sesuai

Kita sebagai pelawat haruslah fikirkan masa yang sesuai untuk melawat ibu baru bersalin ini. Janganlah datang pagi sangat, ataupun malam sangat hingga ke lewat malam. Dan kalau ikutkan orang tua-tua, jangan datang rumah yang ada bayi waktu-waktu maghrib.

.

2. Beritahu Dulu Nak Datang Melawat

Paling baik adalah kita telefon ibu itu dahulu sebelum nak datang. Kan lagi senang? Biar ibu tu yang tentukan bila kita boleh datang dan bila masa yang tak sesuai. Sekurang-kurangnya, apabila kita beritahu dahulu, ibu berpantang ini akan lebih bersedia (dari segi penampilan terutamanya) untuk menerima kehadiran tetamu.

.

3. Datang Apabila Sihat

Kita hanya boleh datang melawat ibu dan bayi kalau kita benar-benar sihat je. Kalau demam ke, selesema ke, batuk ke, eloklah kita elakkan je. Ini kerana dikhuatiri kita akan bawa virus yang boleh memudaratkan bayi, kerana sistem imun bayi tidaklah kuat lagi untuk melawan penyakit.

.

4. Minta Izin Kalau Nak Dukung Bayi

Bila kita tengok bayi, kita memang akan gatal tangan nak dukung kan? Tapi, mintalah izin dengan ibunya terlebih dahulu. Mana tahu bayi tersebut baru tidur ke, baru lepas meragam ke. Jadi, janganlah memandai je nak dukung bayi ye.

.

5. Bawa Buah Tangan

Kalau datang tu, janganlah datang dengan tangan kosong. Bawalah sedikit buah tangan untuk ibu dan bawalah hadiah untuk bayi walaupun ibu tu tak minta pun. Kalau tak bawa hadiah, sekurang-kurangnya bagilah duit sedikit. Lagi best kalau dapat bawa suplement yang boleh sembuhkan luka jahitan dengan cepat dan juga boleh bagi tenaga kepada ibu yang lemah badan lagi tu.

.

6. Jangan Cakap Perkara Sensitif

Jaga mulut kita bila datang melawat ye. Jangan bangkitkan isu-isu sensitif kepada ibu berpantang. Contohnya, “Kenapa tak bagi susu badan sahaja? Kan lagi berkhasiat kalau bagi susu ibu je!” ataupun “Dah nak sebulan bersalin, tak kurus-kurus lagi?”. Kesian ibu yang berpantang tu, takut nanti meroyan je sebab stress.

.

7. Pastikan Diri Bersih

Pastikan diri kita dan baju kita semua bersih sebelum datang melawat ibu dan bayi, terutama sekali kalau baru pergi klinik/hospital ataupun tempat-tempat yang agak kotor. Tak nak la nanti bayi terkena jangkitan yang bahaya kan?

Lagi satu, sebelum pegang bayi, cuci tangan bersih-bersih tau. Takut ada kuman ke, kita mana tau.

.

8. Jangan Cium Bayi Dengan Kerap

Kita tak tahu apa yang ada di mulut kita ataupun di sekitar muka kita pada masa itu. Tetapi, macam-macam boleh terlekat pada muka bayi dan mungkin juga bayi akan terhidu sesuatu dan ia akan masuk ke rongga mereka. Boleh datangkan bahaya. Memang pun bau baby sangat best, tapi tunggulah baby tu besar sikit baru nak cium pun. Tak salah bersabar kan?

.

9. Jangan Memandai-mandai

Cara kita berpantang dan cara orang lain berpantang itu berbeza-beza. Cara kita menguruskan bayi pun berbeza. Jadi, kalau ibu tu buat sesuatu yang lain daripada apa yang kita biasa amalkan, jangan nak memandai kata yang mereka tu salah. Contohnya, “Awak makan ikan nie? Mana boleh makan ikan nie masa pantang!”, “Anak tak pakaikan barut ke? Kesian dia nanti masuk angin perut tu!” ataupun “Bayi tak elok tidur sekatil dengan ibu ayah tau. Nanti asyik melekat je tak reti tidur sendiri!”.

Tak salah nak bagi nasihat, tapi jangan sampai buatkan ibu tu rasa apa yang dia buat tu salah, terutama sekali pada ibu yang bersalin anak sulung. Jangan nak  menunjuk konon kita nie betul semuanya.

.

10. Elakkan Melawat Terlalu Lama

 Kita melawat sekadar nak tanya khabar ibu dan bayi. Tapi, janganlah duduk sana sampai nak bergosip pasal semua benda pada ibu yang masih penat tu. Dia kan perlukan banyak rehat. Jadi, kawallah diri apabila pergi melawat tau, dan janganlah duduk terlalu lama sampai ibu yang penat pun tak dapat rehat.

Lagi satu, bila melawat ibu yang baru bersalin, janganlah harapkan kita dihidang dengan makan minum tau walaupun ada orang lain yang boleh buatkan air. Ingat sebab anda datang ye 🙂

.

Inilah adab-adab apabila kita pergi melawat ibu yang baru bersalin. Tak kiralah di hospital mahupun di rumah. Jagalah adab-adab ini supaya kita menghormati orang yang sakit dan perlukan banyak rehat. Doakanla ibu dan bayi sentiasa sihat dan cepat sembuh seperti sediakala. Itulah yang sebaiknya.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID | 1139539

0192198621

FB | Ummu Zuhayr

FB Page | UmmuZuhayr – Sharing Great Moments Of Parenthood

Pengedar Sah Shaklee Skudai, Johor Bahru, Bandar Seri Alam

Dan Pengeposan Ke Seluruh Malaysia Melalui Perkhidmatan Courrier

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. perkara ni memang penting dan kena ingatkan selalu, sebab bukan semua orang jenis yang ada adab.
    sabree hussin recently posted…Bagaimana cara MUDAH buat perbandingan harga dan pakej untuk hotel pilihan?My Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.