8 Tips Elak Stretchmarks Semasa Mengandung

8 Tips Elak Stretchmarks Semasa Mengandung

Bagi ibu-ibu mengandung, perkara paling menakutkan adalah bila ada stretchmarks yang tak cantik di bahagian perut. Memang menakutkan sampai takut nak bagi suami tengok perut kita tu. Kesian suami kita. Jadi, apa nak buat? Kenalah cari idea macam mana nak hilangkan stretchmarks yang sedia ada tu, dan cari jalan supaya di masa akan datang, tiada lagi stretchmarks semasa mengandung.

Syu dulu pun pemalas nak berusaha elakkan timbulnya stretchmarks, ye la anak sulung ingatkan tak kena la. Tapi, mengandungkan Ahmad la stretchmarks paling teruk. Menyesal tak ambil langkah berjaga-jaga masa dulu. Walaupun sekarang stretchmarks Syu dah semakin pudar, Syu akan sentiasa ingat untuk mengamalkan tips-tips mengelakkan timbulnya stretchmarks semasa Syu mengandung. Jadi, masa mengandungkan Syifa’, stretchmarks tak seteruk dahulu. Gembiranya!!!

Stretch-Marks1

8 tips untuk elak stretchmarks semasa mengandung

 

1. Kekal hydrated

 Air sangat bagus untuk detox badan kita. Ia juga penting untuk menjadikan sel-sel kulit kita semakin sihat, sekaligus menjadikan kulit kita sihat dan tegang walaupun selepas regangan.

Cubalah minum air masak sebanyak 8 gelas sehari ataupun 1 liter bagi setiap 25 kg berat badan kita. Selain itu, makanlah juga buah-buahan dan sayur-sayuran yang lebih air seperti timun, tembikai, dan tembikai susu.

bila kulit kita cukup air, stretchmarks susah nak timbul sebab tiada lebihan kulit yang boleh menyebabkannya jadi begitu.

2. Sapu minyak kelapa 2 kali sehari

Minyak kelapa mempunyai banyak fungsinya, dari lebatkan rambut hinggalah lembutkan kulit kita. Rajin-rajinlah sapu minyak kelapa ke bahagian perut kita dari awal kita mengandung supaya kulit kita sentiasa dilindugi dan kembali ke rupa dan tempat asal tanpa sebarang tarikan dan regangan. Jangan jadi macam belon selepas ditiup tau.

3. Scrub badan

Ibu mengandung digalakkan untuk scrub badan sekurang-kurangnya 3 kali  seminggu untuk mengeluarkan sel kulit mati yang akan menjadi salah satu penyebab stretchmarks. Kita scrub seluruh badan, tetapi fokus kita adalah pada stretchmarks yang sedia ada adan juga tempat-tempat yang mempunyai potensi untuk menimbulkan stretchmarks, seperti perut dan bahagian-bahagian pelipat.

Ibu-ibu boleh menggunakan berus kulit yang kering supaya kulit mati akan senang tertanggal. Mulakanlah scrub dari bawah di bahagian kaki hingga ke bahu dan leher sebelum membasuhnya dan mandi seperti biasa. Ia akan menjadikan kulit kita lebih sihat dan lebih lembut. Apabila kita kerap lakukannya, ia boleh membantu untuk menghilangkan stretchmarks sedia ada dan juga menghalang daripada terjadinya stretchmarks baru.

 

4. Membuat senaman ringan

Senaman seperti yoga dan pilates bukan setakat untuk sihatkan badan dan melancarkan aliran darah sahaja. Tetapi, ia sangat bagus untuk mengekalkan ketegangan dan keanjalan kulit. Bila kulit kita anjal, tak payah risau kita selalu membuat regangan sebab ia akan kembali seperti sedia kala, bukannya macam belon yang telah ditiup. Akhirnya, ia dapat mengelakkan stretchmarks dari terbentuk.

 

5. Kenaikan berat badan mendadak

Berat badan kita pun akan memperngaruhi stretchmarks di badan kita. Kita kenalah pastikan yang berat badan kita naik secara berkala dan bukannya naik mendadak pada satu masa. Biarlah sebulan naik sekilo dari sebulan naik 3 kilo terus. Ini kerana sekali berat naik mendadak, kulit kita akan meregang dan menjadikannya terdedah kepada stretchmarks.

6. Gunakan sunblock

Cahaya matahari boleh menyebabkan kulit kita rasa kurang selesa dan gatal-gatal. Kita kena lindungi kulit kita dari terdedah kepada cahaya matahari. Salah satu cara nak lindungi kulit kita adalah dengan menggunakan sunblock ataupun sunscreen. Sapulah sunscreen pada kulit kita apabila kita keluar berjalan-jalan, terutamanya apabila tengah hari dan pada hari cuaca panas.

 

7. Makan makanan bersumberkan zink

Zink akan digunakan dalam menghasilkan kolagen yang akan menjadikan kulit kita cantik dan sihat. Kolagen yang bermutu tinggi akan melindungi sel-sel kulit dari regangan melampau hingga boleh timbulnya stretchmarks.

 

8. Makan makanan yang mencantikkan kulit

Makanan untuk kecantikan kulit kita ada banyak, contohnya seperti makanan yang kaya dengan protein, kolagen, Vitamin C, Vitamin E, Vitamin A, dan juga Omega 3. Ini adalah vitamin-vitamin penting untuk menjadikan kulit kita bersih bersih tanpa stretchmarks. Ibu-ibu mengandung haruslah mengambil vitamin-vitamin ini tidak kiralah dari sumber makanan harian ataupun dari suplement-suplement yang lebih mudah didapati. Yang penting, kita kena pastikan yang vitamin-vitamin ini mencukupi.

20150328_033023

Syu memang akan pastikan yang Syu makan vitamin-vitamin ini semua sebab Syu risau kalau-kalau stretchmarks bertambah teruk. Stretchmarks sedia ada pun masih lagi berusaha untuk dihilangkan,takkan Syu nak tambah lagi.

Inilah sedikit sebanyak tips untuk ibu-ibu elakkan stretchmarks dari menjadi terlalu teruk sampai takut nak tengok. Pada Syu, kita mesti lindungi kulit kita dari terjadinya stretchmarks kerana stretchmarks ni bukan senang nak hilang. Kalau kita tak cegah dan rawat dari awal, memang ia akan kekal pada kulit kita. Mesti tak nak kan?

Moga bermanfaat!

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.