8 Masalah Yang Merisaukan Ibu Semasa Menyusu Serta Penyelesaiannya

8 Masalah Yang Merisaukan Ibu Semasa Menyusu Serta Penyelesaiannya

Sekarang ini dah hampir setahun Syu susukan Basyiirah. Dah nak capai ‘degree’ dalam penyusuan. Moga berjaya sehingga ke tahap ‘PhD’ , iaitu sehingga Basyiirah berumur 2 tahun. Tapi kan, masa awal-awal Syu menyusukan anak, memang ada beberapa masalah yang agak merisaukan. Maklumlah, masa baru-baru menyusu memang banyak benda Syu tak tahu lagi.

Semasa di fasa awal penyusuan, banyak kena buka buku dan mentelaah ilmu mengenai penyusuan ini, seperti macam mana nak tingkatkan penghasilan susu, makanan penggalak susu untuk menghasilkan susu yang banyak, makanan apa yang perlu dielakkan semasa menyusu, dan masalah-masalah yang selalu dialami semasa menyusu. Ini adalah penting untuk menghadapi isu-isu ini dengan hati terbuka 😀

Di dalam entry ini, Syu akan kongsikan masalah-masalah yang biasa dialami oleh ibu-ibu semasa menyusukan baby mereka. Sekurang-kurangnya, bila perkara ini berlaku, ibu-ibu tidaklah panik dan tahu apa yang perlu dilakukan.

.

masalah penyusuan

1. Leaking

Leaking berlaku apabila payudara dah terlalu penuh sebab kita tidak mengosongkannya dengan cara mengepam ataupun menyusukan anak. Contohnya, kalau biasanya kita mengepam 3 jam sekali, tapi satu hari kita termiss mengepam, mesti baju kita basah kan? Itulah yang dipanggil leaking. Segan kalau tetiba orang perasan baju kita basah kan?

.

Jalan penyelesaiannya:

1. Pakai washable/disposable nursing pad. Ini adalah untuk menyerap susu yang meleleh. Sekurang-kurangnya, baju kita tak basah. Takde la malu.

2. Pastikan kita mengepam/menyusukan anak mengikut masa dan demand mereka. Kena pastikan yang payudara kita sentiasa kosong supaya tidak berlaku sebarang leaking. 

.

2. Bengkak susu

Bengkak susu berlaku terutamanya di fasa awal lepas kelahiran bayi. Ia berlaku apabila susu dalam payudara sudah terlalu penuh sehingga menyebabkan saluran pengeluaran susu itu tersumbat, tapi pada masa yang sama, susu terus menerus terhasil. Ia akan menyebabkan payudara kita terasa seakan membengkak dan amat memedihkan. Kalau teruk sangat, boleh sampai demam.

.

Jalan penyelesaian:

1. Kerap menyusu anak ataupun mengepam untuk pastikan yang payudara sentiasa kosong.

2. Urut dengan menggunakan kain panas supaya susu yang mengeras di saluran susu itu boleh cair dan keluar.

3. Gunakan kobis sejuk dan letak di atas payudara yang bengkak tu.

* banyak lagi tips atasi bengkak susu yang boleh dibaca DI SINI.

.

3. Kekeliruan puting

Kekeliruan puting boleh berlaku apabila kita perkenalkan puting botol susu terlalu awal. Mungkin ia terjadi apabila ibu masih tidak sedarkan diri selepas pembedahan czer. Apabila bayi terlalu awal sudah diperkenalkan dengan puting botol, mereka akan keliru apabila sering bertukar antara puting ibu dan juga puting botol.

.

Jalan penyelesaian:

1. Pakailah syringe/picagari ataupun sudu jika ibu tidak boleh nak menyusukan anak pada masa itu. Ini untuk mengelak kekeliruan puting.

.

4. Puting merekah dan luka

Pada masa awal penyusuan, puting kita masih belum ‘lembut’ untuk anak. Itu adalah salah satu sebab mengapa puting kita boleh luka. Selain itu, ia boleh juga disebabkan oleh lekapan yang tidak betul. Puting yang luka boleh menyebabkan kita rasa kurang selesa dan takut untuk menyusukan baby terlalu sakit.

.

Jalan Penyelesaian:

1. Pastikan lekapan mulut bayi kita betul, iaitu mengelilingi areola (bahagian gelap di keliling puting payudara).

2. Sapukan susu ibu setiap kali selepas menyusu. Ia boleh memulihkan luka puting dengan cepat.

5. Inverted nipple/puting tenggelam

Ada sesetengah ibu mengalami isu puting tenggelam. Ia akan menyukarkan proses penyusuan kerana susah untuk bayi kita melekapkan bibir mereka pada payudara.

.

Jalan Penyelesaian:

1. Mengepam susu dan beri anak minum dalam botol/guna sudu/syringe.

2. Menggunakan nipple aspirator untuk mengeluarkan puting yang tenggelam itu.

*Baca lebih lanjut mengenai inverted nipple di entry ini. 

.

6. Baby tolak direct feeding

Ada juga bayi yang tak mahu minum direct. Yang nie Syu pun tak pasti mengapa. Ia mungkin kerana anak mulutnya sumbing, ataupun ibu tiak pandai untuk menyusukan bayi lagi (kes pertama kali menyusukan anak), ataupun ada sebab-sebab lain.

.

Jalan Penyelesaian:

1. Cuba pujuk anak perlahan-lahan untuk menyusu direct.

2. Mengepam dan beri anak minum guna botol.

7. Kurang susu/susu tak keluar

Kebanyakan ibu mengalami isu susu keluar lambat ataupun susu takde di peringkat awal penyusuan. Ini adalah mitos semata-mata. Bukannya susu tiada, tapi pada peringkat awal, memang hanya ada kolostrum. Kolostrum ini penting untuk pertahanan antibodi bayi kita. Susu hanya akan keluar selepas 3-4 hari.

.

Jalan penyelesaian:

1. Kerap beri bayi susu badan. Ini adalah supaya bayi kita akan terima kolostrum yang sangat penting untuk imun sistem badan mereka melawan bakteria dan virus.

2. Kerapkan mengepam setiap 3 jam jika anak tidur lama sangat.

3. Power pumping untuk mengeluarkan dan meningkatkan penghasilan susu.

4. Pengambilan SET SUSU MERIAH boleh membantu untuk meningkatkan penghasilan susu dan menjadikan susu lebih pekat dan berkhasiat 🙂

.

8. Lenguh-lenguh badan

Ibu akan merasa lenguh-lenguh badan apabila kerap kali menyusukan anak, terutamanya di waktu malam. Ini adalah kerana kita tidak cukup rehat dan juga tidak cukup tidur demi menyusukan anak.

.

Jalan penyelesaian:

1. Apabila anak kita tidur, pastikan kita pun tidur sekali. Rehatlah sementara anak kita tidur walaupun sekejap. Tak perlulah fikir kerja-kerja rumah sangat kalau badan dah penat.

2. Susukan anak secara baring. Dengan cara ini, kita pun boleh rehat juga walaupun anak kita menyusu. Tapi, perlu berhati-hati supaya anak kita tidak lemas dibawah payudara kita.

.

Setiap masalah penyusuan mesti ada cara yang sesuai intuk menyelesaikannya. Syu harap semua ibu-ibu dapat menghadapi masalah-masalah ini dengan sabar ye demi anak yang perlukan susu ibu. Ingatlah ganjaran yang diberikan untuk setiap titis susu ibu yang kita berikan kepada anak kita. Moga ia menjadi penguat semangat ibu-ibu  untuk meneruskan penyusuan ini. Ibu-ibu semua kuat dan tabah!

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139530

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.