7 Perubahan Fizikal Dan Emosi Di Awal Trimester Pertama Kehamilan

7 Perubahan Fizikal Dan Emosi Di Awal Trimester Pertama Kehamilan

Di peringkat awal kehamilan, banyak perubahan yang akan ibu-ibu alami, terutamanya perubahan dari segi emosi dan juga fizikal. Ini semua disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku dalam badan kita semasa kita mengandung.

Masa Syu mengandung, memang banyak dugaannya, terutamanya sekali bila mengandungkan Syifa’. Terlalu ketara perubahan yang berlaku, sampai Syu tak tahu macam mana nak buat pada masa itu. Alhamdulillah, suami ada untuk membantu. Memang berbeza mengandungkan Ahmad dan mengandungkan Syifa’.

 

tanda kehamilan

 

Antara 5 perubahan yang sangat ketara yang Syu perasan masa awal-awal kita mengandung adalah:

 

1. Emosi selalu tak stabil

Masa awal-awal mengandung, memang emosi kita selalu tak stabil. Kadang gembira, kadang sedih, kadang rasa nak menangis tanpa apa-apa alasan yang kukuh. Perkara macam nie memang normal untuk ibu mengandung sebab kita bawa zuriat di dalam, kita memang penat dan letih.

Selain itu, badan kita sedang menghadapi perubahan hormon semasa mengandung nie. Sebab tu la kita selalu je mood swing. Terer kan ibu mengandung, dalam masa yang sekejap boleh gembira kemudiannya menangis macam budak tak dapat gula-gula.

Tapi, janganlah risau. Sekejap je tu kalau kita pandai kawal emosi kita nie. Kalau tak, memang sampai 9 bulan pun masih mood swing juga la nampaknya. Jangan ikutkan sangat, nanti anak dalam kandungan tu pun emosi sokmo. Senyum je.

 

2. Tak lalu nak makan

Ini berlaku masa Syu awal-awal mengandungkan Syifa’. Memang tak lalu nak makan. Makan je muntah. Minum pun semua keluar balik. Memang lesu tak bermaya masa tu. Selamat la duduk rumah mak. Dapatlah suami dan keluarga tengok-tengokkan si Ahmad. Kesian dia.

Memang tak boleh nak makan dan minum sangat, tapi, Alhamdulillah boleh terima ESP dan juga Performance Drink. ESP sangat-sangat membantu Syu untuk alas perut yang tak boleh terima makanan tu. Sekurang-kurangnya baby dalam kandungan dapatlah sumber protein dari ESP tu.

Performance Drink tu pulak macam air 100 Plus tu, cuma lagi baik dari tu. Bila minum Performance Drink takde la rasa dehydrated walaupun Syu memang tak larat sangat sebab asyik muntah-muntah je. Kalau Syu minum sejuk-sejuk lagi sedap (walaupun ibu mengandung tak digalakkan minum ais…ye ke???)

 

3. Kerap makan walaupun sedikit

Kalau masa mengandungkan Syifa’ Syu tak lalu nak mkan, masa mengandungkan Ahmad lain pula. Syu takde masalah tak lalu makan. Syu banyak makan ada la. Ye la, setiap anak lain ragamnya kan. Syu memang kerap makan. Kejap-kejap mesti cari makan. Sentiasa lapar. Sampailah masuk trimester kedua baru ok sikit nafsu makan Syu tu…hehehe…

 

4. Morning Sickness

Mual dan loya dah memang trend di awal kehamilan nie. Biasa la tu, perubahan hormon berlaku di dalam, salah satu kesannya adalah morning sickness. Tapi, masuk trimester kedua biasanya dah takde ataupun berkurang la dari awal-awal dulu.

Syu pernah satu ketika dulu, sebab asyik muntah je, Syu memang duduk depan pintu tandas tu. Senang sikit nak muntah. Takde la merata nanti muntah tu.

Lepas tu, terus google cara nak kurangkan morning sickness sebab tak tahan sangat. Alhamdulillah jumpa dengan Peppermint Ginger Shaklee. Terus beli dan makan. Memang berkesan untuk Syu. Lepas 3-4 hari makan Peppermint Ginger, kurang sangat mual dan muntah-muntah Syu. Alhamdulillah.

 

5. Banyak Tidur

Ibu mengandung memang cepat penat. Sebab tu la banyak tidur. Syu memang banyak tidur masa awal-awal mengandung Syifa’. Selamatlah tak kerja pada ketika itu. Waktu mengandungkan Ahmad pun banyak juga tidurnya, tapi tak sebanyak masa mengandungkan Syifa’ la sebab masa mengandungkan Ahmad Syu masih belajar lagi. Sibuk sampai tak boleh nak tidur sangat.

Kebiasaannya, ibu mengandung akan tidur setiap 3 jam. Macam baby pulak kan. Tapi, itulah lumrahnya. Bukan kita nie pemalas ke apa, tapi, perubahan badan kita dan perkembangan baby dalam rahim menyebabkan kita cepat penat dan memerlukan rehat.

Rehatlah selagi boleh. Nanti bila dah bersalin dah tak boleh nak rehat sangat…hehehe…

 

6. Selalu nak terkencing

Awal-awal peringkat mengandung, memang kita akan selalu nak terkencing. Kejap-kejap pergi tandas. Kadang-kadang sampai bersin atau terbatuk pun boleh terkencing sedikit secara tak sengaja.

Ini berlaku kerana pundi kencing kita telah beralih sedikit untuk memberi ruang kepada rahim kita untuk mengembang. Akibatnya, pundi kencing kita terhimpit sedikit, sebab tu la senang nak terkencing.

Jalan paling mudah, pakai panty liner sebab senang nak uruskan. Takde la asyik kena tukar pantiesĀ kan?

 

7. Payudara membesar

Bila kita mengandung, payudara kita memang akan membesar. Ini kerana hormon untuk menghasilkan susu akan membesarkan pembuluh darah kita untuk nutrisi mengalir ke dalam susu itu nanti. Umpamanya macam dalam payudara kita sekarang ada kilang untuk menghasilkan susu, ia memerlukan ruang. Sebab itulah payudara kita membesar kerana memberi ruang untuk kilang tersebut.

 


 

Ini adalah perkara normal yang biasa berlaku pada ibu-ibu di awal trimester pertama mengandung. Mungkin tak semua, tapi mesti ada sedikit sebanyak yang berlaku kan? Yang penting, jangan stress tau. Ia akan meninggalkan kesan kurang baik pada baby kita juga.

Macam mana nak sentiasa tenang dan gembira melalui hidup-hidup semasa mengandung nie? Tengok video nie, beliau kongsikan macam mana nak menjadi orang yang paling bahagia dan bersyukur. Moga bermanfaat.

Selamat menonton!!!

 

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.