6 Tips Untuk Kurus Selepas Bersalin Yang Ibu Wajib Lakukan!

6 Tips Untuk Kurus Selepas Bersalin Yang Ibu Wajib Lakukan!

Semasa ibu hamil, kebiasaannya ibu akan naik berat badan lebih kurang 15-25 kg. Agak menakutkan bila kita timbang masa mengandung betul tak? Tapi, yang lebih menakutkan adalah macam mana nak hilangkan semula berat-berat tambahan ini selepas bersalin nanti?

Siapa nak turunkan berat sebanyak 20kg lepas bersalin? Tonton video ni untuk tengok jalan penyelesaiannya. Banyak tips tau Puan Salwa kongsikan di sini!

 

 

Syu pun ada masalah tambah berat mendadak semasa mengandungkan Basyiirah dulu. Naik sampai 20 kg. Dari 43 kg naik sampai 65 kg. Memang Syu risau sangat, manalah tahu ada penyakit-penyakit bahaya yang menanti kan. Masa mengandung memang makan je, manalah berat tak naik macam tu.

Tapi, Syu percaya Syu akan dapat turunkan balik berat Syu sama seperti sebelum mengandung. Syu akan pastikan Syu amalkan beberapa tips yang orang-orang tua dulu-dulu selalu amalkan. Sebab tu kita tengok orang-orang tua sihat aktif walaupun mereka dah berumur. Antara tips-tips tradisional yang Syu biasa amalkan adalah:

 

1. Senaman ringan semasa berpantang

Masa berpantang, badan kita masih rasa penat dan sengal-sengal daripada proses bersalin. Tapi, bila kita buat senaman ringan, kita akan rasa lebih segar, dan pada masa yang sama, kita akan dapat buang lemak-lemak berlebihan masa mengandung dulu.

 

2. Kerapkan menyusu

Menyusukan anak adalah perkara paling senang untuk kita lakukan kalau kita nak kurus seperti sedia kala. Susu yang berkhasiat akan buat anak kita lebih sihat dan kenyang. Dengan bantuan Set Susu Meriah, mesti baby kita puas setiap kali menyusu. Jangan terkejut kalau anak kita asyik nak mengempeng je sebab susu kita sedap sangat.

Semasa menyusukan anak, kita akan bakar banyak kalori walaupun kita tidak bergerak. Bila terbakar kalori, kita akan lebih senang untuk kurus kembali. Jadi, jangan rasa tertekan bila anak kita asyik nak menyusu je.

 

3. Makanan berserat 

Makanan berserat seperti buah dan sayur adalah makanan yang sangat bagus untuk kita makan sebagai snek di antara meal. Ia akan buat perut kita kenyang. Sekurang-kurangnya kita makan makanan yang berkhasiat sepanjang masa semasa kita lapar.

Buah dan sayur kaya dengan vitamin dan mineral. Ibu-ibu berpantang memang perlukan segala vitamin dan mineral untuk pulihkan organ dalaman kita, seterusnya membuatkan badan kita lebih sihat.

 

4. Berpantang dengan berdisiplin

Ramai ibu selalu complaint sebab tak tahan dengan tempoh berpantang selama 44 hari. Pada sesetengah ibu-ibu, ia di anggap sangat lama. Tapi, percayalah masa berpantang adalah masa kritikal untuk kita pulihkan diri untuk sihat seperti dulu. Masa berpantang adalah masa terbaik untuk kurus dan betulkan semula urat-urat yang lemah semasa bersalin tu dan Set Pantang Bertenaga sangat-sangat membantu untuk kembalikan tenaga ibu-ibu semasa berpantang.

 

5. Jangan skip makan

Makan adalah wajib kalau nak kurus. Kalau kita skip makan, ia akan buat kita lebih lapar dan bila makan nanti, ada kemungkinan kita akan makan dengan lebih banyak. Macam mana nak kurus kan?

Lagipun, ibu menyusu perlukn segala vitamin untuk menghasilkan susu yang lebih berkhasiat. Jadi, ibu perlu pastikan yang ibu makan makanan yang berkhasiat di samping mengambil Set Susu Meriah untuk membantu cukupkan nutrisi yang ibu dan baby perlukan.

 

6. Pengambilan Suplement

Walaupun kita dah lakukan macam-macam, kita juga perlukan suplement untuk membantu kita untuk buang lemak dan turunkan berat badan. Set Kurus Langsing akan membantu ibu-ibu untuk dapatkan berat anak dara 🙂

.

Dengan tips-tips ini, ibu-ibu yang akan dapat turunkan berat badan dan jadi kurus langsing seperti sebelum mengandung. Suami kita pun mesti teruja tengok badan kita yang sama seperti sebelum hamil. Hati kita pun mesti lebih gembira bila suami kita teruja tengok kita kan? Takde la nanti ada kes suami cari perempuan lain sebab isteri sendiri dah cukup sempurna di mata mereka. Jadi, ibu perlu lakukannya supaya suami sentiasa gembira.

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Tang pantang tu sekarang ni susah kan..hehehe..nak-nak zaman moden ni.. orang lagi suka ambil yang mudah di makan…huhuhu…

    • UmmuZuhayr :

      betul tu…bab pantang ramai yang dah tak larat nak ikut, tapi pada syu ok je, best je mknn masa pantang…hihi 🙂

Leave a Reply to UmmuZuhayr Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.