6 Penyakit Bahaya Yang Harus Dielakkan Semasa Hamil

6 Penyakit Bahaya Yang Harus Dielakkan Semasa Hamil

Tahniah, anda hamil!

Awal-awal mengandung nie, mesti jaga diri ye. Kesihatan ibu dan bayi sangat penting. Elakkan dari buat kerja-kerja berat, elakkan diri dari lasak sangat, dan juga janganlah makan makanan yang boleh mengancam nyawa ibu-ibu dan juga bayi.

Nak tahu tak, semasa mengandung, terlalu banyak penyakit yang berbahaya yang mesti kita elakkan. Sesetengah penyakit itu sangat bahaya hingga boleh membawa kepada kematian. Jadi, eloklah ibu kawal pemakanan yang boleh menyebabkan penyakit tersebut.

Antara penyakit-penyakit yang berbahaya (kalau kronik sangat) yang boleh terjadi semasa kita mengandung adaah seperti:

a. Darah tinggi

b. Kencing manis

c. Anemia

d. Keputihan

e. Kencing kotor

f. Pre-eclampsia

 

#A Darah Tinggi

Tekanan darah bagi ibu mengandung sepatutnya tidak melebihi 140/90. Darah tinggi boleh berlaku semasa mengandung kerana perubahan yang berlaku pada perkembangan uri. Salur darah dalam uir tidak berkembang seperti yang sepatutnya menyebabkan darah tidak boleh mengalir dengan sempurna.

Kalau kita didapati menghidapi darah tinggi sebelum kandungan berumur 20 minggu, mungkin sebab kita sendiri yang mempunyai darah tinggi, tetapi kalau ianya berlaku selepas kandungan berumur 20 minggu, ianya hanyalah sementara sahaja dan akan hilang selepas bersalin.

Darah tinggi nie bahaya sebab boleh menyebabkan bayi kita kurang mendapat nutrisi dan juga oksigen disebabkan laluan peredaran darah yang kurang lancar. Selain itu, kalau kita ada darah tinggi juga boleh menyebabkan kelahiran pra-matang.

Jadi, hati-hatilah dengan penyakit darah tinggi ini. Baik kawal sebelum ianya menjadi parah. Salah satu cara adalah dengan menjaga pemakanan kita di samping mengambil suplement kesihatan seperti Omega Guard dan Ostematrix.

 

#B Kencing Manis

Syu pernah kena minum air gula masa check-up dulu sebab dalam jarak sebulan tu, baby dalam kandungan Syu membesar lebih dari 500 g di awal kehamilan. Nurse risau kalau-kalau Syu ada kencing manis. Tapi, itulah prosedur kalau doktor nak kesan sama ada kita ada kencing manis ataupun tak.

Penyakit kencing manis berlaku apabila uri kita tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup untuk mengatasi rintangan insulin apabila hormon kelahiran mengganggu pengeluaran insulin ini. Bila insulin tak cukup untuk mengatasi semua rintangan ini, ia akan menyebabkan paras gula dalam badan kita meningkat.

Penyakit kencing manis semasa mengandung juga bahaya sebab ia akan menyebabkan beberapa komplikasi seperti bayi yang lahir itu akan besar, ataupun cacat, dan lebih mengerikan baby kita boleh mati dalam kandungan. Sebab tu kita kena hati-hati dengan apa yang kita makan semasa mengandung. Bukannya boleh suka-suka makan apa yang kita nak.

Jadi, ibu kena makan makanan yang boleh membantu dalam penghasilan insulin bagi mengelakkan paras gula daripada meningkat.

 

#C Anemia

Anemia atau lebih dikenali dengan darah rendah memang bahaya untuk ibu dan juga baby. Semasa mengandung kita akan mempunyai darah tambahan untuk dibekalkan kepada bayi kita. Tetapi, badan kita tidak dapat membekalkan zat besi yang cukup untuk membuat hemoglobin untuk semua darah tambahan itu tadi. Sebab tu la berlakunya Hb rendah.

Kenapa anemia bahaya? Ia boleh menyebabkan bayi kita lahir pramatang, berat bayi kita lebih rendah dari yang sepatutnya, boleh juga meninggal dalam perut mahupun meninggal ketika lahir. Selain itu, anemia boleh menyebabkan si ibu menghadapi risiko kehilangan banyak darah semasa bersalin nanti.

Macam mana nak pulihkan anemia dan dapatkan Hb yang nomal semasa mengandung? Pn. Aya ada kongsi caranya dalam vieo di bawah ini. Dengarlah sendiri.

 

 

#D Keputihan

Keputihan bukanlah sesuatu yang bahaya, tetapi ianya boleh menyebabkan ketidakselesaan yang berpanjangan. Ianya berpunca dari jangkitan kuman/bakteria di bahagian faraj kita. Nak kencing sakit, selalu gatal-gatal di bahagian faraj, nak ‘bersama’ suami pun sakit.

Keputihan memang kena rawat sebelum ianya bertambah teruk. Cara paling mudah adalah makan bawang putih sebab bawang putih bersifat anti-fungus dan ianya membantu membunuh bakteria-bakteria yang menyebabkan keputihan berlaku. Kalau tak suka bau bawang putih, bolehlah juga cuba makan Garlic Complex Shaklee yang mempunyai fungsi yang sama.

 

#E Kencing Kotor

Kencing kotor bukanlah setakat air kencing kita berubah warna menajdi semakin gelap, tetapi kencing kotor ini adalah jangkitan kuman pada buah pinggan yang melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing ureter (yang menghubungkan buah pinggang ke pundi kencing) dan juga salur kencing uretha (salur kencing yang menghubungkan pundi kencing ke seluruh tubuh).

Ini berlaku apabila kandungan hormon semasa mengandung menyebabkan salur kencing ureter dan juga pundi kencing bertambah lemah dan ini akan menyebabkan air kencing lambat mengalir keluar.

Selain itu, rahim kita semakin hari semakin besar. Ini akan menybabkan salur kencing kita ditekan dan pengaliran air kencing akan bertambah tersekat. Apabila air kencing mula bertakung, ia akan menyebabkan bakteria mula membiak.

Kecing kotor juga bahaya kepada baby sebab boleh menyebabkan baby lahir awal dari tarikhnya ataupun berat baby sewaktu lahir rendah.

Untuk mengelakkan terjadinya kencing kotor, salah satu perkara yang ibu boleh lakukan adalah kerapkan diri untuk ke tandas. Jangan sesekali menahan kencing dan selepas habis kencing, eloklah berdehem supaya air kencing kita akan keluar sepenuhnya.

 

#F Pre-eclampsia

Pre-eclampsia dapat dikesan dengan melakukan ujian air kencing. Ia adalah positif pre-eclampsia apabila terdapat protein dalam air kencing kita. Lebih banyak protein, lebih teruk penyakitnya sehingga boleh terjadinya sawan. Penyakit ini akan memberi kesan kepada otak dan organ-organ penting dalam badan kita.

Pre-eclampsia amat bahaya kepada janin kita kerana ia boleh menyebabkan kematian. Selain dari itu, ia boleh juga menyebabkan petumbuhan yang kurang baik pada baby sehingga boleh terjadi kelahiran pramatang. Kesan dari pre-eclampsia ini juga boleh menyebabkan ‘placental abruption’ iaitu placenta terpisah dari dinding rahim sebelum selesai proses bersalin lagi.

Untuk mengelak daripada penyakit ini, ibu-ibu mestilah kurangkan garam dalam makanan dan juga mengambil makanan yang lebih protein. Ibu-ibu juga perlulah kurangkan pengambilan alkohol dan juga kaffein. Jadi kurang-kurangkanlah minum kopi dan teh.

 

Semua penyakit-penyakit ini adalah bahaya jika ia berterusan semasa hamil. Ibu-ibu perlulah mengambil langkah berjaga-jaga supaya semua penyakit ini dapat dielakkan. Takkan la kita nak mengancam nyawa baby dalam rahim kita kan? Jadi, jagalah kesihatan dan banyak-banyakkan berehat ye 🙂

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Memang takut la syu kan kalau kena penyakit macam kat atas tu. Mintak dijauhkan la bila preggy
    Ibu Zarith recently posted…Menjana Pendapatan 5 Angka Dengan Bekerja Dari RumahMy Profile

  2. saya nak tanya saya dah 8 bulan tapi masih belum lagi minum air gula .. apa yang perlu saya buat yew ? takpe kew kalau tak minum air gula

    • UmmuZuhayr :

      khadyjah….minum air gula bukan wajib….biasanya kalau berat badan kita naik mendadak baru kena minum air gula, ataupun keluarga kita ada sejarah diabetis…kalau takde, biasanya mmg tak payah minum pun… 🙂

  3. Bila mengandung ja mula risau fikir minum air gula, pernah kena buat BSP 4 kali sehari ambil darah….
    fuzy recently posted…10 Perkara Perlu Elak Jika Mahu Cepat HamilMy Profile

Leave a Reply to Ibu Zarith Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.