6 Jenis Makanan Penyebab Bentan Semasa Berpantang. Elakkan!!!

6 Jenis Makanan Penyebab Bentan Semasa Berpantang. Elakkan!!!

Makanan-makanan yang boleh menyebabkan bentan semasa berpantang

.

Semasa berpantang, ramai mummy-mummy muda nie tak suka nak berpantang sangat. Katanya leceh la, rimas la, dah sihat la, macam-macam alasan kita semua bagi. Paling menakutkan, walaupun berpantang, tapi masih nak makan macam-macam makanan yang dilarang selama 44 hari berpantang tu. Mana la tak kena bentan. Bahaya tau, memang sakit dan sangatlah memedihkan badan kita yang masih belum sihat nie.

.

Makanan Tak Boleh Diambil Semasa Berpantang Untuk Elak Bentan

makanan penyebab bentan

Ada beberapa makanan dan juga minuman yang mummy-mummy tak boleh makan dan minum masa berpantang sebab boleh menyebabkan bentan berlaku. Syu pernah terkena bentan, walaupun tak teruk, tapi masih terasa sakit dan sengal-sengal sendi tu.

1. Makanan yang gatal-gatal

  • Makanan yang ‘gatal-gatal’ sangatlah tidak digalakkan terutama sekali apabila luka jahitan masih belum pulih sepenuhnya. Tak kiralah mummy bersalin normal ataupun secara pembedahan.
  • Contoh makanan: ayam, seafood seperti udang, kerang dan sotong.
  • Jika termakan makanan seperti ini, luka berkemungkinan akan bernanah dan boleh buat  badan kita rasa macam nak demam bila tahan gatal bahagian luka tu.

.

2. Ikan yang berbisa

  • Ikan-ikan yang berbisa yang bahaya untuk mummy berpantang adalah seperti ikan pari, ikan parang, ikan terubuk, dan juga ikan-ikan yang banyak tulang.
  • Kadanga-kadang mummy akan rasa macam badan kena cucuk duri apabila termakan makanan ini. Sakit sangat bila terasa badan kena cucuk-cucuk.

.

3. Minuman sejuk

  • Minuman ais memang tak boleh la minum masa berpantang. Ada sesetengah orang tua melarang minum ais selama 100 hari, bukan setakat 44 hari je. Boleh terus demam dan seram sejuk badan nie kalau minum air sejuk nie.

.

4. Makanan yang tajam

  • Makanan yang tajam adalah seperti nenas. Kalau makan nenas masa awal kehamilan, boleh gugur tau. Dan kalau makan masa tengah berpantang, boleh rasa senak perut dan sakit di bahagian rahim dan peranakan. Selain itu, memang boleh tumpah darah dan masuk hospital.

.

5. Makanan berangin

  • Makanan berangin pun bahaya dimakan masa berpantang kerana nanti urat boleh masuk angin, akan menyebabkan badan rasa seram sejuk sampai nak demam.
  • Contoh makanan: sayur kangkung.

.

6. Makanan yang berbau

  • Makanan yang berbau boleh menyebabkan kancing gigi dan lagi teruk, boleh menyebabkan tumpah darah juga. Kancing gigi sangat menakutkan kerana boleh terlajak kena sawan sekali (kalau teruk sangat la).
  • Contoh makanan: mangga, petai, jering.

.

Mungkin semua makanan diatas tidak terkena ataupun tidak terkesan kepada mummy, tapi lebih baiklah kita berjaga-jaga daripada terkena kan? Baiklah kita belajar untuk mengelak dari mengubati bentan yang memang amatlah menyakitkan. Jangan ambil mudah perkara-perkara mengenai bentan ini, boleh mengundang maut kalau kita tidak bendung dengan lebih awal.

Jagalah badan kita seeloknya kerana kita nak guna badan nie sampai tua, bukannya boleh ditukar ganti dengan badan yang lain. Marilah kita ambil berat akan masalah berpantang ini supaya badan kita tidak menghadapi masalah di masa tua nanti.

.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

FB | Ummu Zuhayr

FB Page | UmmuZuhayr – Sharing Great Moments Of Parenthood

Pengedar Sah Shaklee Johor Bahru, Skudai, dan Bandar Seri Alam

Dan Pengeposan ke seluruh Malaysia

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. minuman berais sampai setahun selepas bersalin pun Zarith tak ambil lagi. huhu.. Memang tak berapa bagus kan ambil air berais ni, kecuali untuk hilangkan dahaga pada waktu panas la hehe
    Ibu Zarith recently posted…9 Cara Mengurangkan Sakit Tulang Punggung Ketika Hamil Atau Selepas BersalinMy Profile

    • syuhada amir :

      Syu dah mula la ambil ais…masa basyiirah setahun 2 bln kalau tak salah…sbb panas sangat cuaca sekarang nie..tak tahan tekak kering je…hahaha (alasan je tu…)

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.