6 Barang Bayi Yang Tahan Lama, Mahal Mana Pun Sanggup Beli!

6 Barang Bayi Yang Tahan Lama, Mahal Mana Pun Sanggup Beli!

6 Barang Bayi Yang Mahal, Tapi WAJIB Beli

Masa Syu awal-awal mengandung anak sulung dulu, macam-macam barang keperluan bayi yang perlu dibeli Syu senaraikan supaya boleh kumpul duit nak beli barang-barang tersebut sebelum bayi Syu lahir. Masa tu mana tahu barang-barang tu mahal ke murah. Bila survey-survey harga, Ya Allah, memang kena menabunglah kalau nak beli.

Bila survey harga, ada beberapa barang yang Syu rasa WAJIB beli walaupun mahal. Syu bukan tak boleh beli yang murah, tapi sebab tahu yang barang-barang itu Syu akan pakai lama (harapnya sampai anak ke-3 pun boleh pakai lagi…haha), sebab itu Syu prefer yang berkualiti walaupun mahal. Biarlah, asalkan berbaloi dan selesa untuk Syu dan anak.

Barang-barang bayi yang perlu ada

brg2 bb

Selain daripada barang-barang asas bayi, ada beberapa barang lagi yang perlu ada untuk menjamin keselesaan dan keselamatan bayi kita.

1. Breast pump

Masa awal-awal bersalin, masa tu tak bekerja lagi. Jadi, tak kisah sangat pasal breastpump nie. Tapi, bila dah mula bekerja, memang perlu untuk ada breastpump supaya boleh mengepam untuk mengumpul stok susu EBM kerana nak bagi anak susu badan juga walaupun di rumah pengasuh.

Bila tengok harga dan jenama breast pump memang banyak sangat harganya. Ada yang mahal, ada yang murah. Syu tak kisah nak beli yang mana, tapi paling penting mestilah berkualiti. Jadi, apabila baca review, akhirnya Syu buat pilihan untuk membeli brand Medela Freestyle.

Pada bakal-bakal mummy semua, bila pilih breastpump, pilihlah berdasarkan:

  • Brand/jenama
  • Harga
  • Single/double pump
  • Bagus ke tak sistem mengepam (ada sesetengah sistem mengepam menyakitkan, sebab tu kena pilih elok-elok)
  • Bising ke tak pam tu

Dalam pemilihan breast pump, bukan semudah yang kita fikirkan. Banyak perkara kena difikirkan sebelum membuat keputusan.

.

2. Katil Bayi

Katil bayi juga adalah penting. Ini adalah untuk keselamatan bayi kita supaya tak terhempap bantal ke, selimut ke, kita yang terhempap anak ke. Bahaya kalau ini semua terjadi, boleh bawa maut kalau kita tak perasan anak kita.

.

3. Baju-baju Newborn

Baju-baju newborn bukannya pakai lama sebab bayi kita cepat besar masa awal-awal kelahiran. Jadi, kalau beli banyak-banyak pun, nanti mesti ada baju yang tak sempat pakai ataupun setakat pakai sekali je. Sebab tu la, bila beli baju newborn, jangan beli banyak-banyak dan pastikan ada container untuk menyimpan baju-baju newborn dengan baik. Boleh pakai lagi untuk anak ke-2 ke-3 nanti.

.

4. Stroller

Stroller adalah sesuatu yang agak besar dan perlukan tempat untuk simpan jika tidak digunakan. Selain itu, bila kita pilih stroller, kita perlulah yang mudah untuk tolak dan gerakkan, tak nak la tolak pun perlukan tenaga yang tinggi. Penat nanti nak tolak lama-lama.

Jadi, nak pilih stroller pun kena survey elok-elok, bukan setakat pilih yang murah je.

.

5. Car Seat

Penggunaan car seat sekarang amatlah diambil mudah je oleh sesetengah ibu bapa, padahal car seat la yang paling penting semasa kita memandu. Bahaya untuk kita pegang anak semasa dalam perjalanan sebab kita tak tahu apa yang bakal berlaku semasa perjalanan kita tu.

Lagi pun, kalau letak dalam car seat, anak kita akan lebih selesa untuk tidur, macm anak Syu semuanya boleh tidur sepanjang perjalanan dari JB ke KL kerana car seat yang selesa.

Masa Syu pilih car seat dulu, ada beberapa perkara yang Syu tekankan:

  1. Keselamatan – harness baper banyak???
  2. Keselesaan – padding car seat tu tebal ke tak?? Selesa tak anak nak tidur?
  3. Baby car seat ataupun car seat yang sesuai dari newborn hingga 4 tahun
  4. Senang nak pasang ke tak?

Mummy-mummy pun boleh juga ikut criteria ini masa memilih car seat kesukaan mummy.

.

6. Baby Carrier/Wrap

Masa awal-awal baby baru lahir, baby kita akan lebih suka dipeluk dan dekat je dengan mummy daddy. Jadi, bolehlah juga fikir-fikirkan untuk membeli baby carrier ataupun baby wrap. Ini akan buat baby kita lebih selesa kerana kerikat dengan badan kita.

baby carrier

bahaya ye baby carrier yang pandang ke depan dan kaki baby tergantung nie. Boleh memudaratkan kaki bayi.

Nak pilih baby carrier pun bukanlah senang. Paling penting, jangan membeli carrier yang bayi pandang ke hadapan dan juga carrier yang buat kaki bayi kita tergantung (macam dalam gambar). Bahaya untuk kaki mereka tau.

Masa memilih baby carrier ataupun baby wrap, kena pastikan yang kaki anak kita akan berbentuk ‘frog leg’ ataupun bentuk L (seperti gambar di bawah).

baby carrier 2                  baby wrap

.

Bila buat pemilihan barang-barang ini, Syu bukanlah kata yang tak boleh beli yang murah. Bukan. Apa yang Syu tekankan adalah mummy daddy kena fikir keselamatan bayi dan juga keselesaan kita untuk handle anak kita pada masa itu. Kalau mummy daddy rasa yang harga ratus-ratus itu sudah cukup untuk menjamin keselamatan anak, maka pilihlah. Jangan pula disebabkan orang lain pilih harga barang ribu-ribu, mummy daddy nak ikut juga. Ikutlah kemampuan ye, asalkan baby kita selamat dari segala bahaya.

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

FB | Ummu Zuhayr

FB Page | UmmuZuhayr – Sharing Great Moments Of Parenthood

Pengedar Sah Shaklee Johor Bahru,  Skudai, Bandar Seri Alam

Dan Pengeposan Ke Seluruh Malaysia

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.