5 Tips Atasi Rasa Takut Apabila Mencuba Benda Baru

5 Tips Atasi Rasa Takut Apabila Mencuba Benda Baru

Semalam Syu pergi ke Klinik Kesihatan Pasir Gudang dengan Zarith sebab nak edarkan flyers pasal Set Menyusu Shaklee. Memang berkobar-kobar nak share dengan orang. Ye la, kalau ada benda yang boleh menolong orang lain kan baik kita kongsikan, betul tak?

Memang semangat nak bagi flyers kat orang ramai. Dalam minda dah imagine yang orang gembira dapat flyers, orang bertanya soalan pasal produk, orang terus beli, semua Syu dah imagine. Memang cantik berangan tu.

Tapi, bila sampai kat klinik, terus jadi kaku. Tak tahu la kenapa apa yang Syu bayangkan tak menjadi. Memang perasaan takut menguasai diri nie. Nak bagi pun takut, apatah lagi nak bercerita kan…

So, macam mana nak atasi rasa takut nie? Syu nak kongsi 5 tips atasi rasa takut 🙂

 

fear 2

 

6 Tips atasi ketakutan 

 

1. Ketahui punca ketakutan

Semua orang ada punca ketakutan tu. Kadang-kadang sebab fobia atau pernah mengalami sesuatu yang buruk pada masa dulu. Ada orang takut driving sebab pernah accident, takut tinggi sebab memang gayat, dan macam-macam lagi. Macam Syu, Syu takut kucing sebab Syu pernah kena cakar dengan kucing waktu kecik dulu.

Yang penting, kita kena tahu dan sedar yang kita takutkan sesuatu. Baru boleh cari jalan penyelesaiannya. Barulah boleh hadapi ketakutan kita tu.

Ada orang tak percaya dan tidak mengaku yang dia takut, itu yang menjadi masalah. Bila bagi tugas cakap semua boleh buat, tapi bila kena buat betul-betul, terus kaku. Itu akan menyusahkan orang lain. So, better mengaku yang kita takut. Orang takdenya nak gelak la.

 

2. Cuba lakukan apa yang kita takutkan tu

Syu memang takutkan kucing, tapi tak de la sampai dengar bunyi kucing pun tak boleh. Sebab kat rumah mak ada kucing, Syu kenalah beranikan diri untuk berdepan dengan kucing. Syu practise dekat dengan kucing, belaikucing tu sikit-sikit, try pegang kucing tu. Lama-lama Syu boleh la nak handle kucing walaupun ada lagi takut-takut tu.

Basically, kita kena face the fear. Kalau kita tak hadapi, kita takkan tahu yang kita boleh buat. Entah-entah sebenarnya kita dah tak takut, tapi sebab dalam kepala otak asyik cakap takut, takut, mindset kita memang dah set macam tu.

 

3. Berfikiran positif

Orang yang berfikiran positif sentiasa mampu untuk mengatasi ketakutan. Janganlah asyik fikir, “tak berani la nak drive, kalau accident lagi macam mana?”, “Nanti mesti kena cakar lagi kalau main dengan kucing”, semua nya negatif. Memang la negatif jadinya.

Cuba fikir positif. Selalu cakap kat diri sendiri “Aku boleh buat”, “Orang suka kat aku, diorang takkan gelak la”, “Aku berani, aku mesti berjaya buat”.

 

4. Bayangkan yang kita dah berjaya 

Lepas fikir postif, bayangkan yang positif. Bayangkan yang kita dah berjaya pun lakukannya. Contohnya, kalau kita takut drive, bayangkan yang kita tengah driving pergi jalan-jalan dengan keluarga, kita gembira-gembira dalam kereta sambil menyanyi lagi. Bayangkan yang indah-indah lepas kita berjaya, mesti kita nak cuba hadpi takut tu kan? Tak hadapi, takde la kita akan dapat apa yang indah selepas tu kan…

 

5. Tarik nafas dalam-dalam

Sebelum kita buat apa yang kita takutkan sangat tu, tarik nafas dalam-dalam, tahan nafas, hembus. Ulang sampai la kita rasa tenang. Lepas tu buat je. Allah ada untuk tolong kita. Jangan risau.

Biasanya awal-awal je kita takut. Bila lama-lama buat, kita OK je. Macam kisah Syu edar flyers tu, pertama kali Syu buat dulu, memang takut sangat. Tapi, cuba jugak. Dua tiga kali edar, tade masalah pun. Cuma dalam kes dengan Zarith nie, memang dah lama tak buat, tu yang jadi takut balik.

 

fear

 

 

6. Just Do It!!!

Dah buat semua tips kat atas?? Apa lagi, buat je. Redah je. Jangan fikir sangat apa yang orang fikir pasal kita. Yang penting niat kena betul. Kita kena jelas kenapa kita buat semua tu.

Macam Syu, Syu memang nak share dengan orang lain pasal pengalaman sendiri dengan set menyusu yang banyak membantu Syu dalam tempoh penyusuan, sebab tu Syu gagahkan juga untuk edar flyers. Hoping that orang akan tanya dan Syu akan share semua ilmu yang Syu ada mengenai breastfeeding.

 

Itulah tips-tips yang boleh Syu share kali ini. Moga bermanfaat untuk semua.

 

Kepada yang takut,

hadapilah ketakutan anda dengan berani. Ingatlah, ada sesuatu yang indah menanti anda selepas anda berjaya nanti.

 

how-to-face-your-fears

 

Love,

Syu Amir

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.