5 Sifat Suami yang Isteri Wajib Tahu

5 Sifat Suami yang Isteri Wajib Tahu

Berkahwin bukan bermaksud ‘engkau kena ikut cakap aku dan cara hidup aku’ tapi bila kita berkahwin, kita saling lengkap melengkapi dan terima pasangan kita seadanya. Kita belajar untuk bertolak ansur dengan satu sama lain…betul tak? Kita kena belajar mengenali pasangan kita dan perangai dia sebab sebelum kahwin perangai lain, dah kahwin barulah tunjuk belang ye tak? Jadi, sekarang kita kenal dulu sifat-sifat suami kita macam mana.

Cara lelaki berfikir memang lain dari perempuan. Kalau kita tak faham, memang akan mengamuk je selalu. Ini buat tak kena, itu buat tak kena. Kita suruh buat A, dia buat B. Macam-macam salah faham boleh berlaku kalau kita tak faham cara suami kita melakukan sesuatu perkara.

 

Cuba fahamkan jenaka di bawah ini.

 

16-husband-peeling-half-the-potatoes

 

Apa yang si isteri suruh buat adalah lain daripada apa yang si suami faham dia kena buat. Kita suruh kupas separuh daripada kentang dalam beg plastik tu, bukannya separuh kupas separuh tak.

Tapi, inilah hakikatnya lelaki. Inilah hakikatnya suami kita. Sebab tu la kita kena faham suami kita macam mana.

 

kemesraan-suami-istri

 

Macam mana nak tahu?

 

1. Isteri kena beritahu dengan jelas apa yang kita nakkan suami kita buat.

Isteri tak boleh main cakap secara umum je. Suami tak faham. Contohnya, kita cakap “abang, tolong beli bawang kat kedai”. Balik-balik suami kita beli bawang sebiji je, tak ke naik angin kita nanti.

Lain kali kalau nak suruh suami kita beli barang atau buat apa-apa, kena pastikan kita cakap dengan jelas. Contohnya, “abang, tolong pergi kedai, belikan bawang holand 5 biji” ataupun “abang, saya dah basuh baju, nanti abang tolong sidaikan ye”. Make sure jelas apa yang kita cakapkan.

Ada juga jenis suami yang kalau tak cakap, memang dia tak buat sebab dia tak tahu pun yang kita harapkan dia buat. Buat penat je tanya, “naper abang tak sidai baju?” “laaa….tak cakap pun”.

So, lain kali, untuk mengelakkan kita mengamuk sebab fikir yang suami kita tak faham perasaan kita, fikir dulu apa yang kita buat tu betul ke tak dan fikir dulu suami kita tahu ke tak apa yang kita nak. Kesimpulannya, CAKAP APA YANG KITA NAKKAN!!!

 

2. Suami suka isteri minta tolong dengan dia, bukannya perli-perli

Kalau kita nak minta tolong dengan suami untuk buat sesuatu, cakap terang-terang. Tak payah nak berkias-kias. Lelaki tak faham pun. Kalau kita membebel sorang-sorang cakap abang itu ini, mereka stress je kita membebel, tapi tak tahu pun apa puncanya.

 

Contoh:

Jangan buat macam ni:

“Bilik air nie dah kotor dah, mak nak datang petang nie, kita banyak lagi kerja nak siapkan, tak de orang pun nak tolong buat kerja nie semua”

Agak-agak kita membebel, marah-marah camtu suami kita faham tak yang kita sebenarnya nak minta tolong dengan dia untuk tolong cucikan tandas? Tak kan? So, lain kali tak payah dah nak membebel sorang-sorang macam orang meroyan, suami kita tak tahu pun yang kata-kata tu semuanya ditujukan pada dia.

 

Buat macam nie:

“Abang, petang nie mak nak datang. Bilik air nie dah kotor la abang. Tolong basuh boleh?” 

Kan lagi senang nak faham. Suami kita pun gembira je nak tolong. Jadi, lain kali kurangkan membebel seorang diri, tapi BERKOMUNIKASI lah dengan suami tersayang.

 

3. Suami tak boleh buat banyak-banyak kerja dalam satu masa

Lelaki memang akan fokus pada satu benda pada satu-satu masa. Kalau kita cakap dengan suami suruh mandikan anak, suami kita akan mandikan je la. Lap tidak, pakaikan pampers tidak, pakai baju lagilah tak. Sebab otak mereka tidak di programkan begini.

Kena beritahu semua yang perlu mereka lakukan kalau tak nak anak nanti basah tak berbaju…hehehe…

 

Akak dalam video nie pun cakap benda yang sama. Lelaki memang tak boleh multitasking. Kena fokus pada satu benda je. Kenapa? Jom dengar!

 

4. Jangan harapkan yang suami akan buat apa yang kita suruh masa tu jugak

Otak lelaki perlukan masa untuk hantar signal ke otak yang isterinya minta tolong sesuatu. Jadi, kita nie sebagai isteri perlu sabar. Lepas beritahu apa yang kita nak, beri masa kepada suami kita untuk membuatnya. Janganlah terus nak marah bila suami tak buat apa yang kita nakkan bila kita cakap tu. Nanti suami kita terpinga-pinga kenapa tiba-tiba kita mengamuk.

 

5. Suami akan tinggalkan kita seorang diri apabila berlaku pertengkaran

Pertengkaran biasa berlaku, dan biasanya yang akan marah-marah dan mengungkit segala benda adalah isteri. Suami akan diam je (Biasanya la). Kalau dah tak tahan sangat, suami akan tinggalkan kita seorang diri. Ini bukan bermakna suami kita tak sayang kat kita, tapi dia lagi stress kalau dia duduk dengan kita sambil dengar kita membebel.

Suami akan biar isteri tenangkan fikiran dulu, lepas tu barulah berbincang. Itu pun kalau suami nak berbincang. Tapi, kebiasaannya suami akan biarkan je perkara itu berlalu tanpa berfikir mengenainya.

 

Inilah sifat suami kita yang isteri kadang-kadang tak perasan pun. Kita asyik fikir kita yang uruskan rumah, kita yang jaga anak sampai kita lupa sumbangan dan pertolongan yang dilakukan oleh suami kita.

Jadi, kepada isteri-isteri solehah, lepas nie kalau nak mengamuk dan membebel tu, fikirlah dulu ye. Jangan sampai tersinggung perasaan suami tersayang kita.

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. terima kasih kerana berkongsi info. Bagus untuk peringatan sesama kita. 🙂
    ros recently posted…Cara Atasi Period Tidak Teratur Dalam Masa 4 MingguMy Profile

  2. betullah tu.

    arahan mesti jelas.

    hehe..
    titan recently posted…Lu Pandai tulis tulisan jawi tak?My Profile

  3. Kdgkala bkn kita yg lupa..tp isteri yg lipa kat mana letak barang..hehe..
    Apapon perkataan ‘tolong’ jgn lupa kalo nak suruh suami buat ape2…hehe
    Thanks atas perkongsian..

Leave a Reply to UmmuZuhayr Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.