5 Persediaan Yang Perlu Buat Sebelum Masuk Labour Room

5 Persediaan Yang Perlu Buat Sebelum Masuk Labour Room

Di akhir-akhir kehamilan, banyak perkara yang perlu kita lakukan. Kadang-kadang tu sampai lupa apa yang perlu kita buat. Ada sahaja yang tertinggal. Biasa la tu. Nak bersalin bukanlah perkara yang mudah, terutama sekali pada ibu yang baru pertama kali nak menempuh saat-saat di dalam labour room nanti.

Bagi ibu-ibu yang pertama kali nak bersalin, ingatlah beberapa perkara yang mesti dilakukan sebelum melangkah masuk ke dalam dewan bersalin. Ini adalah untuk memudahkan kita lepas bersalin nanti. Takde la kelam-kabut nak uruskannya nanti 🙂

 

1. Beg hospital  mesti dah lengkap

Apabila kandungan kita dah masuk 6 bulan, doktor kebiasaannya akan suruh kita sediakan beg keperluan hospital. Risau kalau-kalau terbersalin awal, kita tak tahu. Jadi, kita kenalah ambil langkah berjaga-jaga supaya tak kalut mencari dan membeli barang keperluan kita dan bayi di saat akhir nanti. Pastikan checklist barang yang perlu bawa dalam beg hospital kita dah lengkap semuanya sebelum kita pergi hospital.

Syu ingat lagi masa bersalinkan Syifa’, segala keperluan Syu lupa nak bawa ke hospital sehinggalah suami yang kena cari semua keperluan baby. Kelakar bila ingat yang baju untuk Syifa’ pakai takde. Memang berbalut dengan kain hospital je dulu sebelum beg hospital Syu sampai.

 

2. Tukang urut dah tempah

Ini adalah penting juga sebab takut tukang urut sibuk mengurut orang lain juga. Kita kena set appointment dengan tukang urut bila kita nak mula berurut, berapa hari kita nak, apa yang perlu disediakan sema berurut, dan lain-lain. Ada sesetengah tukang urut nak kita sediakan minyak urut dan bengkung sendiri, ada tukang urut sediakan sendiri. Masa bersalin Syifa’, Syu tak perlu sediakan apa-apa. Semua barang mengurut bidan tu bawakan, sampai bengkung tradisional yang panjang 2 meter pun dia bawa dan siap bagi pinjam lagi. Bersalinkan Basyiirah lain pula, semua kita yang kena sediakan. Kakak tu cuma bawa minyak urut. Jadi, kita wajiblah tanya awal-awal supaya kita boleh sediakan peralatan untuk berurut nanti.

 

3. Suplement Berpantang

Suplement untuk berpantang bukanlah mudah untuk dipilih. Jangan main beli je, nanti tak sesuai dengan badan kita. Kajilah sedikit mengenai suplement atau jamu lepas pantang nie supaya kita boleh pilih dengan bijak. Pastikan suplement dah dibeli awal-awal supaya kita boleh masukkan juga mana-mana suplement yang perlu ke dalam beg hospital.

Jangan jadi macam Syu, bersalin anak sulung memang pesan pada mak je beli set bersalin. Last-last, membazir je sebab tak habis makan dan tak lalu makan pun. Mana tak nya, ada daun2 kayu yang perlu direbus dalam periuk untuk diminum airnya, ada jamu-jamu tradisional yang buat Syu tak selesa.

 

set pantang

 

 

Masa anak kedua dan ketiga, Syu memang pilih betul-betul suplement yang tidak akan membazirkan duit dan memudahkan proses penyembuhan untuk mengembalikan tenaga Syu lepas bersalin, sebab tu la Syu pilih SET PANTANG BERTENAGA keluaran Shaklee ini sebab lepas bersalin memang terus boleh makan, tak payah tunggu beberapa hari lepas bersalin pun dan yang paling best, beberapa hari selepas bersalin memang Syu dah mula bertenaga kembali. Best sangat!

 

Di hari kejadian, sebelum masuk ke labour room, pastikan kita membuat dua perkara lagi supaya ia akan memudahkan proses kita nak bersalin, in sya Allah 🙂

 

4. Minta maaf

Sebelum masuk ke dewan bersalin, pastikan kita telah minta maaf dengan semua orang, terutamanya suami dan juga mak ayah. Kita bukan tahu kalau-kalau kita ada terguris hati mereka sepanjang kita mengandung, jadi eloklah kita mohon ampun kepada mereka dan minta mereka doakan yang terbaik buat kita dan juga anak yang bakal lahir ini.

Syu akan call mak ayah untuk  minta doa mereka agar proses bersalin dipermudahkan. Mak ayah jauh, memang tak sempat nak jumpa sebelum bersalin. Telefon pun jadilah. Alhamdulillah, memang Allah mudahkan jalan untu Syu bersalin 🙂

 

5. Makanan pemberi tenaga

 

esp b complex

 

Kalau kita takde tenaga macam mana nak push keluarkan baby kan? Jadi, kita kenalah makan supaya ada tenaga nak meneran nanti. Syu akan makan kurma dan juga minum air zamzam sementara menunggu masuk ke labour room. Bila dah rasa makin hampir nak bersalin, Syu akan telan pula B-Complex dan juga ESP untuk menambah tenaga semasa proses bersalin nanti.

 

Kita perlulah sediakan semua ini untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Jangan sampai last minute baru nak buat semuanya. Takut nanti kita sendiri yang tak puas hati. Jadi, buatlah segalanya di awal waktu untuk memudahkan kerja kita selepas bersalin nanti.

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Memang teruja sangat nak bersalin, terutama bab2 packing beg saya dan baby! masuk 7 bulan, dah siap dah 1 beg umi, satu beg baby dlm kereta…dan semestinya set berpantang shaklee yang ohsemmmm!
    yatie recently posted…Tips Atasi Lingkaran Gelap Bawah Mata Agar Tidak Kelihatan Seperti Kungfu Panda!My Profile

  2. Bagus info ni. Pasal set berpantang tu betul lah kena prepare awal-awal. Bersalin anak first dulu pun Kak Ros minta husband belikan je set yg beliau jumpa. Rugi.. tak hbs pun makan.
    ros recently posted…Urutan Perineum Bantu Bersalin Tanpa Koyakan?My Profile

  3. Every weekend i used to pay a quick visit this web site, because i want enjoyment, since this this website conations truly pleasant funny material too.

Leave a Reply to UmmuZuhayr Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.