5 Peranan Suami Di Dalam Labour Room

5 Peranan Suami Di Dalam Labour Room

Semua ibu yang mengandung akan mengalami perasaan yang bercampur baur apabila tiba masa untuk masuk ke dalam labour room. Memang la masa tu sakit nak bersalin akan mengatasi perasaan yang macam-macam nie, tapi ibu masih akan rasa takut, gembira, risau, dan segala macam perasaan lagi. Di sinilah suami memainkan peranan yang sangat penting semasa bersama isteri di dalam labour room.

Masa dalam labour room inilah kita akan tengok sikap sebenar suami kita. Mungkin pada hari biasa, suami kita macam takde perasaan je dan buat endah tak endah je dengan kita, tapi masa dalam labour room, kita akan tengok yang suami kita adalah seorang yang sangat kuat dan penyayang orangnya.

Banyak sebenarnya peranan suami kita semasa di dalam labour room. Kita je kadang-kadang tak perasan apa yang suami kita lakukan di kala kita menahan kesakitan nak bersalin. Antara perkara biasa yang suami kita selalu buat masa teman kita nak bersalin adalah:

1. Memberi semangat dan dorongan

Kita selalu cakap ‘sakit yang, tak tahan rasanya nie’ tapi tak bersalin pun lagi. Suami kita akan sentiasa memberi galakan untuk teruskan perjuangan yang hampir selesai ini. “takpe, sikit je lagi nie, sayang kan kuat. Kejap lagi bersalin la nie. Allah akan bantu sayang.” Suami kita akan cakap macam-macam kata-kata semangat untuk lekakan dan alih perhatian kita dari memikirkan kesakitan itu.

2. Selalu dijadikan ‘punch bag’

Punch bag nie bukanlah untuk bertumbuk tu. Maksud Syu adalah suami kita la tempat kita lepaskan kemarahan dan segala kesakitan. Kalau nak tahan sakit, tangan suamilah yang akan kena ramas, kalau rasa tak tahan, kadang-kadang kita akan termarah dan tertinggi suara juga pada suami.

Tapi, suami kita redha je masa tu. Kena marah pun masih memberi semangat lagi, kena genggam tangan macam nak patah pun masih berada di sebelah kita sampai ke penghujung. Bagus sebenarnya suami kita nie. Jangan sesekali fikir yang suami kita tak sayang kita dan tak pernah nak ringankan beban kita. Fikirlah pengorbanan suami kita di masa ini kalau kita marah sangat padanya. Mesti luluh hati šŸ™‚

3. Pembaca zikir/alunan ayat Al-Quran

Di kala kita sakit, mulut suami kita akan selalu menyebut zikir dan juga ayat-ayat Al-Quran. Pada masa ini, hati suami kita sebenarnya risaukan kita, tapi kenalah tunjuk kuat depan isteri…hehe…Allah sajalah tempat mereka meminta tolong pada masa nie.

Selain itu, suami kita akan baca zikir pada kita atau suruh kita berzikir bersama-sama bagi mengurangkan sakit nak bersalin itu. Suami Syu akan selalu baca zikir Nabi Yunus masa dalam labour room untuk memudahkan proses bersalin šŸ™‚

Peranan tambahan

Di sesetengah hospital, suami dibenarkan untuk menyambut kelahiran anak mereka sendiri. Mesti best kan kalau dapat sambut anak dengan tangan suami sendiri. Suami kitalah orang pertama yang sentuh anak kita, bukan doktor atau nurse. Tapi, untuk sambut anak, mestilah ada kelas yang perlu dihadiri oleh suami kita masa kita mengandung dulu. jadi, kalau nak suami sambut kelahiran anak, pastikan suami kita pergi ke kelas yang berkenaan.

Selepas menyambut kelahiran anak, suami kita akan azan dan iqamat kan anak kita yang baru lahir. Ini adalah untuk mengingatkan si anak akan siapa dirinya sekarang ini. Moga anak yang baru lahir itu menjadi anak yang soleh dan solehah šŸ™‚

Percaya tak percaya, suami kita adalah orang yang paling gembira bila kita dah bersalin. Tak payah tengok lagi segala kesakitan yang kita hadapi semata-mata nak lahirkan zuriat. Bila tengok muka anak, hilang terus rasa penat dan sakit tangan kena genggam semua. Yang tinggal hanya senyuman di bibir suami šŸ™‚

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Betul tu.
    Teringat suami menitiskan air mata gembira selepas selamat bersalin.
    ros recently posted…Sayur atau Buah? Yang Mana Patut Diberi Dahulu Kepada Bayi 6 Bulan.My Profile

    • UmmuZuhayr :

      memang pun…walau macam mana pun perangai suami kita pada hari biasa, tapi masa kita bersalin, memang lain sgt suami kita kan kak ros?

Leave a Reply to UmmuZuhayr Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.