5 Langkah Sembuhkan Luka Jahitan Selepas Bersalin Agar Tak Terkoyak Semula

5 Langkah Sembuhkan Luka Jahitan Selepas Bersalin Agar Tak Terkoyak Semula

Semasa melahirkan anak, ibu mesti dinasihatkan agar tidak mengangkat punggung semasa meneran supaya tak bahagian pangkal rahim tu tak terkoyak kan? Tapi, masa meneran mestilah tak ingat apa yang berlaku. Yang kita ingat adalah sakitnya sahaja. Dan paling penting kita nak keluarkan baby je masa tu 🙂 Tapi, akibatnya, kemungkinan untuk terkoyak teruk tu kita kenalah tanggung sendiri. Bila terkoyak banyak, banyaklah yang kena jahitnya. Ngeri bila fikir-fikirkan kembali saat kena jahit tu.

Masa Syu bersalin anak sulung, bidan tu siap buat episiotomi lagi sebab katanya supaya tak terkoyak teruk. Sekurang-kurangnya, dengan episiotomi, senang sikit nak menjahit semula jika dibandingkan dengan terkoyak sana-sini. Masa bersalin anak kedua, luka jahitan agak lama nak sembuh sebab yang menjahit adalah doktor pelatih. Hampir sejam masa diambil untuk menjahitnya sahaja. Bila ditanya, cakap sikit je yang terkoyak tapi tak tahu la kenapa lama sangat. Bersalin Basyiirah je yang OK sikit sebab agak mudah dan tak banyak koyak.

Luka jahitan lepas bersalin nie kena jaga betul-betul supaya tak bernanah ataupun terkoyak balik. Ye la, luka jahitan tu di bahagian selalu kena air. Lagilah kena jaga elok-elok. Takut nanti lambat sembuh je. Syu akan amalkan 5 langkah mudah ini supaya luka jahitan cepat sembuh. Biasanya, tak sampai seminggu luka dah kering. Nurse yang datang rumah pun terperanjat tengok luka dah pulih.

5 Langkah Mudah Untuk Menyembuhkan Luka Jahitan Lepas Bersalin

luka bersalin

1. Luka Jahitan Mesti Selalu Kering

Ini adalah perkara yang amat susah untuk dilakukan. Seperti yang Syu cakap tadi, bahagian luka ini selalu kena air. Nak buang air mesti akan terkena luka. Nak mandi pun akan terkena luka juga.

Oleh itu, kita kena sentiasa ada kain bersih dalam bilik air supaya kita boleh lapkan bahagian luka setiap kali lepas membuang air ataupun mandi. Syu memang akan letak satu tuala kecil dalam bilik air sebab selalu je terlupa nak bawa masuk toilet.

2. Sapu iodin atau minyak gamat

Ubat ini pun Syu akan letak dalam bilik air je. Lepas lap kering-kering, Syu akan sapu minyak gamat ataupun iodin (ubat kaler kuning tu, memang akan dapat bila balik dari hospital). Tapi, Syu lagi suka guna minyak gamat la sebab lagi cepat baik lukanya.

3. Tukar pad dengan kerap

Pad kita kan sentiasa basah dengan darah, terutamanya masa awal-awal bersalin. Sebab tu la kena tukar selalu. Di samping takut dijangkiti bakteria, pad yang kering akan memudahkan luka untuk sembuh. Syu guna maternity clothpad. Memang best sebab fabrik dari jenis cotton yang memang menyerap. Jadi, takde la basah sangat tempat luka tu.

4. Rendam dengan air garam

Yang nie sakit sikit la. Syu buat pun sekali sekala je. Syu ambil besen yang agak besar, asal boleh masukkan bahagian luka tu. Sambil menyangkung dalam bilik air tu, rendamkan sekali luka tu. Awal-awal rasa la sakit, tapi lama-lama rasa best je. Garam kan antiseptik yang bagus. Cepatlah mati segala bakteria dan ia juga membantu untuk cepat sembuhkan luka jahitan. Alhamdulillah, memang cepat baik.

5. Makan makanan yang berkhasiat

Makanan yang berkhasiat, terutamanya yang mempunyai zink, protein, dan vitamin C akan membantu mempercepatkan pemulihan luka dan juga membantu untuk mencantumkan semula luka-luka kita itu.

                           vita c zinc complex   ESP

Jadi, Syu akan amalkan mengambil Set Pantang Bertenaga Shaklee dari hari pertama Syu bersalin sebab Set Pantang Bertenaga Shaklee ini ada kesemua sumber zink (zinc complex), protein (ESP) dan Vitamin C (Sustained Release Vitamin C), di samping keperluan nutrisi-nutrisi lain yang amat diperlukan badan Syu untuk kembali bertenaga seperti sedia kala. Parcaya tak percaya, Syu memang dah boleh mula mengemas rumah selepas 3 hari bersalin disebabkan Set Pantang Bertenaga nie. Tak percaya? Cuba dulu baru tahu.

Jadi, ibu-ibu kena berhati-hati tau dalam menjaga luka jahitan lepas bersalin nie. Kena pastikan luka nie cepat sembuh. Kalau tak mesti kita akan sentiasa takut untuk masuk tandas untuk buang air besar sebab tak nak meneran kuat sangat. Risau nanti jahitan tebuka. Kalau takut sangat, cepat-cepat amalkan semua langkah ini untuk pastikan luka cepat sembuh ye.

Kalau perlukan apa-apa, jangan segan-segan untuk minta pertolongan tau <3

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Anak first memang doktor akan gunting. Kena lah jaga elok2 jahitan supaya cepat baik.

    • UmmuZuhayr :

      kan kak ros…masa tu mmg redha je la kena gunting…alhamdulillah nurse bius masa jahit..so tak rasa sakit…

      tapi, masa bersalin kedua, mmg takde bius langsung…terasa ngilu betul…tapi tahankan aje…

      sbb tu la ibu2 mmg supermom..sbb boleh tahan sakit macam2… 🙂

Trackbacks

  1. […] sangat membantu dalam menyembuhkan luka. Bila Syu makan zinc untuk sembuhkan luka jahitan bersalin, secara tak langsung ia membantu untuk menyembuhkan luka buasir yang berdarah ini […]

  2. […] bertujuan untuk memulihkan luka-luka bersalin dengan cepat. Masa Syu makan Zinc, 3 hari dah kering dah luka jahitan, jadi tiada masalah lah nak […]

Leave a Reply to UmmuZuhayr Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.