4 Resipi Mudah Menggunakan Muffin Tray

4 Resipi Mudah Menggunakan Muffin Tray

Ibu-ibu sekarang ini sibuk bekerja dan sibuk menguruskan rumah. Nak kemas rumah, nak layan kerenah anak-anak, nak siapkan kerja-kerja pejabat lagi. Macam-macam kena buat dalam sehari. Kadang-kadang memang tak sempat nak memasak pun. Akhirnya, makan nasi bungkus je la.

Makan luar selalu pun tak elok juga. Kita bukan tahu apa yang tukang masak tu letak kan? Jadi, seboleh-bolehnya kita cuba la masak sendiri walaupun makanan yang mudah.

Syu pun bukannya ada masa nak masak sangat. Tapi, Syu ada resipi rahsia yang senang dimasak kalau dah takde masa sangat nak masuk dapur tu. Semua resipi ini menggunakan muffin tray dan juga oven. Jadi, bolehlah Syu kurangkan masa berada di dapur. Sambil-sambil layan anak pun masih boleh masak makanan yang simple ini. Sedap, anak-anak pun suka.

1. Muffin Omelette

muffin omelette

Bahan-bahan:

1. Telur (dipukul dengan sedikit garam)

2. Daging/ayam cincang

3. Capsicum

4. Lada hitam

5. Bawang putih dan bawang merah

Cara-cara:

– Panaskan oven 180°C.

– Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan lada hitam dan juga ayam/daging cincang. Masak hingga ayam/daging empuk. Kemudian, masukkan capsicum dan kacau sebentar. Jangan sampai capsicum lembik ye. Tutup api.

– Sapu loyang muffin dengan mentega/minyak. Masukkan bahan-bahan yang dimasak tadi. Kemudian masukkan telur yang dah dipukul sehingga penuh tray tersebut.

– Masukkan dalam oven dan bakar selama 20 minit atau sehingga telur jadi keras macam omelette.

2. Cheese Pizza Sandwich

sandwich muffin

Bahan-bahan:

1. Roti yang dibuang kulit / kulit popiah

2. Cheese

3. Sausage yang dipotong panjang-panjang

4. Carrot yang dipotong panjang-panjang juga

5. Tomato puree

Cara-cara:

– Panaskan oven 180°C.

– Goreng sausage sebentar bersama-sama carrot. Masukkan sedikit tomato puree dan gaul sebati. Ketepikan.

– Masukkan roti dalam muffin tray jadi bentuk mangkuk.

– Masukkan bahan-bahan yang digoreng tadi ke atas roti. Taburkan cheese di atasnya.

-Bakar selama 10-15 minit sehingga cheese menjadi garing.

3. Chicken Mac N Cheese Bites

mac n cheese

Bahan-bahan:

1. Macaroni (direbus)

2. Ayam cincang/ ayam dipotong dadu

3. Susu

4. Mentega

5. Cheese

Cara-cara:

– Panaskan oven 180°C.

– Masukkan sesudu besar mentega ke dalam periuk hingga cair. Masukkan susu dan biarkan mendidih.

– Perlahankan api dan masukkan cheese. Kacau selalu hingga semua cheese cair dan menjadi pekat.

-Masukkan macaroni yang dah direbus tadi bersama ayam cincang. Gaul sebati.

– Masukkan macaroni tadi ke dalam muffin tray.

– Bakar dalam oven selama 15 minit atau sehingga macaroni itu menjadi kuning keemasan.

4. Spaghetti Pie

1-spaghetti-muffins1

Bahan-bahan:

1. Spaghetti yang telah direbus (bila rebus tu patahkan dua, senang nanti nak  masukkan dalam tray)

2. Daging cincang/ayam cincang

3. Carrot yang disagat

4. Cendawan butang yang dihiris

5. Bawang yang dipotong dadu

6. Sos Spaghetti Prego

7. Tomato Puree

8. Cili giling (kalau nak pedas)

Cara-cara:

– Panaskan oven 180°C.

– Tumiskan bawang merah yang dipotong dadu hiingga naik bau. Masukkan sedikit cili giling dan tumis sampai pecah minyak. Masukkan ayam/dagigng cincang dan goreng hingga empuk.

– Masukkan carrot dan juga cendawan. Gaul lagi.

– Masukkan Sos Spaghetti dan juga tomato puree. Tumis hingga sos masak.

– Masukkan garam secukup rasa.

– Masukkan spaghetti ke dalam muffin tray (tapi jangan penuh sangat tau.)

-Masukkan sos Spaghetti tadi.

-Masukkan ke dalam oven dan bakar sehingga spaghetti garing dan melekat membentuk muffin.

Syu selalu masak macam ini kalau sibuk dan penat sangat. Tapi, bukanlah selalu. Takkan la tak nak makan nasi kan. Kalau selalu sangat masak macam nie, nanti anak dan suami bosan pulak.

Selamat mencuba resipi muffin tray yang senang ini!

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.