4 Kesilapan Yang Biasa Ibu Ayah Lakukan Terhadap Anak Sulung

4 Kesilapan Yang Biasa Ibu Ayah Lakukan Terhadap Anak Sulung

Kesilapan YAng Biasa Ibu Ayah Buat Terhadap Anak Sulung

Bismillah.

Moga entry kali ini membawa seribu manfaat kepada ibu ayah dan juga bakal-bakal ibu bapa di luar sana.

Anak sulung kebiasaannya adalah seorang yang sangat manja, tak kiralah anak lelaki mahupun perempuan. Tetapi, hati mereka sangatlah lembut dan mudah terasa. Jadi, kita sebagai ibu ayah perlulah didik hati mereka supaya mereka jadi seorang yang penyayang, bukan seorang yang manja sehingga tantrum setiap kali tak dapat apa yang mereka mahukan.

Samalah macam anak Syu, Ahmad Zuhayr. Zuhayr seorang yang manja dan selalu nakkan perhatian. Kalau tak dapat perhatian, mulalah dia jerit-jerit. Kalau kita sebagai ibu bapa salah sangka, kita mesti marah sebab fikir yang anak tu mengada-ngada kan? Kita fikir mereka nie sudah cukup besar kan, tak perlukan perhatian kita sangat.

Itulah kesilapan yang kita selalu buat, terutama sekali bila anak kita dah bertambah.

.

anak kena marah

Kesilapan Ibu Ayah Yang Selalu Dilakukan Kepada Anak Sulung

 1. Selalu Fikir Anak Dah Pandai Buat Semuanya Sendiri

Apabila anak dah ramai nie, kita mesti harapkan anak sulung boleh jaga diri sendiri. Semuanya pun kita harap dia boleh buat sendiri. Kalau tetiba buka pakai baju pun anak minta kita buat, kita mesti cakap “abang kan dah besar, dah boleh pakai sendiri kan. Pakailah sendiri, buat apa suruh ummi lagi”.

Kesian pada anak. Pada dia, itulah caranya dia nak kita layannya walaupun sekejap. Bukanlah asyik tumpu pada adik sahaja.

Janganlah kita abaikan perhatian kita pada anak sulung, walaupun mereka dah besar sekali pun.

 2. Kita Harapkan Anak Kita Boleh Membantu Kita

Kita selalu minta tolong si abang/kakak untuk bantu kita. “Abang, tolong ambilkan pampers adik”, “kakak, kemas balik  mainan nie” padahal anak kita takde la besar mana pun.

Bila anak kita tak buat atau lambat buat, kita marah. Ingatlah, pemikiran anak kita masih belum sampai lagi ke tahap apa yang kita fikir dan harapkan. Mereka masih kecil. Ingatlah yang itu.

.

3. Kita Harapkan Anak Sulung Untuk Mengalah

Yang ini selalu berlaku kepada anak sulung. Kalau berebut, kita mesti suruh si abang/kakak bagi pada adik “abang, bagi la mainan pada adik. Abang kan dah besar”.

Perkataan abang dah besar memang sinonim kepada anak sulung. Apa-apa pun kena mengalah dengan adik-adik yang lebih kecil daripadanya.

Kadang-kadang, si abang/kakak memang tengah pegang mainan tersebut, tapi bila adik nak dan menangis bila tak dapat, ibu ayah terus minta abang bagi pada adik. Tak adil la pada mereka.

.

4. Selalu assume si abang/kakak bersalah

Setiap kali adik menangis, perkara pertama kita akan buat adalah “abang, apa abang buat pada adik nie sampai adik menangis?” “kakak, kenapa adik menangis tu? akk buat apa pada adik?”. Kita tak selidik pun apa yang berlaku, tapi assume apabila sesuatu berlaku pada yang kecil, abang dan kakak yang bersalah dan abang dan kakak ada buat sesuatu kepada adik.

.

Kesilapan-kesilapan ini mungkin berlaku di kalangan ibu ayah (kalau tak semua, mungkin sedikit). Memang tidak adil pada yang sulung. Kita yang tak memahami sikap anak kita, tetapi kita menyalahkan anak kita yang masih kecil dalam semua hal.

Kita sepatutnya bantu anak kita menjadi anak sulung yang lebih bertanggungjawab kepada adik-adiknya. Jadikan anak kita tu seorang ketua yang penyayang dan tegas terhadap adik-adik. Biarlah nanti bila kita dah tiada, anak sulung kita boleh diharap untuk menjaga adik beradik yang lain.

Moga kita lebih berhati-hati dan lebih adil dalam mendidik anak-anak kita supaya mereka menjadi anak yang baik dan soleh solehah di masa akan datang nanti. In sya Allah.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.