20 Barang Bayi Yang Perlu Disediakan Sebelum Kelahiran

20 Barang Bayi Yang Perlu Disediakan Sebelum Kelahiran

Apabila mula mengandung, secara tak langsung kita akan fikir apa yang terbaik untuk diri sendiri dan juga apa yang terbaik untuk bayi kita. Kesihatan ibu sangat penting bagi melahirkan anak yang sihat dan cergas. Kita akan pastikan yang kita memang tiada masalah kesihatan ataupun penyakit yang boleh mendatangkan bahaya pada diri kita dan juga baby, seperti anemia ataupun darah rendah.

Bahaya tau anemia nie. Kalau tak dirawat, memang asyik keluar masuk hospital je. Macam Pn. Aya Chalo. Mengandung anak pertama sampai ketiga, darah memang asyik rendah. Selalu kena marah dengan doktor. Tapi, dengan anak ke-4, langsung tiada masalah. Doktor terkejut sangat-sangat. Apa rahsia Pn. Aya kali nie tiada hb rendah? Dengarlah sendiri.

 

 

Selain dari menjaga keihatan, memang lumrah setiap ibu mesti teruja nak membeli barang-barang keperluan bayi. Awal-awal lagi dah buat senarai barang. Ibu memang terlalu excited jika dibandingkan dengan kaum bapa nie 🙂 Syu pun tak terkecuali. Siap ada satu buku kecil untuk barang keperluan bayi sahaja. Dalam buku tu, Syu buat budget untuk setiap barang-barang jika barang tu agak mahal. Syu buat list apa nak beli, berapa kena beli, dan sebagainya. Nampak tak keterujaanku ini? 🙂

 

Barang apa yang penting sangat yang mesti ada sebelum bayi kita lahir lagi?

 

124_news-580x400

1. Pakaian newborn

Pakaian bayi memang kena sediakan sebelum lahir. Nak pakai apa pulak nantikan kalau baju takde. Tapi, jangan beli banyak-banyak baju newborn sebab anak kita cepat membesar. Cukuplah sekadar stok baju untuk seminggu. Risau kalau-kalau kita beli banyak-banyak, nanti tak terpakai dan takut dah tak muat. Masa Syu mengandung dulu, Syu akan lebihkan baju 3-6 bulan sebab boleh pakai lama.

 

2. Sarung kaki dan tangan

Sarung tangan dan sarung kaki boleh beli banyak sebab kita akan selalu pakai dan selalu tukar. Selain itu, kaki dan tangan mereka takkan membesar dengan cepat, jadi boleh pakai lama.

 

3. Pampers / Cloth Diapers    

Pampers pun kita perlu banyak, terutamanya di minggu pertama kelahiran mereka. Ini adalah kerana mereka akan selalu buang air besar. Kadang-kadang sehari sampai 6 kali tukar pampers. Bayi kita akan keluarkan najis kromium yang warna hitam atau hijau gelap dan ianya sangat melekit. Kena bersihkan cepat.

 

4. Baby wipes

Baby wipes bukan hanya digunakan untuk mencuci najis baby, tapi banyak lagi kegunaannya, seperti lap muntah di baju atau di tilam, lap susu yang tumpah dan sebagainya. Memang sangat berguna baby wipes untuk kegunaan harian kita.

 

5. Bedung 

Syu tak beli bedung. Syu guna kain lampin ataupun kain batik je. Senang. Besar pun besar. Tak payah nak beli mahal-mahal 🙂

 

6. Barut

Barut ada 2 jenis. Satu jenis barut kita selalu tengok, yang ada 3 tali tu. Yang lagi satu jenis adalah barut gantung. Syu lebih selesa pakaikan anak dengan barut gantung sebab lagi selesa dan mudah untuk baby.

 

7. Topi  

Kalau ikut orang tua-tua, kepala bayi memang kena tutup selalu supaya tak masuk angin dan kepala mereka tidak sejuk. Sebab tu la kkena ada topi. Selain pakai di dalam rumah, masa keluar rumah (lepas habis pantang) pun kena pakai.

 

8. Napkin / Kain Lampin

Syu memang akan beli kain lampin satu set walaupun anak Syu tak pakai lampin. Syu guna untuk bedung baby masa awal2 kelahiran, dan juga Syu guna untuk lap-lap badan anak kalau kotor terkena muntah. Kalau tak nak beli kain lampin, ibu-ibu digalakkan untuk membeli kain sapu tangan yang kecil-kecil tu untuk tujuan yang sama.

 

9. Tempat tidur

Tempat tidur nie tak kisah la sama ada kot baby, buaian, ataupun setakat tilam dan bantal (bagi yang tidur atas lantai la). Ikut keselesaan ibu dan ayah. Kalau memang ada budget lebih, eloklah beli kot baby kerana lebih selamat.

 

10. Tilam dan bantal

Kebiasaannya, tilam dan bantal adalah kemudahan di ruang tamu sebab kita akan banyak berada di ruang tamu berbanding bilik tidur. Jadi, eloklah jika ada tempat untuk kita meletak bayi kita semasa berada di ruang tamu. Takde la nanti tak perasan bayi kita di mana kan 🙂

 

11. Selimut

Bayi seeloknya di selimut selalu supaya badan mereka tak sejuk. Badan anak kita belum cukup lemak lagi untuk menyerap haba untuk memanaskan diri sendiri.

 

12. Tuala mandi

Bayi mestilah mempunyai tuala sendiri. Jangan kongsi tuala dengan adik beradik yang lain kerana kulit mereka masih lembut dan sensitif.

 

13. Barang ‘make-up’ baby

Make-up nie bukanlah make-up macam kita nie, make-up mereka tu macam bedak, losyen, minyak telon, dan seangkatan dengannya. Barulah wangi lepas mandi.

 

14. Termometer

Termometer nie adalah sebagai persediaan kecemasan sebab kita bukannya boleh jangka bila anak kita akan demam. Eloklah kita simpan 1 termometer di rumah kalau-kalau tiba-tiba suhu anak kita meningkat.

 

15. Tub mandian

Tempat mandi bayi sangat diperlukan diawal-awal kelahiran mereka. Bayi kita tak boleh berdiri sendiri lagi untuk kita mandikan macam budak yang dah besar. Ia adalah demi keselamatan mereka semasa mandi.

 

16. Kelambu

Kelambu pula amat penting kalau kita jenis duduk rumah kampung terutamanya untuk mengelakkan anak kita dari digigit nyamuk. Lagi-lagi sekarang nie kan tengah musim denggi. Lagilah kita kena lindungi anak kita.

 

17. Toiletries

Alatan mandian seperti sabun dan shampoo kenalah ada awal-awal. Tak payah kelam kabut nak beli nanti. Syu guna hear-to-toe wash je, senang sebab satu botol yang merangkumi semua.

 

18. Botol Susu

Masa kita dalam pantang, kita dah bolehlah melatih anak kita untuk minum susu dari botol sebagai persediaan nak hantar ke rumah pengasuh nanti. Takde la nanti anak kita kekok untuk minum susu dari botol. Sebab tu la, kita perlu sediakan sekurang-kurangnya 3 botol kecil di awal-awal kelahiran anak kita.

 

19. Tikar Getah

Tikar getah adalah untuk salin pampers anak, tak kiralah sama ada kencing ataupun buang air besar. Senang ada tikar getah bayi nie sebab tempat lain tidak akan kotor dengan najis anak kita dan badan anak kita pun terjaga dari kotoran-kotoran dari lantai.

 

20. Car Seat

Ini Syu belajar masa di Ireland dahulu. Kami memang tidak boleh meninggalkan hospital jika tiada car seat. Ini adalah untuk memastikan yang bayi kita selamat di dalam perjalanan pulang ke rumah dari hospital. Bagus kan? Sebab tu la pada Syu, car seat memang kena ada sebelum anak lahir lagi, bukannya tunggu dah tiba masa nak keluar berjalan baru nak beli.

 

Inilah barang-barang yang pada Syu adalah penting untuk disediakan seawal mungkin supaya tiada yang tertinggal. Syu akan pastikan semua barang-barang keperluan bayi ada sebelum Syu pergi hospital dan Syu akan pastikan semuanya tersusun cantik untuk memudahkan proses pencarian di kemudian hari.

 

Moga bermanfaat kepada semua!

‘Share’ entry ini dengan semua orang supaya ramai lagi yang akan dapat manfaat daripadanya 🙂

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Thanks untuk list ni. Akan dirujuk nanti.
    ros recently posted…Perubahan Yang Bakal Dilalui Ibu Hamil Sepanjang KehamilanMy Profile

Leave a Reply to ros Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.