14 Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung

14 Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung

Makanan Yang Bahaya Dimakan Ketika Hamil

.

Semasa mengandung, terutama sekali pada awal trimester pertama, ada banyak perkara yang ibu semua kena jaga-jaga. Salah satunya adalah mengenai makanan. Ada makanan kita boleh makan, ada yang tak boleh sebab ia boleh mengundang bahaya kepada bayi dalam kandungan kita nanti. Kadi, eloklah kita berpantang seketika dari makan makanan-makanan yang boleh memberi kesan jangka panjang pada anak. Bukan lama pun, setakat 9 bulan je ๐Ÿ™‚

.

poster makanan tak blh makan masa hamil

.

Dalam list ini, banyak makanan yang memang menjadi kegemaran Syu, tapi demi anak dalam kandungan, Syu tahan juga dari makan makanan-makanan ini. Anak lagi penting kan? Kita akan lakukan apa sahaja demi anak ๐Ÿ˜€

Makanan dan Minuman Yang Perlu Dielakkan Semasa Hamil

Antara makanan dan minuman (disertakan juga beberapa perkara yang berkaitan) yang kita kena elakkan supaya anak yang kita kandung tidak mendapat kesan yang boleh memudaratkan pembentukan anggota, yang paling menakutkan ada sesetengah perkara boleh menyebabkan keguguran.

Makanan

1. Makanan yang tidak dipasteur dengan betul

Makanan yang tidak dipasteur dengan betul mempunyai banyak bakteria yang membahayakan perkembangan baby kita di dalam kandungan.

Antara makanan (dan minuman) yang tidak dipasteur dengan baik adalah keju lembut dan juga susu segar. Susu segar ni adalah susu yang baru perah dan belum diproses lagi.

.

2. Sushi

Nasi untuk membuat sushi ada ditambah dengan cuka, dan cuka itu sangat bahaya. Lagipun ada sesetengah sushi menggunakan bahan mentah tanpa masak dahulu.

.

3. Makanan separuh masak/mentah

Makanan mentah seperti sushi dan juga makanan separuh masak seperti telur separuh masak pun bahaya untuk dimakan. Ini kerana terdapat banyak bakteria dalam makanan mentah dan juga makanan separuh masak. Bagi ibu mengandung, kita kena makan makanan yang dimasak dengan betul supaya boleh mematikan semua bakteria yang kita tak nampak tu.

.

4. Makanan ringan

Syu suka makan jajan kadang-kadang, masa mengandung pun suka. Tapi, Syu cuba jugalah untuk kurangkan makan makanan ringan kerana tak bagus pun untuk anak dalam perut.

.

5. Kekacang

Kekacang ini adalah sumber protein yang tinggi, tapi bagi ibu yang ada historyย alahan kacang dan juga ada history G6PD, baik elakkanlah supaya kita boleh elakkan sesuatu yang memudaratkan dari berlaku.

.

6. Tapai

Tapai dan juga apa-apa makanan yang diperam lama memang tak baik untuk kesihatan kita dan bayi. Tapai nie masam dan tak elok untuk kita makan semasa hamil.

.

7. Pil/ubat-ubatan

Masa hamil, kita hanya boleh telan panadol je. Kalau nak makan ubat lain, kena minta pengesahan doktor dulu. Tak boleh main makan je eh apa-apa ubat walaupun ubat batuk dan selesema.

.

8. Vitamin A

Sumber Vitamin A boleh didapati dari makanan seperti hati ayam dan juga ikan salmon. Tapi, makanan yang mempunyai kandungan Vitamin A yang tinggi tidak elok dimakan dengan kerap kerana ia boleh menyebabkan kecacatan pada muka, kepala dan jantung anak kita.

Seeloknya, ambillah makanan yang mempunyai kandungan beta caroten yang tinggi seperti lobak merah kerana ia akan menukarkannya kepada Vitamin A apabila badan kita perlukannya.

.

9. Vitamin E

Vitamin E juga tidak digalakkan untuk mengambilnya kerana takut ia akan merosakkan organ-organ yang sedang berkembang di dalam rahim. Kemungkinan untuk kita melahirkan anak cacat adalah sangat tinggi apabila kita mengambil suplement Vitamin E yang berlebihan.

.

10. Raksa (mercury)

Raksa (mercury) boleh didapati di dalam ikan-ikan laut dalam seperti tuna, makerel dan ikan-ikan besar yang lain. Ia boleh merosakkan saraf-saraf kandungan kita.

.

11. Buah-buahan ‘tajam’

Buah-buahan yang ‘tajam’ adalah seperti tebu, kelapa muda, dan juga nenas. Masa awal-awal mengandung, memang tak boleh nak makan makanan-makanan tajam ini kerana boleh menyebabkan keguguran.

.

Minuman

12. Alkohol

Alkohol pun salah satu minuman yang terperap, sebab itulah ianya bahaya. Lagipun, alkohol nie jenis panas, tak sesuai untuk ibu mengandung.

13. Kaffein – seperti air teh, kopi, dan juga air gas.

.

Perkara-perkara lain

14. Rokok

Asap rokok boleh memutuskan bekalan oksigen kepada bayi kita. Jadi, keadaan sekeliling kita perlulah bebas dari asap rokok. Jadi, kalau ibu ataupun suami merokok, mintalah mereka berhenti merokok demi kebaikan anak.

.

Makanan dan minuman seperti ini akan mendatangkan bahaya kalau kita ambilnya dengan berlebihan. Jadi, perlulah kita berpantang seketika dari mengambil makanan dan minuman seperti ini ye untuk kebaikan ibu dan anak juga.

Jangan risau, terdapat banyak lagi makanan yang berkhasiat yang boleh kita makan untuk mendapat anak yang bijak dan banyak lagi makanan yang boleh membantu ibu untuk kekal sihat dan aktif sepanjang tempoh kehamilan tanpa lemah lesu dan juga sakit-sakit badan ๐Ÿ˜€

Jadi, janganlah risau sangat ye kalau tak boleh makan makanan bahaya nie ๐Ÿ™‚

.

Love,

sign blog 2

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Masa preggy la kadang kala mengidam perkara yang tak boleh nak dimakan ni. Selalunya Zarith teringin nak makan sushi dan kafein tapi kawal jek diri sungguh2 hehe
    Ibu Zarith recently posted…9 Cara Cepat Hamil Semulajadi Yang Mudah Dan BerkesanMy Profile

  2. Kena berjaga-jaga ni kalau macam ni. Takut tersalah ambik makanan
    sabree hussin recently posted…Bisnes Emas PowerGold & Sekitar Isu Parameter Pelaburan EmasMy Profile

  3. nice info ๐Ÿ™‚

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.