13 Petanda Awal Yang Menunjukkan Anda Hamil

13 Petanda Awal Yang Menunjukkan Anda Hamil

Bagi-ibu-ibu yang pertama kali mengandung, kita masih tak berapa nak pasti yang kita hamil tak selagi kita tidak buat ujian UPT ataupun berjumpa doktor sendiri untuk mengesahkannya. Kita tidak tahu lagi petanda-petanda awal yang memungkinkan kita hamil. Jika dibandingkan dengan ibu yang sudah mengandung beberapa kali, mereka sudah fasih dan dah biasa dengan petanda-petanda sedemikian.

 

Jadi, apakah petanda-petanda yang memungkinkan kita mengandung?

 

awal hamil

#1 Payudara sakit dan membesar

Ini adalah perkara pertama yang Syu akan perasan masa mengandungkan Ahmad dahulu. Syu selalu terfikir kenapalah macam sakit? Membesar pun ada juga. Payudara kita membesar kerana badan kita sedang menghasilkan hormon dan kelenjar-kelenjar penghasilan susu. Kiranya, badan kita tengah buat kilang susu di bahagian payudara. Sebab itulah payudara kita membesar, dan sebab itulah ia terasa sedikit sakit (dan kadang-kadang gatal-gatal).

#2 Kekejangan

Kejang ataupun cramp di bahagian perut adalah lebih kurang sama seperti cramp semasa kita menghadapi senggugut. Ini kerana telur kita sedang melekat di dinding uterus kita. Kenalah tahan sakit sikit, sebab sakit ini tidak lama pun.

#3 Spotting

Spotting juga adalah tanda-tanda awal kehamilan. Kita boleh lihat lendir yang berwarna kuning-kuning coklat melekat di bahagian panty liner yang kita pakai. Ia cuma berlaku semasa proses pelekatan telur ke dinding uterus. Lepas tu tiadal lagi spotting begini. Jila masih berterusan, ibu-ibu pergilah minta pendapat doktor yang lebih arif.

#4 Keletihan 

Apabila kita mula-mula mengandung, badan kita sedang membuat pelbagai adjustment kepada badan kita. Selain itu, janin kita mula gunakan kalori dalam badan kita. Ini akan menyebabkan keletihan yang agak luar biasa. Oleh kerana itu, pada masa awal-awal kehamilan, kita akan banyak tidur. Teringat lagi semasa awal-awal mengandung Ahmad, Syu tidur selama 2 jam setiap 3 jam untuk 2 bulan yang pertama.

#5 Puting payudara menjadi bertambah gelap

Kebiasaannya, tidak ramai ibu yang perasan akan perubahan ini sehinggalah selepas 10 minggu usia kandungannya. Pating payudara kita akan bertambah gelap dek kerana hormon-hormon yang dihasilkan sewaktu kita hamil mempengaruhi dan mengubah aktiviti ‘melanocytes’ – sel-sel di dalam puting payudara kita yang menyebabkan warna berubah sebegitu rupa.

#6 Mual dan loya

Ini adalah perkara pertama yang akan buat kita fikir yang kita mengandung. Bila tiba-tiba kita rasa loya dan muntah-muntah, masa tu baru terfikir mengenai haid lambat, baru terasa yang kita mungkin hamil. Ye la, ini adalah sesuatu yang kita dapat tengok dan boleh terus kaitkan dengan mengandung.

#7 ‘Kembung Perut’

Masa ini, kita akan selalu rasa ‘bloated’ atau kembung perut. Padahal makan tak banyak pun. Ini adalah kerana kenaikan hormon progesterone yang memperlahankan sistem pencernaan kita. Ini juga adalah kerana perut kita pun sedang memberi ruang kepada rahim untuk membesar.

#8 Kerap buang air kecil

Syu selalu sangat buang air kecil masa awal-awal mengandung. Kadang-kadang baru setengan jam ke tandas, Syu akan pergi lagi. Semua ibu mengandung akan merasainya kerana pada masa ini, pundi kencing kita pun sedang mengalami perubahan tempat untuk memberi ruang kepada rahim kita menyebabkan pundi kencing kita terhimpit ke belakang. Apabila ditekan, ia akan membuatkan kita mudah terasa nak buang air kecil.

Pada masa yang sama, buah pinggang kita perlu membuang cecair dalam badan dengan lebih efisyen lagi. Sebab tu la kita selalu je rasa nak terkencing. Kadang-kadang, bersin atau batuk pun boleh menyebabkan kita terkucil sedikit.

#9 Mengidam

Kita selalu dengar orang kata “engkau nie mengidam banyak sangat nie, mengandung ke?” Padahal masa itu, kita pun tak tahu lagi yang kita betul-betul mengandung. Bila kita buat ujian, positif rupanya. Masin mulut orang yang cakap tu 🙂

Tahap mengidam setiap orang berbeza. Syu tak de masalah mengidam sangat masa mengandung sebab Syu jenis yang malas nak penuhi apa yang Syu rasa nak makan. Bila Syu rasa nak makan sesuatu, Syu akan masak je terus. Kalau tak, Syu akan lupakannya begitu sahaja.

# 10 Pening kepala

Pening kepala adalah perkara yang normal dan biasa berlaku semasa awal-awal mengandung sebab badan kita sedang membiasakan diri dengan hormon-hormon mengandung. Apabila terlalu banyak perubahan dan penghasilan hormon baru, ia menyebabkan badan kita tak boleh nak terima lagi, tu yang menyebabkan pening dan kadang-kadang terasa nak pitam.

# 11 Sembelit

Terdapat sesetengah ibu yang menghadapi sembelit kekita di peringkat awal kehamilan. Ini kerana sistem pembuangan kita juga menjadi perlahan disebabkan sistem pencernaan kita yang mengalami perubahan itu. Jadi, banyakkan minum air masak dan makan makanan yang lebih berserat untuk menghilangkan sembelit kita.

# 12 Perubahan mood

Mood swing akan mula berlaku sejak awal kehamilan lagi. Ada yang sampai ke trimester ke-3 pun masih mengalami mood swing yang agak kronik. Kita boleh senyum, ketawa, dan tiba-tiba menangis pada masa yang sama. Ada juga di kalangan kita yang dulunya sangat suka bau minyak wangi suami, tapi masa mengandung suami nak dekat pun tak boleh. Sabarlah ye wahai suami 🙂

# 13 Perubahan suhu badan Basal

Suhu badan Basal adalah suhu badan kita ketika kita baru bangun dari tidur. Pagi-pagi bangun periksa dahulu suhu badan kita. Kalau suhu badan kita agak tinggi dari biasa selama beberapa hari tapi kita bukannya demam atau sakit, ada kemungkinan yang kita hamil. Baiklah pergi jumpa doktor.

Banyakkan sebenarnya petanda-petanda kita mengandung. Kita je yang kadang-kadang tak perasan dan ragu-ragu nak terima hakikat kehamilan kita. Takutlah nanti hanya sekadar perasaan kita je. Jadi, ibu-ibu pergilah berjumpa dengan doktor supaya mendapat pengesahan orang yang lebih pakar dalam hal ini.

Yang penitng, kalau betul mengandung, jagalah kesihatan baik-baik, jangan sampai anemia. Bahaya kalau mengalami darah rendah ketika hamil. Kena juga berusaha untuk menaikkan bacaan hb kita, macam Pn. Aya Chalo ini. Beliau setiap kali mengandung mesti anemia, sehinggalah kandungannya yang ke-4, semuanya berubah. Tiada lagi anemia. Apa rahsia beliau? Dengarlah sendiri!

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. perkongsian menarik 🙂
    parihh recently posted…Biodata Mangsa Nahas Helikopter Eurocopter Dauphin AS365N2 Di SemenyihMy Profile

Leave a Reply to UmmuZuhayr Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.