12 Tips Memutuskan Susu Badan Bagi Anak Yang Sudah 2 Tahun

12 Tips Memutuskan Susu Badan Bagi Anak Yang Sudah 2 Tahun

Putuskan Susu Badan Apabila Anak Berumur 2 Tahun

.

Menyusukan anak memang best, tak dapat diucapkan dengan kata-kata bila bercerita mengenai pengalaman suka duka menyusukan anak hinggalah pengalaman nak ceraikan susu untuk anak kita. Terlalu banyak cerita dan petua menyusu akan keluar dari mulut seorang ibu. Tapi, bila nak ceraikan susu mesti sedih. Ye la, dah takde dah anak nak mengendeng buat muka manja nak cari susu dari kita.

Syu ingat lagi, Syu terpaksa ceraikan susu untuk Syifa’ sebab Syu mengandung anak yang ketiga. Tapi, masa ceraikan susu untuk Syifa’ memang takde masalah sangat sebab dia yang berhenti sendiri. Walaupun Syifa’s berhenti sendiri, Syu masih rasa sedih ๐Ÿ™

.

Pengalaman putuskan susu dengan Syifa’

Masa menyusukan Syifa’ adalah masa yang sangat membahagiakan. Boleh rasa bonding antara Syu dengan Syifa’. Sebab tu la Syifa’ sangat manja sampailah sekarang walaupun dah 3 tahun.

Masa Syifa’ berumur 1 tahun 2 bulan, Syu disahkan mengandung lagi. Boleh ke menyusu masa mengandung lagi? Masa tu Syu tahu yang Syu takkan dapat nak mengepam lagi. Tapi, selamatlah stok susu memang banyak lagi. Bolehlah latih Syifa’ minum susu formula selang-selikan dengan susu EBM yang masih ada.

Alhamdulillah, Syifa’ takde masalah langsung untuk bertukar susu. Memang boleh je Syifa’ minum susu kambing sehinggalah susu EBM Syu habis dan bermulalah hari-hari minum susu kambing secara menyeluruh. Tapi, masa di rumah Syifa’ masih lagi nak menyusu masa nak tidur.

Syu akan bagi juga susu kambing sebelum Syifa’ tidur sebab tak nak dia menyusu lama-lama. Hanya beberapa hari, Syifa’ boleh tidur sendiri tanpa menyusu dulu.

Syu ambil masa dalam 3 minggu je untuk wean-off Syifa’. Memang takde masalah bengkak susu dan takde masalah Syifa’ merengek-rengek nak menyusu. Memang dia berhenti sendiri. Syifa’ memang akan minta susu kambing sambil tunjuk botol susu. Lega rasanya sebab dipermudahkan untuk wean-off Syifa’ walaupun sedih sebab tiada lagi manja-manja Syifa’ minta susu ๐Ÿ™

.

12 tips-tips mudah untuk ceraikan susu badan

.

tips ceraikan susu ibu

.

1. Beritahu anak kenapa kena berhenti

Cakaplah dengan anak, “Syifa’ dah besar, dah pandai minum susu dalam botol, tak boleh minus susu ummi dah”. Cakaplah baik-baik dan layanlah kerenah anak kalau mereka meminta-minta nak susu.

Anak kena faham dan bersedia untuk berhenti menyusu. Emosi dan perasaan mereka kena jaga supaya nanti anak tak buat hal.

2. Kurangkan dahulu, jangan berhenti secara mendadak

Peringkat nak berhenti menyusu nie lama. Jangan terus berhenti dan buat tak layan je anak nak menyusu. Buat tak tahu je anak menangis walaupun nak susu. Janganlah paksa anak minum susu botol sebab kita nak wean-off mereka. Fikirkanlah apa yang mereka akan rasa. Kesianlah anak kita tak betul-betul bersedia lagi.

3. Jangan offer kalau anak tak minta

Bila anak kita main, letak je botol susu di tempat berdekatan. Tengah-tengah dia main bagi dia minum susu botol kalau dia nak. Tapi, yang penting, jangan offer dan jangan tanya “Syifa’ nak susu?” Biarkan je. Kalau anak kita minta, baru bagi. Selagi boleh lengahkan dia tak menyusu, lengahkan je.

4. Lekakan anak dengan permainan ataupun makanan lain

Bagi anak kita main dengan mainan kesukaan mereka. Kalau mereka minta susu, bolehlah cakap “Jom main puzzle dulu nak. Kejap lagi la kita susu”. Kalau anak terima, baguslah. Kalau dia mula merengek nak juga, bagilah buat lepas gian ๐Ÿ˜€

5. Pastikan anak kenyang makan sebelum menyusu

Sebelum anak kita menyusu, pastikan mereka dah kenyang makan. Nanti takde la diorang menyusu lama-lama. Kalau anak kita nak menyusu, suruh diorang makan dulu. “Syifa kena makan dulu, baru boleh susu tau”.

6. Jangan susukan anak lama-lama

Setiap sesi penyusuan, jangan susukan lama-lama. Beritahu anak kita awal-awal “Boleh susu kejap je tau”. Sebab tu la kita kena pastikan yang anak kita dah kenyang supaya takde la anak minum susu lama sangat sampat puas hati.

7. Ganti sesi penyusuan dengan susu formula/air lain

Kita nak anak kita suka susu formula, jadi kita boleh cuba bagi mereka sedikit demi sedikit susu formula. Jadi, takde la anak kita minta nak menyusu badan.

8. Manjakan anak

Apabila anak kita menyusu, itulah masa anak kita bermanja-manja dengan kita. Tapi, bila dah tak dapat nak menyusu, hilanglah masa bermanja. Jadi, kita kena tukarkannya dengan manjakan anak dengan cara lain. Peluklah, ciumlah, geleteklah anak, apa-apalah asalkan anak kita masih dapat kasih sayang dan manja-manja tu.

9. Limit masa/tempat

Limitkan masa dan tempat adalah salah satu cara nak ceraikan susu badan. Kita boleh cakap “Syifa’ boleh menyusu masa nak tidur je ok” ataupun “Syifa tak boleh nak susu sekarang. Kita menyusu kat rumah kan?”. Sekurang-kurangnya anak kita tahu ada beberapa tempat je yang boleh nak minta menyusu.

.

Tak boleh berhenti terus untuk waktu siang dan malam serentak. Nanti anak mengalami gangguan emosi pula. Kesian kan? Berhentikan secara berperingkat.ย Kalau ibu dah bersedia nak berhentikan penyusuan pada waktu malam, ada juga beberapa perkara yang ibu boleh cuba.

.

10. Pastikan anak kenyang sebelum tidur

Sebelum anak kita tidur, pastikan dia dah minum susu formula dulu ataupun dah siap makan. Perut anak kena kenyang supaya mereka boleh tidur tanpa menyusu. Kalau anak kita menyusu pun, takde la lama sangat.

11. Susukan anak di tempat lain

Jangan susukan anak di dalam bilik tidur dalam keadaan gelap macam kita nak tidur. Susukan anak di tempat lain sebelum masuk bilik tidur. Masa dalam bilik nanti, layan anak sampai tertidur (kalau boleh la).

12. Minta suami layan dan tidurkan anak

Anak kita mesti nak susu sebelum tidur kan? Jadi, masa nie la nak minta tolong suami layan anak hingga tidurkan anak. Takde la anak kita ingat nak susu kalau mereka tidur dengan ayahnya.

Kalau anak bangun tengah malam pun, minta suami yang layan, buatkan susu botol, bagi susu dan tidurkannya semula. Kalau anak nak menyusu pun, perahlah susu dan minta suami bagikan. Kalau tak jalan juga, barulah kita mengalah dan menyusukan anak.

Sebab itulah nak ceraikan susu untuk waktu malam nie ibu dan ayah kena bersedia sebab kes-kes begini. Kena layan kerenah anak nak menyusu tapi kita sebolehnya tak nak bagi. Tapi, tak leh nak marah mengamuk tau! Kena banyak sabar.

.

Proses penceraian susu badan bukanlah mudah, tapi Syu pasti ibu-ibu boleh lakukannya. Ini adalah demi kebaikan ibu dan juga anak. Sepanjang tempoh penceraian susu ibu ini, banyak-banyakkanlah bersabar dengan perangai dan kerenah anak ye. Selain itu, berhentilah dari minum dan makan segala milkbooster yang boleh menambahkan dan memeriahkan susu sebab kita nak keringkan susu kita secara semulajadi, bukan banyakkan lagi susu kita tu.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. mcm mna nk hentikn ank umr 2 tahun 6bln mnyusu bdn, lgipun adik dia yg brusia 5bln pn sdg mnyusu jga..kdg2 ksian tgn si adik tu..bla nk mnyusu si abg pn nk juga..si adik tu pn tau2 je yg abg dia nk nyusu so adik dia yg mngalah..ksian tgk si adik krg nyusu..

    • UmmuZuhayr :

      eyra kena beritahu pada abangnya…”abang bagi adik minum susu dulu ye. Lepas tu baru abg boleh minum” ataupun “abang dah besar, abang boleh minum susu botol, adik ada susu mama je, kalau adik tak minum nnt adik sakit”

      biasala bila hak dia dipindah milik…kita kena mengayat sikit dgn anak, moga dia faham ๐Ÿ™‚

  2. Ank sy xsmpi 2thun lg, tp doc sarankan xmenyusukan ank lg takot risiko.. Sbb sy skrg da 4bulan.. Da mcm2 cube xley smpi rse hilang sabar.. Ank sy ni suke mengempeng lg2 klau nk tido.. Kdg suke2 nk susu.. Sbb susu bdn sy da kurg die ttap nk jgak.. Bile nk mntk lepaskn die mengigit plak ..adoii.. Bile da lepas die menangis2.. Sbb die da tido pon..kdg rase stress pon ade.. Sbb ank sy skrg asik nk mengarok aje.. Pening saye..huhuu

Leave a Reply to UmmuZuhayr Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.