11 Perkara Berguna Untuk Memudahkan Kerja Ibu Bekerjaya

11 Perkara Berguna Untuk Memudahkan Kerja Ibu Bekerjaya

Perkara Yang Boleh Memudahkan Kerja Seharian Ibu

Sepanjang hari, terdapat banyak kerja yang ibu kena lakukan dari bangun tidur hinggalah nak tidur di malam hari. Kalau semuanya perlu diulang setiap hari, kita akan penat dan letih, terutamanya apabila kita kena lakukannya seorang diri. Jadi, perlulah kita maksimakan masa yang ada supaya kita pun ada masa untuk berehat dan main dengan anak-anak.

.

Kerja Syu sebagai guru memerlukan persediaan bahan mengajar yang banyak untuk pelajar-pelajar. Tambahan pula, masa perjalanan yang hampir 1 jam membuatkan Syu agak kepenatan untuk menguruskan rumah dan anak-anak di rumah.

Tapi, Syu tahu Syu perlu luangkan masa dengan anak-anak, dan pada masa yang sama sediakan keperluan rumah seperti masak bekal dan juga makan malam selepas pulang dari kerja (kalau penat sangat atau balik lambat tu memang beli je la :D). Jadi, Syu fikirkan cara supaya Syu boleh buat semua perkara, dan juga ada masa untuk berehat-rehat melayan anak -anak sebelum mereka tidur.

.

Perkara Berguna Yang boleh Dipraktikkan Untuk Memudahkan Kerja Ibu Di Rumah

kemas rumah

1. Sediakan Menu Untuk Seminggu

Syu akan buat menu sepanjang minggu untuk bekal anak-anak dan juga menu makan malam supaya Syu tak payah nak fikir hari ini nak masak apa, hari esok nak masak apa. Sekurang-kurangnya ia memendekkan masa untuk berfikir pasal makanan seharian.

Syu akan tanya juga suami dan anak-anak apa yang mereka nak makan pada minggu itu. Kalau Syu pandai masak dan ianya mudah untuk disediakan dengan masa yang singkat, Syu akan pertimbangkannya.

Syu akan cuba untuk menukar-nukar menu yang Syu masak. Takde la boring sangat makan makanan yang sama je setiap minggu kan?

2. Beli bahan masakan mengikut menu yang disediakan

Setiap hujung minggu, Syu akan beli barang nak masak ikut menu yang Syu sediakan. Takde la membazir kan? Sampai hujung minggu depannya, semua bahan dah habis dan beli bahan lain ikut menu lain pula. Sekurang-kurangnya, bahan basah yang Syu beli akan sentiasa segar dan tak tersimpan lama dalam peti ais.

3. Label Bahan Basah Mengikut Menu

Syu tak suka guna plastik, jadi Syu akan guna bekas-bekas bertutup dan susun dalam peti ais. Nampak bersih je peti ais dan mudah nak cari bahannya.

Syu juga akan labelkan setiap bekas-bekas dengan hari/bahan/menu. Baru senang nak cari ๐Ÿ™‚

Sebelum tidur, Syu akan keluarkan bahan beku kalau ada yang nak guna pagi esok, tapi biasanya menu sarapan adalah yang simple je sebab tak banyak masa pagi-pagi. Dan, setiap pagi sebelum pergi kerja, Syu akan keluarkan juga bahan beku yang nak masak pada petang dan biar di luar/peti ais bahagian bawah. Mudah nanti nak masak tak perlulah menunggu nak defrost.

4. Kemas dapur Setiap Kali Masak

Jangan tunggu seminggu sekali baru nak kemas dapur, nanti kita stress nak masak. Syu tak suka masak kalau dapur kotor. Jadi, setiap kali lepas masak, Syu akan kemas terus. Lap dapur bagi bersih dan mop lantai supaya hilang minyak dan lekit-lekit (mop bukan hari-hari la…)

5. Basuh pinggan mangkuk setiap kali masak dan makan

Pinggan mangkuk pun tak perlulah tunggu penuh sinki baru nak cuci. Nanti mesti datang perasaan MALAS! Untuk elakkan malas cuci pinggan, kita basuh pinggan setiap kali makan walaupun hanya satu pinggan dan satu cawan. Biar sinki sentiasa kosong je.

6. Basuh baju hari-hari

Untuk anak yang ramai, memang Syu perlu basuh baju hari-hari walaupun tak berapa nak penuh pun mesin. Ramai yang fikir ianya membazir tapi tidak pada Syu. Biarlah sikit je baju tu, takde la banyak sangat nak sidai dan lipat.

Syu akan basuh baju sebelum tidur. Kalau sempat Syu sidai terus sebelum tidur, tapi kalau tak sempat, sebelum pergi kerja la nampaknya.

7. Lipat Baju terus lepas angkat

Kalau kita basuh baju hari-hari, baju tak banyak pun untuk lipat. Jadi, lipatlah segera, jangan tunggu dah segunung baru nak lipat. Nanti dari segunung anak jadi bergunung-gunung baju tu. Last-last, memang tak lipat. Cari je baju yang nak pakai dari gunungan baju tu…hehehe…

8. Kemas rumah sebelum tidur

Kalau hari-hari kemas rumah, sebenarnya tak banyak pun yang sepah dan kotornya. Jangan tunggu rumah dah bersepah teruk baru nak mengemas ye!

9. Cuci tandas semasa mandi

Jimat masa kalau cuci tandas masa mandi. Sekejap je pun masa yang diperlukan untuk mencuci kan? Tak perlu cari masa spesifik untuk cuci, nanti masa tu tak datang-datang.

10. Gosok Baju Kerja Semasa Hujung Minggu

Masa hujung minggu, carilah satu masa yang ada untuk gosok baju sepanjang minggu. Syu kena gosok baju Syu, baju suami dan juga baju sekolah anak-anak. Kalau gosok di pagi hari, memang kena bangun awal. Kalau tak memang lewat pergi kerja la.

11. Sediakan keperluan sekolah anak sepanjang minggu

Anak-anak Syu masih sekolah tadika. Tapi, sekolah mereka sampai petang. Jadi, Syu kena sediakan baju salin mereka untuk mereka pakai masa petang. Untuk mudahkan kerja, masa hujung minggu, Syu sediakan baju mereka 5 pasang seorang untuk dipakai sepanjang minggu dan letak dalam satu beg/container baju. Selain itu, Syu masukkan juga tuala, dan juga pampers (anak Syu yang no. 2 masih belum potty train sepenuhnya lagi). Jadi, tak payah fikir dah pasal baju mereka untuk minggu tu.

.

Ini adalah sedikit sebanyak perkara yang Syu buat untuk memudahkan kerja Syu yang memang dah sedia banyak tu. Bila banyak benda dah buat di hujung minggu ataupun di malam hari selepas anak tidur, jadi masa-masa lain, Syu bolehlah berehat sedikit sambil layan anak-anak dan suami.

Best ke best?

Apa pula cara ibu yang lain untuk mudahkan kerja seharian anda? Jom share di ruang komen ๐Ÿ™‚

.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID | 1139539

Whatssap | 019-2198621

COD Shaklee Skudai, JB

Pengeposan Ke Seluruh Malaysia Melalui Kurier Berdaftar

 

 

 

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.