11 Mitos Penyusuan Yang Dipercayai Ramai, Tapi Tak Betul Pun!

11 Mitos Penyusuan Yang Dipercayai Ramai, Tapi Tak Betul Pun!

Kebenaran Pasal Penyusuan Yang Ramai Ibu Tak Tahu

Ramai ibu-ibu menyusu telah mendengar pelbagai perkara mengenai penyusuan susu ibu, tapi bukan semuanya benar dan betul. Tapi, ramai yang percaya, terutama sekali ibu yang hamil anak sulung. Biasalah tu, baru pertama kali nak jadi ibu, kita tiada ilmu lagi. Jadi, kita memang akan cepat percaya apa yang orang lain katakan. Tapi, tapislah apa yang boleh dipercayai dan apa yang tak boleh ye, jangan kerana nanti terikut cakap orang, anak kita yang merana.

11 Mitos Penyusuan Yang Ibu Wajib Tahu

.

poster mitos penyusuan 

.

1. Susu hanya akan keluar selepas beberapa hari bersalin

Pada awal kelahiran, pentingnya kita memberi susu kepada anak di jam pertama lepas kita bersalin. Ini adalah untuk merangsang hormon untuk menghasilkan susu ibu. Lagi lambat kita beri susu, lagi lambat rangsangan berlaku dan ini akan melambatkan proses penghasilan susu.

Selain itu, pada 3 hari pertama, susu yang keluar ialah susu kolostrum, susu yang sangat penting untuk pembinaan antibodi badan anak kita. Sangat penting untuk ibu beri susu sekerap mungkin. Lagi kerap kita bagi, lagi cepat penghasilan susu akan berlaku.

.

credit to: Health & Parenting

credit to: Health & Parenting

.

Tapi, jangan fikir yang susu tiada. Ingatlah yang pada awal kelahiran bayi, perut mereka hanyalah sebesar buah ceri dan minum pun setakat 1 sudu besar je susu. Sebab tu la kita tak rasa Cik B berat dan penuh. Tapi, itu tak bermakna susu tiada. Susu ibu sentiasa ada mengikut kemahuan dan keperluan anak kita.

.

2. Anak menangis petanda susu kurang

Ini pun tak benar langsung. Anak menangis bukan setakat nak susu je. Cubalah check pampers basah ke, ataupun mereka mengantuk ke, ataupun anak kita hanya mahukan dakapan dan perhatian kita sahaja.

Bayi baru lahir memang akan rasa takut untuk tinggal seorang diri. Mereka masih belum biasa dengan keadaan di luar rahim yang lebih mencabar jika dibandingkan dengan hidup mereka di dalam perut ibu yang sangat selesa dan selamat.

.

3. Susu belah kanan adalah makanan, susu belah kiri adalah minuman

Ada ramai yang Syu tanya, mesti anak suka menyusu belah kanan berbanding kiri. bila tanya orang-orang tua, mereka memang akan beritahu yang susu belah kanan nie makanan, sebab tu la lebih pekat dan lebih kenyang. Manakala belah kiri adalah minuman, jadi ia nampak lebih cair dan sedikit.

Sebenarnya, belah kiri ke kanan adalah sama, ia berbalik kepada kekerapan kita menyusukan anak. Kalau lebih kerap susukan belah kanan, memanglah susu belah kanan lebih banyak dan sebaliknya juga. Takde makna susu yang jadi makanan dan minuman. Yang ada hanyalah susu foremilk (susu diawal penyusuan untuk menghilangkan haus) dan juga susu hindmilk (iaitu susu yang lebih pekat untuk mengenyangkan bayi kita).

Jadi, ianya sangat penting untuk kita susukan anak kita sehingga rasa Cik B kita kosong supaya anak kita dapat kedua-dua jenis susu ini.

.

4. Kena bagi bayi minum air masak

Ini lagi la tak betul. Bayi di bawah 6 bulan hanya perlukan susu ibu sahaja. Mereka tidak perlukan air masak mahupun air-air lain. Ini akan membebankan usus anak kita untuk memproses. Kesian bayi kita yang masih keccil tu, baru lahir organ dah kena buat kerja keras.

Air masak adalah tidak selamat untuk bayi kita kerana ia akan merencatkan pembesaran dan boleh mengancam nyawa kerana air masak akan menipiskan selaput pendinding penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu. Apabila selaput ini bertambah nipis, anak kita akan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.

.

5. Bayi kita akan berjangkit sekali dengan ibunya

Susu ibu tidak terkandung virus yang dialami oleh si ibu. Jadi, bayi kita tidak akan berjangkit melalui penyusuan. Kalau anak kita berjangkit, ini adalah disebabkan oleh keadaan ibu dan juga keadaan sekeliling. Contohnya, si ibu selesema dan sentiasa bersin di samping tidak mencuci tangan dengan bersih selepas bersin. Ini akan menyebabkan virus selesema itu dipindahkan kepada si anak. Tiada kena mengena dengan susu ibu.

.

6. Mengepam hanya apabila payudara penuh

Ibu seelok-eloknya mengepam mengikut jadual yang konsisten, iaitu setiap 3 jam. Jangan tunggu bila Cik B penuh baru nak mengepam. Ini akan menghantar signal kepada otak kita yang anak kita tidak memerlukan susu yang banyak. Jadi, penghasilan susu akan dikurangkan. Kita mesti tak nak susu kita merudum di kala anak kita masih bergantung kepada susu badan kita kan?

.

7. Mengepam untuk tahu jumlah susu yang kita ada

Jumlah hasil mengepam tidak semestinya menjadi pengukur banyak mana susu kita ada dan banyak mana anak kita minum susu. Kadang kala, kita tenang dan tidak stress, bolehlah menghasilkan susu yang banyak semasa mengepam. Tapi, bila kita stress ataupun perut kosong, susu hasil mengepam adalah kurang daripada biasa.

Selain itu, jumlah hasil mengepam bukan menunjukkan yang anak kita minum banyak tu. Contohnya, kita mengepam setiap sesi dapatlah dalam 15 oz, tapi takkan anak kita minum 15 oz setiap sesi kan? Kita takkan tahu anak kita minum banyak mana. Bagi je sekerap yang mungkin selagi anak kita nak.

.

8. Bayi perlu menyusu selama 20 minit

Bukan semua anak nak menyusu selama 20 minit. Ada bayi hanya menyusu 10 minit dah tertidur, ada juga yang suka menyusu lama-lama sehingga sejam. Kita tak perlulah nak paksa anak kita minum sehingga 20 minit ataupun berhentikan penyusuan selepas 20 minit. Selagi anak kita mahukan susu, kita bagi je kerana kadang-kadang mereka nak mengempeng dan lepas gian je.

.

9. Berhenti penyusuan apabila mengandung

Apabila kita hamil tapi masih menyusukan anak lagi, dapatkanlah nasihat doktor apa yang perlu dilakukan. Tapi, ikut pengalaman Syu, doktor akan begi kita teruskan penyusuan selagi kita takde mengalami masalah dalam kandungan sekarang seperti pendarahan, darah tinggi ataupun diabetis semasa mengandung. Selagi ianya normal dan anak kita mahukannya, kita masih boleh teruskannya.

Tapi, ianya bergantung kepada ibu juga la. Kalau ibu mahu teruskan penyusuan, ibu perlukan makanan yang berkhasiat yang dapat memberi ibu tenaga untuk membesarkan janin dalam kandungan dan pada masa yang sama menghasilkan susu untuk si anak sekarang. Ibu perlukan nutrisi yang mencukupi.

.

10. Susu formula adalah lebih mudah

Syu tak rasa susu formula adalah mudah. Dah la perlu keluarkan duit untuk beli susu formula, kena bancuh pula tu. Kalau anak bangun malam kita kena bangun pergi dapur untuk buatkan susu. Kan lagi mudah bagi susu badan, anak bangun, kita terus susukan je tanpa perlu turun dari katil pun.

Kalau kita keluar pergi shopping mall, memanglah mudah nak beri susu botol pada anak sebab tak perlu cari tempat yang tersorok untuk kita susukan, tapi sekarang dah banyak shopping mall yang ada tempat penyusuan ibu. Kalau susah sangat, beli poncho ataupun nursing cover untuk susukan anak di tempat awam.

Susu formula memang buat anak kita kenyang dengan lebih lama, tapi susu formula akan menyebabkan usus anak kita terpaksa bekerja lebih kuat untuk memproses susu yang diminum berbanding susu ibu yang lebih mudah untuk dihadam dan tidak menyakitkan organ anak kita.

.

11. Payudara akan kendur apabila menyusukan anak

Ye ke? Kalau tak susukan anak pun, lama kelamaan payudara akan kendur juga mengikut peredaran usia. Jadi, tak perlulah risau sangat pasal payudara kendur. Sekurang-kurangnya, dengan menyusukan anak, kita tahu yang Cik B kita ada fungsi yang bermanfaat kan?

.

Jadi, tak perlulah percaya sangat apa segala mitos yang sering diperkatakan ini. Kita kena sentiasa berfikiran positif supaya kita mampu untuk menyusukan anak kita sehingga 2 tahun. Kalau kita sentiasa percaya yang susu badan kita ada selagi anak kita nakkannya, kita takkan kisah pun orang nak cakap apa. Yang penting anak kita membesar dengan sihat dengan susu badan kita.

Cuba tengok susah payah akak dalam video nie nak sangat susukan anaknya walaupun jadual kerja yang tak menentu. Sangat terharu dengan pengorbanan beliau. Tontonlah dan ambillah iktibar!

Dengan ilmu dan sokongan yang ada, kita akan sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan susu ibu kita demi anak tersayang. Kalau susu kurang, kita carilah milkbooster yang sesuai. Syu pun dulu menghadapi kes sebegini, tapi Syu cari milkbooster untuk banyakkan susu, dan Syu jumpa SET SUSU MERIAH yang memang membantu sepanjang sesi penyusuan Syu dari anak kedua hinggalah anak ketiga sekarang ini.

Ibu-ibu yang menghadapi masalah yang sama macam Syu? Letih nak bangun malam susukan anak, susu pun kurang sampai anak tak puas minum? Dah sampailah masanya ibu-ibu menghubungi Syu di 0192198621 untuk Syu kongsikan tips-tips penyusuan yang akan buat ibu-ibu gembira untuk susukan anak sehingga 2 tahun. Syu akan bimbing aaturan makan yang betul untuk ibu dapatkan hasil yang optimum.

.

signature entry

.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Trackbacks

  1. […] Teruskan sahaja penyusuan seperti biasa. Kali kerap lagi bagus kerana air liur bayi kita akan merangsang kilang susu untuk menghasilkan lebih banyak susu. Ibu-ibu hanya perlu ikut je konsep demand vs. supply. Bila anak nak susu, bagi je. Tak payah ikut waktu yang orang tetapkan. Contoh, anak akan menyusu setiap 2 jam. Itu semua mitos sahaja. […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.