11 Amalan-amalan Semasa Berpantang Mengikut Petua Orang Tua

11 Amalan-amalan Semasa Berpantang Mengikut Petua Orang Tua

Masa berpantang adalah masa yang paling lama dalam hidup Syu sebab Syu memang tak boleh nak duduk diam. Tapi, masa berpantang ini banyak amalan-amalan mengikut petua orang tua yang Syu kena ikut. Kadang-kadang, rasa rimas dan tak logik pun ada juga. Tapi, kita kan orang muda, ikutlah cakap orang tua.

Alhamdulillah, masa berpantang anak ketiga nie, Syu dijaga oleh Mak Long dan Pak Long yang sangat membantu Syu. Boleh dikatakan semuanya Mak long dan Pak Long buat. Terasa macam puteri raja pun ada. Makan berhidang, anak terjaga. Memang best la. Memang sangat-sangat bersyukur dan berterima kasih pada Mak Long dan Pak Long sebab menjaga Syu masa tu.

Masa berpantang kali nie, banyak yang Syu bualkan dengan Mak Long, terutamanya mengenai amalan semasa berpantang nie. Ada perkara yang Syu dah biasa dengar, tapi ada juga perkara baru. Menarik sangat, walaupun Syu tahu Syu tak boleh ikut semua tu.

 

ibu berpantang

 

11 Amalan semasa berpantang

 

1. Mesti pakai baju sejuk dan stokin setiap masa

Stokin dan baju sejuk nie penting untuk membekalkan haba pada badan kita. Orang tua-tua kata badan kita tak boleh kena angin sejuk sebab nanti badan mulalah sakit-sakit. Rasa seram sejuk nak demam. Orang tua-tua panggil demam urat.

Syu memang pakai stokin setiap masa. Selama 44 hari berpantang, memang pakai stokin sentiasa. Syu tanggalkan stokin bila nak masuk tandas dan nak mandi je. Tapi, baju sejuk memang Syu tak pakai lama. Setakat 2 minggu pertama selepas bersalin bolehlah. Lepas tu, memang tak la. Panas kot. Dah la Syu nie memang kuat berpeluh. Memang tak selesa nak pakai baju sejuk lama-lama.

 

2. Kena mandi air panas

Perkara nie Syu suka je sebab Syu memang susah sikit bila kena mandi air sejuk. Mandi air panas boleh buatkan badan kita relax dan lega. Macam diurut-urut gitu.

 

3. Tak boleh mandi lewat petang/malam

Udara lewat petang atau malam dah mula sejuk. Sebab tu la ibu berpantang tak digalakkan untuk mandi pada waktu begini. Syu pun mandi paling lewat jam 5 petang. Lepas tu, memang tak dibenarkan mandi. Kalau nak mandi juga, memang kena marah la.

 

4. Rambut kena sentiasa kering

Orang tua-tua kata, kepala kita cepat sejuk. Nanti mudah pening. Jadi, masa berpantang, kita kena elakkan dari biar rambut kita basah macam tu je. Mesti cari hair dryer untuk keringkan rambut. Mak long Syu akan keringkan rambut Syu lepas mandi (kalau Syu basuh rambut la).

 

5. Tak boleh pasang kipas laju-laju

Kipas tak boleh laju, air-cond lagi la, jangan harap boleh pasang. Tapi, bab nie memang Syu surrender. Tak boleh ikut sebab Syu memang dah biasa tidur dengan air-cond ataupun kipas yang laju, Kalau tak pasang air-cond, nampaknya anak-anak memang tak tidur la. Lagi Syu tak boleh rehat kalau Zuhayr dan Syifa’ tak tidur.

 

6. Makan nasi yang baru masak

Nasi semalam memang tak dibenarkan makan. Dari Syu berpantang anak sulong sampailah anak ketiga nie, memang isu makan nasi baru nie mesti ada. Mak memang takkan bagi Syu makan nasi semalam walaupun nasi semalam tu banyak lagi. Memang kena makan nasi yang dimasak hari tu juga. Masa Mak Long jaga Syu pun sama. Tapi, Syu tak tahu la kenapa dan apa logik disebaliknya.

 

7. Jangan menyangkung dan bersila

Bila duduk, memang tak boleh bersila atau menyangkung. Kaki kena sentiasa lurus. Tapi, lenguh pinggang Syu kalau kena duduk kaki melunjur lurus macam tu je. Lenguh-lenguh pun kena ikut juga la. Memang pantang kalau mak nampak Syu bersila. Syu cuma fikir mungkin sebab bahagian pangkal rahim masih longgar dan jahitan masih belum pulih, sebab itulah mesti duduk bersimpuh ayu-ayu gitu. Nak sedapkan hati je.

 

8. Tak boleh keluar rumah melainkan terpaksa

Syu pernah dengar kawan cerita, semasa dia berpantang, memang kaki tak pernah jejak tanah. Duduk je la dalam rumah. At least, Syu keluar rumah duduk di porch tu boleh lagi la. Takde la kena marah. Tapi, Syu memang tak tahan la kena berkurung selama 44 hari. Biasanya, 30 hari je tahan. Lepas je baby check-up sebulan di klinik, memang takde la lagi istilah duduk dalam rumah dah. Memang berjalan la.

 

9. Tak boleh buat kerja-kerja rumah

Tak boleh buat kerja-kerja rumah, terutamanya benda-benda berat. Even menyapu atau mop lantai pun tak boleh. Buat kerja berat tu Syu fahamlah kenapa tak boleh, takut nanti urat badan kita masih belum pulih sepenuhnya. Tapi, kalau sampai menyapu pun tak boleh, yang tu memang Syu tak nampak logiknya.

 

10. Berurut

Kalau bersalin normal, lepas seminggu bersalin dah boleh mula berurut. Lagi cepat mula lagi bagus. Syu biasanya akan berurut selama seminggu untuk betulkan balik urat-urat badan yang lemah kesan dari bersalin. Lepas seminggu tu, memang rasa badan Syu ringan je. Kalau dapat urut hari-hari kan best.

 

11. Makan jamu

Orang tua selalu pesan makan jamu. Baik untuk kesihatan luaran dan dalaman. Baik juga untuk peredaran darah. Tapi, Syu tak tahan makan jamu. Bau-bau herba memang Syu tak boleh telan la.

Tapi, selamatlah Syu ada Set Berpantang Shaklee. Makan hari-hari. Luka cepat baik, badan pun bertenaga. Yang paling best, susu pun meriah.

Daripada serik berpantang, terus suka masa 44 hari berpantang tu. Sama macam dalam video nie.

 

Lepas nie, janganlah serik berpantang walaupun ada macam-macam pantang larang yang orang tua tak bagi kita buat. Petua orang-orang tua biasanya banyak kebaikannya yang kita tak nampak. Kita sebagai orang muda nie, mana yang boleh ikut tu, kita ikut la. Kalau tak boleh, cakap elok-elok supaya hati mereka tak tersinggung.

 

Fikir-fikirkanlah.

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. nama pun berpantang.. byk pantang larangkan.yang mana boleh ikut.. kita ikutla kan.:-) rindu plak time berpantang anak kedua.
    Ros recently posted…Cara Menaikkan Hb Darah Dari 10.2 g/dL Ke 11.0 g/dL Dalam Masa SemingguMy Profile

Leave a Reply to Ros Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.