10 Tips Untuk Dapatkan Anak Secara Semulajadi

10 Tips Untuk Dapatkan Anak Secara Semulajadi

Ikhtiar Untuk Mendapat Zuriat Sendiri 

.

Apabila kita dah berkahwin, memang menjadi lumrah setiap pasangan untuk  mendapat cahaya mata. Kepada sesiapa yang bunting pelamin tu Alhamdulillah, tapi ada pasangan yang menunggu masa yang lama untuk dapat seorang anak. Ada juga yang masih setia menanti rezeki dari Allah. Memang redha dan pasrah atas segala ketentuan Ilahi, tapi pada masa yang sama kita masih berusaha untuk dapatkan zuriat.

Ramai orang di sekeliling Syu yang masih menanti kehadiran cahaya mata. Syu masih ingat lagi pada cikgu Syu di sekolah menengah, walaupun dah hampir 13 tahun berkahwin, cikgu Syu masih belum mendapat zuriat. Sedih bila dengar, tapi Alhamdulillah cikgu Syu ada anak-anak murid untuk dijadikan anak-anaknya. Terubat sedikit kesedihan itu.

Tapi, kita yang lain nie bagaimana? Masih mencuba dan mencari ikhtiar untuk dapatkan baby?

.

Tips-tips Untuk Mendapatkan Zuriat

tips hamil

Ada banyak cara dan ikhtiar yang boleh kita cuba sebenarnya untuk dapatkan anak. Yang penting kita berusaha dan teruskan usaha kita tu.

1. Jaga Pemakanan

Bagi ibu yang tengah berusaha untuk hamil, eloklah amalkan makanan yang berkhasiat supaya apabila kita hamil nanti, janin kita itu terhasil daripada makanan yang baik-baik sahaja. Ye la kan, kita bukannya tahu kita akan hamil bila kan. Tau-tau dah 2 bulan preggy. 2 bulan pertama tu kita bagi janin kita makan apa? Takkan nak bagi makanan yang merapu kan?

Selain itu, sebelum hamil, baiklah amalkan asid folik bagi menguatkan rahim kita apabila kita mengandung nanti.

.

2. Kawal Berat Badan

Berat badan juga mempengaruhi peluang kita untuk hamil. Sebab itulah ramai ibu-ibu yang badan agak gempal dan berisi nie, doktor akan suruh turunkan berat badan dahulu kalau nak mengandung. Bukan nak cakap orang gemuk tak boleh mengandung, tapi ia mengurangkan peratusan kita nak hamil.

Berbalik ke point #1, inilah sebab kenapa kita perlu makan makanan yang berkhasiat supaya badan kita sihat dan fit untuk hamil. 

.

3. Ketahui Waktu Subur

waktu subur

Waktu subur adalah waktu yang paling bagus untuk persenyawaan berlaku. Waktu paling subur wanita adalah pada hari ke 14 (jika kitaran haid adalah 28 hari). Dalam tempoh dari hari hari ke-12 hingga hari ke-16, pasangan dinasihatkan untuk melakukan hubungan kelamin untuk meningkatkan peluang mendapat zuriat.

.

4. Lakukan Hubungan Intim Dengan Kerap

Seperti point #3 tadi, pasangan yang inginkan anak mestilah melakukan hubungan intim dengan kerap dalam tempoh subur itu. Paling kurang pun, sekali dalam masa 3 hari. Ini adalah kerana ovum boleh hidup selama 24-48 jam, manakala sperma boleh hidup selama 72 jam di dalam rahim wanita. Kita perlukan sperma yang berkualiti untuk persenyawaan berlaku.

.

5. Berjumpa Dengan Doktor Pakar

Kita tak tahu masalah yang berkaitan dengan kesuburan diri kita melainkan berjumpa dengan doktor pakar. Doktor pakar akan buat check-up dan akan beritahu kita apa masalah kita.

Syu ada seorang kawan yang dah lama kahwin tapi belum dapat anak lagi. Beliau pergi jumpa doktor pakar dan barulah dia tahu yang rupanya dia mengalami rahim terbalik. Sebab tu susah nak hamil.

Jadi, pada pasangan yang belum dapat rezeki lagi tu, pergilah jumpa doktor pakar dengan hati yang terbuka. Jangan ego dan takut dikecam keluarga. Ini adalah untuk kita cari pernyelesaian, bukannya untuk cari salah.

.

6. Elakkan Stress

Stress adalah salah satu penyebab kenapa kita susah hamil. Stress nie kadang-kadang kita tak nampak dan tak rasa pun. Tapi ia mempengaruhi emosi kita untuk bersama, emosi untuk bersuka dengan pasangan dan sebagainya. Bila kita stress nie, hormon kita akan jadi tak stabil dan akan menyukarkan peluang untuk lekat baby.

.

7. Elakkan Rokok

Rokok adalah bahaya untuk semua orang, termasuklah wanita yang tengah merancang untuk hamil. Ini kerana rokok boleh mengganggu kematangan telur dan ia juga boleh membunuh sperma.

Jadi, macam mana nak hamil kalau telur kita pun tak matang dan sperma yang berjuta masuk dalam rahim tu mati kan?

.

8. Elakkan Pengambilan Kafein

coffee

Ramai yang suka minum minuman berkafein kan, terutama sekali kopi dan teh. Tapi kan, kafein juga adalah penyebab sukar hamil sebenarnya. Rupanya kafein nie kalau ambil banyak sangat boleh  menyebabkan hormon estrogen meningkat dalam darah hingga akhirnya boleh menyebabkan kita jadi tidak subur.

,

9. Amalkan Vitamin dan Suplement Kesuburan

Vitamin dan suplement dapat membantu untuk menstabilkan hormon kesuburan dan juga meningkatkan kualiti sperma yang boleh hidup lebih lama di dalam rahim wanita.

Antara vitamin kesuburan yang sangat sesuai diamalkan adalah Vitamin A, C, dan D, di samping Vitamin E dan juga Zink.

set kesuburan

Dan antara suplement terbaik yang mempunyai kesemua vitamin di atas adalah SET KESUBURAN PREMIUM keluaran Shaklee yang dah banyak membantu ramai wanita untuk hamil dan dapat zuriat 🙂 Yang penting ianya sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN, sentiasa SEMULAJADI!

.

10. Berdoa Kepada Allah

Akhir sekali, setelah berusaha semua yang kita mampu, berdoalah kepada Allah agar Allah memakbulkan permintaan kita untuk memiliki anak kerana Allah lah yang berkuasa untuk memberikan kita zuriat. Ingatlah, apa-apa pun yang terjadi, aturan Allah itulah yang terbaik 🙂

.

Bagi yang belum mendapat zuriat, janganlah bersedih. Mungkin Allah mahukan kita membuat persedian dari segi fizikal, mental dan juga spiritual untuk mendidik anak nanti. Mungkin Allah mahukan kita mengumpul ilmu dahulu sebelum kehadiran anak yang kita tunggu-tunggu. Jagalah diri, amalkanlah pemakanan sihat dan tambahlah juga dengan SET KESUBURAN PREMIUM untuk menjadikan badan dan hormon kita lebih sihat sebagai persediaan untuk berbadan dua nanti. Amin ♥ ♥ ♥

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Saya pun masih menunggu jugak 😀
    sabree hussin recently posted…Bekerja dari rumah sebagai Online Travel AgentMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.