10 Tips Memikat Hati Keluarga Mentua Supaya Kita Teruja Untuk Pulang

10 Tips Memikat Hati Keluarga Mentua Supaya Kita Teruja Untuk Pulang

Apabila kita sudah berkahwin, perkara pertama yang kita risaukan adalah macam mana nak biasakan diri dengan keluarga mentua. Takut kalau-kalau mereka tak terima kita, takut kalau-kalau mereka dah ada calon lain untuk pasangan kita. Mana tahu kan? Jadi, persoalannya adalah, macam mana nak tawan hati keluarga mentua supaya kita akan selesa di samping mereka, supaya kita akan sentiasa suka nak pulang ke rumah keluarga mentua kita.

Apa yang boleh kita lakukan supaya keluarga mentua terima kita seadanya?

memikat hati keluarga

1. Selalu pulang melawat

Apabila dah berkahwin nie, luangkanlah masa untuk pulang melawat keluarga mentua selalu. Selalu fikirkan perasaan mereka. Jangan biarkan keluarga mentua kita fikir yang bila kita dah kahwin terus lupakan keluarga.

Syu memang jarang pulang sebab jadual kerja suami, tapi bila pulang, Syu memang akan pulang ke dua-dua rumah, walaupun hanya semalam untuk rumah mak dan rumah mentua. Syu dan suami akan cari juga masa untuk pulang selagi boleh.

2. Bersembang

Luangkan masa untuk bersembang dengan keluarga mentua. Ambill tahu kisah pasangan kita masa dia kecil-kecil. Kalau bukan bercerita pasal pasangan kita pun, ceritalah mengenai apa-apa sekali pun. Dengan bersembang, mereka akan perlahan-lahan mengenali diri kita. Perlahan-lahan, mereka akan menerima siapa kita.

Alhamdulillah, mak mentua Syu memang suka bersembang. Mak memang akan bercerita tentang perkembangan semasa dari apa yang dibaca dari surat khabar. Mak mentua Syu memang suka bercerita, tu yang best dan buat Syu rasa selesa untuk balik.

3. Masak makanan kegemaran

Bila kita berada di rumah keluarga mentua, ambil alihlah tugas memasak buat semntara. Masakkanlah untuk mereka pula. Bagi mereka berehat.

Macam Syu, ayah memang akan masak. Jadi Syu tolong-tolonglah apa yang patut, seperti potong bawang dan basuh pinggan.

4. Uruskan rumah

Kemas rumah, sapu lantai, mop lantai, apa-apa je la yang boleh ditolong, tolonglah mereka. Kalau mereka cakap tak payah sekali pun, buat je. Ambil inisiatif sendiri untuk membantu ibu dan ayah mentua kita. Mereka bukannya larat sangat nak mengemas lagi-lagi kalau mereka dah tua.

5. Beli barang keperluan rumah

Syu suka tengok dapur rumah mak. Mana la tahu kalau-kalau ada yang perlu dibeli. Syu memang akan belikan apa yang patut untuk mak masak. Kalau rumah mentua, Syu akan tanya ayah apa yang perlu dibeli dan suami akan belikan. biarlah mereka rasa yang kita ambil berat akan keperluan mereka, nanti lama-lama mereka akan nampak keikhlasan kita dan akan menerima kita.

6. Beri duit belanja

Berilah duit belanja pada keluarga mentua, walaupun mereka masih bekerja. Duit tu bukanlah penting, tapi duit itu adalah sebagai sedeqah supaya hidup kita lebih lapang. Takde la asyik mengadu tidak ada duit, ataupun terasa sempit je hidup kita msa itu. Mintalah ibu bapa kita doakan kelapangan rezeki untuk kita sekeluarga.

7. Bawa mereka berjalan-jalan

Orang tua biasana suka berjalan. Jadi, bawalah mereka keluar berjalan-jalan walaupun hanya pergi membeli barang keperluan. Biar mereka exercise sikit-sikit. Pada masa yang sama, bolehlah berkenalan dengan keluarga mentua kita dengan lebih dekat.

8. Minta pendapat mereka

Kalau kita nak buat apa-apa, beli apa-apa, mintalah pandangan mereka dan ikutlah cadangan mereka. Mereka kan lebih tua, mesti mereka lebih banyak pengalaman. Dengan meminta pendapat mereka, mereka akan rasa yang mereka adalah penting dalam hidup kita.

9. Ambil berat kesihatan mereka

Selalulah tanyakan mengenai kesihatan mentua kita. Sihat ke tidak? Perlu pergi jumpa doktor ke tak? Mereka adalah orang penting dalam hidup kita. Ambil berat keadaan mereka dan selalu bertanyakan khabar mereka. Ambillah masa dan telefon mentua kita selalu seperti mana kita telefon ibu ayah sendiri.

10. Temankan mereka

Temankan mentua kita selalu. Kalau mereka nak pergi pasar, pergilah sekali. Kalau mereka ada appointment doktor, temanlah mereka berjumpa doktor. Mungkin awalnya kita tak selesa, tapi lama-lama nanti kita akan ok dan hubungan kita dengan keluarga mentua akan bertambah rapat.

Banyak lagi yang kita boleh lakukan untuk membina hubungan yang rapat dengan keluarga mentua. Cubalah sehabis baik untuk cipta hubungan rapat itu. Memang best kalau kita rapat dengan keluarga mentua. Suami kita pun akan bertambah sayang sebab kita pentingkan keluarga mereka juga sepertimana kita pentingkan keluarga kita. Kita sendiri pun akan rasa disayangi oleh keluarga mentua nanti.

Jangan nanti kita menyesal kerana terlambat mengenali keluarga mentua kita. Takkan kita tak nak ada memori yang indah bersama mentua kan? Renung-renungkanlah.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.