10 syarat Time-out untuk membetulkan kesalahan anak

10 syarat Time-out untuk membetulkan kesalahan anak

Syu menggunakan sistem time-out untuk mengajar Zuhayr dan Syifa’ apa yang betul dan apa yang salah. Contohnya, Zuhayr memang suka pukul dan tolak Syifa’ sampai Syifa’ menangis. Jadi, Syu time-out Zuhayr di satu tempat yang terasing dari orang lain. Tujuannya adalah untuk tanamkan dalam diri Zuhayr yang tolak Syifa’ adalah salah dan Zuhayr tak patut buat macam tu.

Tapi, ibu ayah perlulah ingat yang time-out bukanlah bertujuan untuk menghukum anak, tapi lebih kepada memberitahu anak kita apa yang mereka buat itu adalah salah dan kita tak mahu mereka ulang lagi. Jadi, bila nak time-out anak, mestilah kena dengan caranya.

Perkara yang paling penting apabila ibu ayah mesti buat dulu bila nak mulakan teknik time-out ini adalah ibu dan ayah mesti beritahu anak-anak mengenai perkara ini supaya mereka tahu time-out tu apa sebenarnya. Ia juga penting untuk persediaan mental anak-anak kita supaya mereka tahu kalau mereka buat sesuatu yang salah dan tidak disukai, mereka akan didenda begitu.

 

time out

 

10 syarat time-out yang ibu ayah WAJIB tahu

 

1. Tempat yang sesuai dan sama

Apabila ibu ayah dah mengambil keputusan untuk menggunakan time-out ini, pilih satu tempat yang agak terasing dari orang lain, tapi tempat itu mestilah yang dapat kita lihat. Contohnya, satu sudut di ruang tamu ataupun satu kerusi yang kita pilih. Penting kita boleh lihat tempat tu sebab kita nak pantau anak kita juga pada masa yang sama. Mana la tahu nanti anak kita lari dari sudut tu ke, buat kerja lain ke, kita boleh tahu. Kalau mereka lari ke, buat kerja lain ke, nanti hilanglah sebab kita buat time-out tu kan?

Bagi nama pada sudut tersebut, seperti ‘naughty corner’ atau ‘thinking corner’ atau yang seumpama dengannya. Nama yang dipilih seeloknya sesuai dengan tujuan kita iaitu kita nak anak kita tahu yang perbuatannya adalah salah.

 

2. Anak mesti tahu mengenai sudut time-out tersebut

Pastikan anak kita tahu pasal sudut tersebut. Cakap dengan anak kita, ‘Sudut nie adalah untuk budak yang nakal tau. Kalau Zuhayr buat salah, buat perkara yang ummi dan abi tak suka, ummi dan abi letak Zuhayr di sini untuk 5 minit. Zuhayr tak boleh kawan dengan orang, tak boleh main mainan kesukaan Zuhayr kalau Zuhayr duduk sini ye’. Beritahu mereka banyak-banyak kali supaya lekat dalam otak mereka yang kalau mereka buat salah, kena duduk di sudut tu.

 

3. Emosi ibu ayah mesti neutral

Kalau anak kita buat salah dan kita nak time-out mereka, jangan buat masa kita marah. Kalau kita time-out dengan nada marah, nanti anak kita mula takut. Kalau kita marah, nanti anak kita fikir time-out nie tempat lepas geram, bukannya mengajar apa yang salah, apa yang betul.

Jadi, kalau nak time-out anak, pastikan kita cakap elok-elok dengan emosi yang tenang. ‘Zuhayr, tak elok pukul-pukul adik. Ummi tak suka Zuhayr buat macam tu. Oleh sebab Zuhayr pukul adik, ummi terpaksa letak Zuhayr di ‘naughty corner’ untuk 5 minit’

Biasanya, bila awal-awal ibu ayah mulakan time-out ini, anak mesti mengamuk kalau kena letak di ‘naughty corner’. Takpe, normal la tu kalau tak biasa lagi. Kalau mereka menangis, biar je. Kalau mereka lari dari ‘naughty corner’, bawa mereka kembali ke tempat asal. Lama-lama nanti mereka akan faham tujuan ‘naughty corner’ tu.

 

4. Beritahu anak sebab untuk time-out

Setiap kali time-out, beritahu mereka sebab mengapa mereka kena time-out. “Zuhayr kena time-out sebab Zuhayr pukul adik”, “Zuhayr kena time-out sebab tolak adik sampai adik jatuh”. Beritahu mereka, biar mereka sedar akan kesalahan mereka tu.

Jangan sekadar time-out tanpa memberitahu alasannya atau sekadar cakap dengan mereka “Ummi tak suka Zuhayr nakal-nakal, sebab tu ummi time out.” Mereka tak tahu pun maksud nakal. Mereka tak tahu pun yang tolak adik tu dianggap nakal. Mungkin pada mereka itu adalah cara mereka nak bermain. Jadi, ibu ayah mesti beritahu anak-anak supaya mereka faham.

 

5. Konsisten

Awal-awal mulakan time-out mesti rasa susah. Anak mengamuk la, mengangis la, lari dari ‘naughty corner’ la. Semua akan berlaku, percayalah. Tapi, ibu ayah mesti konsisten dengan time-out nie kalau dah mulakan. Kalau kejap buat, kejap tak, nanti anak kita keliru apa yang betul sebenarnya. Kejap pukul adik kena time-out, kejap lagi pukul tak kena pun. Pening kepala anak kita nanti.

Jadi, kena konsisten. Mula-mula je rasa susah dan malas nak buat. Maklumlah, di fasa permulaan nie, boleh dikatakan setiap jam anak kita kena time-out sebab pukul adik. Lama-kelamaan, mereka akan faham kalau pukul adik kena time-out, jadi mereka takkan ulang lagi.

 

6. Jangan bercakap dengan anak semasa time-out

Masa letak anak kita di tempat time-out, jangan bercakap dengan mereka. Biar mereka rasa terasing dan tersisih sekejap. Moga-moga mereka akan ingat betapa tak seronoknya takde kawan dan takde orang nak layan.

 

7. Tidak melebihi 5 minit

Masa untuk setiap time-out mestilah tidak melebihi 5 minit. Lepas 5 minit kebiasaannya anak-anak dah hilang rasa bersalah tu. Dah tak rasa apa-apa dan mulalah nanti mereka cari kerja lain. Main-main semasa time-out.

Kalau mereka dah mula bergerak dan tidak duduk diam, itu maknanya dah takde kesan time-out tu pada mereka. Sebab tu, masa time-out adalah penting untuk memberi peringatan kepada anak-anak kita.

 

8. Gunakan jam loceng untuk memberitahu masa untuk time-out

Paling senang adalah dengan guna jam loceng. Beritahu anak, ‘Zuhayr kena time-out sampai loceng nie berbunyi ye. Selagi loeng tak bunyi, Zuhayr kena duduk sini diam-diam’.

 

9. Bercakap dengan anak selepas habis masa time-out

Bila dah habis masa 5 minit tu, pergi pada anak dan cakap baik-baik dengan mereka. Beritahu mereka kenapa mereka kena time-out. Beritahu mereka kenapa kita tak suka apa yang mereka buat tu. Akhir sekali, mesti beritahu mereka harapan kita pada mereka pada masa akan datang.

Masa Zuhayr kena time-out, dia mesti menangis bila Syu cakap dengan dia. Mungkin dia faham, mungkin tidak lagi. Yang penting, kita kena terangkan pada anak kita apa yang betul, apa yang salah supaya mereka faham dan sedar yang mereka tak patut buat macam tu. Mungkin sekali dua cakap mereka tak faham, tapi kena konsisten beritahu perkara yang sama menggunakan emosi yang tenang. Kalau kejap cakap baik-baik, kejap cakap marah-marah, lagi susah anak kita nak faham nanti.

 

10. Peluk anak dan beritahu yang kita sayangkan mereka

Dah habis perbualan dengan anak kita tu, peluk mereka kuat-kuat cakap yang kita sayang mereka. Kita buat macam tu sebab sayang, sebab tak nak mereka jadi nakal. Cakaplah juga harapan kita kepada mereka. ‘Ummi sayang Zuhayr sangat-sangat. Tapi, ummi lagi sayang Zuhayr kalau Zuhayr tak pukul adik. Ummi tahu anak ummi anak soleh kan? Lain kali jangan buat lagi tau. Kalau buat juga, ummi terpaksa time-out Zuhayr lagi. Zuhayr mesti tak nak kena time-out kan?’.

 


 

 

Time-out ini bukanlah sesuatu yang buruk, tapi kita sebagai ibu ayah mesti tahu cara nak gunakan teknik ini dengan berkesan. Kita gunakan time-out untuk mengajar anak kita apa yang betul dan apa yang salah. Kita juga gunakan time-out untuk mengajar yang setiap perbuatan yang buruk ada akibatnya. Kita nak tanamkan dalam diri anak kita supaya selalu melakukan perkara yang baik, bukannya mengulang perkara yang tak elok tu.

Selamat mencuba. Moga bermanfaat pada ibu ayah 🙂

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. tq untuk info berguna ni..
    Dkna Abza recently posted…Bila Bosan !My Profile

  2. Tq,info yg baik
    Tp mcm mne kalau berada di luar rumah? time-out nya berbeza?

    • syuhada amir :

      biasanya kalau berada di luar rumah (contoh jalan2), syu akan tarik apa yang anak syu suka. Contohnya, kalau syu dah janji nak bawak g makan KFC, so Syu tak bawa. Tapi, lain kali bila anak behave well, Syu akan bagi semula KFC tu…

Leave a Reply to UmmuZuhayr Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.