10 Sebab Jangan Terlalu Manjakan Anak

10 Sebab Jangan Terlalu Manjakan Anak

Kenapa Kita Tidak Boleh Terlalu Manjakan Anak

Anak-anak adalah permata ibu ayah, tapi hati-hatilah jangan sampai terlalu manjakan anak-anak kita hingga boleh menjejaskan masa depan mereka. Setakat peluk cium tu bukanlah melampau, tapi jangan sampai semua benda pun kita nak buatkan untuk anak-anak. Pinggan makan anak kita angkatkan dan cucikan, kasut sekolah pun kita basuh. Yang tu la yang dipanggil terlalu manjakan anak. Risau nanti satu apa pun anak tak pandai.

Kenapa kita tak boleh nak manjakan anak-anak secara berlebihan nie? Ada apa-apa kesan ke? Jawapannya, ya. Memang akan memberi kesan buruk yang mendalam kepada diri mereka. Kalau dari kecil sampai ke besar diperlakukan begitu, takut nanti anak kita akan terlalu bergantung pada kita untuk lakukan sesuatu perkara. Semua tak boleh nak buat sendiri.

.

Kesan-kesan terlalu manjakan anak

1. Anak tak pandai buat apa-apa

Apabila kita terlalu manjakan anak, ia akan membuatkan anak kita tak pandai untuk buat apa-apa sebab semua pun kita yang buatkan. Contohnya, anak kita berusia 5 tahun nak basuh pinggan sendiri. Tapi, disebabkan sinki yang tinggi, kita larang “tak payah basuh sendiri, nanti ummi basuhkan”. Anak memanjat sikit kita suruh turun, air tumpah kita lapkan, macam mana anak kita nak belajar macam mana nak uruskannya?

Biarlah anak kita buat sendiri. Yang penting, kita ajar mereka cara yang betul. Anak kita akan belajar melalui tauladan dan contoh yang baik kan?

.

2. Terlalu mengharapkan orang lain

Ibu ayah yang selalu buat segalanya untuk anak akan menyebabkan anak terlalu bergantung kepada orang lain untuk buat segala kerja. Tak reti nak buat sendiri kerana tidak pernah diajar cara-caranya. Nak basuh baju tak pandai, nak lipat baju pun tak kemas.

Kesian anak kita nanti bila mereka besar sebab akan ada masa di mana mereka akan ditertawakan kerana tidak pandai menyelesaikan masalah. Nak buat macam mana, mereka tidak dilatih untuk berfikir akan cara menyelesaikan sesuatu masalah kan?

.

3. Hilang keyakinan diri

Anak yang terlalu dimanjakan akan hilang keyakinan diri. Nak buat ini rasa macam salah, bila disuruh buat itu tak boleh nak fikir. Lama-lama nanti mereka dah tak yakin dengan apa yang mereka mampu dan boleh buat. Mereka akan sentiasa fikir yang mereka tak berguna kerana tak boleh nak bantu apa-apa.

Sebagai ibu ayah, bina keyakinan anak adalah penting demi masa depan mereka. Jadikan anak kita orang yang berani untuk berdiri dengan apa yang mereka percaya.

.

4. Takut untuk mencuba

Budak yang manja akan jadi takut untuk mencuba sesuatu yang baru sebab semua yang mereka nak ibu ayah akan lakukan. Mereka tak pernah diberi peluang mencuba buat segalanya sendiri. Mereka juga tak pernah rasa gagal mahupun puas hati bila berjaya melakukan sesuatu. Jadi, nak buat benda yang tak pernah dibuat, akan buat anak kita takut.

.

5. Cepat marah

Anak manja sudah terbiasa dapat segala yang mereka nakkan. Sebab itulah apabila mereka tak dapat, mereka akan marah. Kadang kala, sampai mak ayah pun kena marah sebab tak bagi apa yang anak nak. Kalau dibiarkan, risau nanti sampai ke besar mereka akan tunjuk sikap sebegini.

Anak Syu dulu pun selalu marah apabila tak dapat apa yang dia nakkan. Tapi, Syu tak layan pun. Kalau dilayan, lagi dia menjerit. Syu akan biarkan Zuhayr dan Syifa’ habiskan jerit dulu. Bila mereka dah tenang, baru Syu cakap. Masa tu pun, anak Syu dah tak marah-marah lagi. Senang sikit nak bercakap bila anak tenang. Kalau tak, diorang jerit, Syu jerit, tak ke mana nanti.

Ada pernah sekali, Syifa’ nak mula menjerit, Syu terus cakap “Syifa’, sebelah Syifa’ tu ada setan. Takutnya muka setan tu. Syifa’ nak kawan dengan setan ke? Setan suka tau kawan dengan budak jerit marah-marah nie.” Terus Syifa’ diam. Tak jadi nak marah.

.

6. Bunuh daya imaginasi anak

Budak-budak dilahirkan dengan imaginasi yang tinggi. Pada mereka, setiap perkara yang mereka buat adalah exciting dan fun. Tapi, kalau sikit-sikit kita buatkan, anak memanja sikit kita suruh turun, anak nak makan sendiri kita tak bagi, mesti kita suapkan.

Bila perkara-perkara sebegini terjadi, anak kita tak dapat nak explore dunia mereka. Tak dapat nak belajar kesan dan akibat sesuatu benda. Imaginasi mereka terbantut apabila kita selalu sangat halang apa yang mereka nak lakukan.

Biarkanlah apa yang anak kita nak lakukan asalkan perkara tersebut tidak bahaya kepada mereka. Selagi boleh, kita galakkan mereka buat, tapi kita kenalah sentiasa pantau aktiviti mereka.

.

7. Malas

Anak-anak yang manja akan jadi malas bila dah terbiasa semuanya orang lain yang buatkan. Nak makan, mak suapkan, dah main mak yang kemas mainan, air tumpah bibik yang tolong lapkan. Anak tak buat apa pun.

Bila dah terbiasa begitu, mereka akan jadi malas. Kalau nak air “ummi, ambilkan air”, bila nak makan, anak duduk depan tv, “ayah, nak nasi” Ayah pun bawa la nasi bagi pada anak. Memang malas la kan tu namanya?

.

8. Tantrum bila tak dapat sesuatu

Apabila tak dapat apa yang mereka nak, mereka akan tunjuk tantrum. Menangis guling-guling sampailah mereka dapat. Pernah tengok tak di supermarket anak yang duduk membatu ataupun menangis meraung tak dapat apa mainan kesukaan? Mak ayah yang malu bila orang pandang.

Pernah jadi pada anak Syu juga. Menangis meraung nakkan mainan. Bila tak bagi, lagi kuat menjerit. Syu cakap baik-baik tak nak dengar, last-last Syu dukung bawa masuk kereta sampailah tenteram. Kalau tak tenteram juga, terus balik rumah. Biarlah tak jadi shopping sekalipun.

Anak kena tahu limit dan boundaries. Jangan sampai mak ayah kena ikut cakap anak macam anak nie bos. Kita bukanlah melahirkan tuan, tapi kita perlulah didik mereka menjadi anak soleh solehah yang taat perintah Allah.

.

9. Suka mengarah orang lain

Risau anak kita nie mengarah orang suruh buat apa yang mereka nak sebab di rumah mak ayah turutkan sangat apa yang anak nak. Jadi, mereka fikir yang semua orang lain pun akan buat perkara yang sama. Mereka tak tahu yang bukan semua yang mereka nakkan akan dipatuhi oleh semua orang.

Disebabkan mereka tak tahu, mereka akan tunjuk tantrum la bila orang lain tak ikut cakap mereka. Cycle macam tu la akan berulang-ulang selagi mereka tak tahu apa yang betul.

Tugas ibu ayah adalah untuk didik anak cara yang betul, bukannya ikutkan sangat apa yang mereka nak sampai tantrum bila tak dapat.

.

10. Tak belajar erti Responsibility

Paling penting adalah anak kita takkan belajar erti responsibility. Mereka tak tahu yang setiap yang berlaku akan kesan dan akibatnya, tapi apabila mak ayah tak tunjukkan akibat dan kesannya, macam mana anak nak tahu kan? Contoh, Zuhayr tumpahkan air. Kesannya adalah Zuhayr kenalah lap air tumpah sampai kering. Tapi, kalau Syu tak cakap dan tunjukkan pada Zuhayr yang dia kena lap lantai tu, Zuhayr takkan tahu yang dia kena buat tu, betul tak?

Jadi, bila tak diajar untuk bertanggungjawab, anak kita takkan buat dan sampai bila-bilalah mereka akan dapat lepaskan diri daripada tanggungjawab mereka.

.

Bahaya sebenarnya kalau kita terlalu manjakan anak nie. Takut nanti apabila besar, mereka akan terikut-ikut perangai masa kecil. Janganlah ibu ayah fikir yang ‘ala, mereka masih kecil. Tak tahu apa-apa. Nanti dah besar tahulah tu nak buat’. Tapi, kalau dari kecil tak didedahkan dengan perkara-perkara sebegini, macam mana mereka nak tahu bila dah besar nanti kan?

Seboleh-bolehnya, tunjukkanlah contoh tunjuk ajar dari mereka kecil lagi kerana ia mengambil masa yang lama untuk anak kecil kita faham apa yang perlu dilakukan. Kita tak boleh expect hanya ajar sekali dan anak kita faham, tapi kita kena ulang-ulang sampailah ia lekat dalam minda mereka itu yang patut dilakukan.

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.