10 Resipi Berpantang Boleh Ibu Boleh Sediakan Sendiri

10 Resipi Berpantang Boleh Ibu Boleh Sediakan Sendiri

Resipi Sihat Semasa Berpantang Untuk Pulihkan Dalaman Wanita Bersalin

.

Makanan semasa berpantang adalah sangat penting untuk ibu kembali sihat, luaran dan dalaman sekali. Kalau salah makan nanti, badan kita yang akan sakit-sakit, rahim tak kecut sepenuhnya, urat-urat kembang dan sebagainya. Kita juga yang susah nanti kan?

Syu sangat menitik-beratkan mengenai amalan berpantang, terutamanya makanan semasa berpantang. Syu akan cari resipi yang mudah untuk dimasak semasa berpantang kerana masa berpantang anak kedua, Syu kena berpantang sendiri. Suami bekerja dan Syu masih ada Zuhayr untuk dijaga.

Oleh sebab tak bolehlah nak duduk lama-lama di dapur untuk memasak dan tak larat nak berdiri lama, Syu cari resipi yang simple, tapi sesuai untuk dimakan oleh ibu berpantang. Diri sendiri pun boleh masak.

.

Resipi Berpantang Yang Boleh Dimasak Sendiri

.

resipi berpantang

.

1. Sawi Masak Lada Hitam

Bahan-Bahan:

  • Sawi
  • Lada Hitam
  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Sos Tiram
  • Garam

Cara-Cara:

  1. Hiris bawang merah dan bawang putih, dan juga potong sawi.
  2. Panaskan sedikit minyak. Rumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
  3. Masukkan sayur sawi, sedikit sos tiram, dan juga lada hitam.
  4. Masukkan sedikit garam dan kacau hingga sebati.

.

2. Ikan haruan masak asam

Bahan-bahan:

  • Ikan haruan
  • bawang merah
  • bawang putih
  • air asam jawa
  • halia
  • garam

Cara-caranya:

  1. Hiris bawang merah, bawang putih, dan halia.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, dan halia tadi.
  3. Masukkan air asam jawa (jangan letak banyak sangat, nanti masam terbelih)
  4. Masukkan ikan haruan dan biarkan hingga mendidih.
  5. Taburkan sedikit garam dan tutup api.

.

3. Ikan Haruan Bakar

Bahan-bahan:

  • Ikan haruan
  • lada hitam
  • halia
  • bawang merah
  • Bawang putih
  • Garam

Cara-cara:

  1. Kisar halia, bawang merah, halia dan bawang putih.
  2. Marinate ikan haruan bersama bahan kisar selama 2 jam.
  3. Bakar ikan haruan atas api sampai masak. Taburkan lada hitam dan garam semasa membakar ikan (biar lada hitam tu berasa)

(ikan haruan boleh juga ditukar dengan ikan lain, seperti ikan tenggiri, ikan siakap, ikan salmon, etc.)

.

4. Ikan Tenggiri Masak Pindang

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kunyit
  • Serai
  • Ikan Tenggiri (digoreng)
  • Air asam jawa
  • Garam

Cara-cara:

  1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, dan tumis dalam kuali.
  2. Ketuk serai dan kunyi. Masukkan sekali dalam tumisan.
  3. Masukkan air asam jawa ke dalam tumisan tadi.
  4. Masukkan ikan tenggiri dan biarkan didih.
  5. Letak garam dan tutup api.

.

5. Salmon bakar lada hitam

Bahan-bahan:

  • Ikan Salmon
  • Lada hitam
  • Garam

Cara-cara:

  1. Lumurkan ikan salmon dengan lada hitam dan garam.
  2. Bakar atas api hingga masak.

***boleh ditukar dengan ikan lain juga***

(boleh juga dimasukkan ke dalam oven dan balut dalam aluminium foil untuk dibakar)

.

6.Sup Ikan Haruan

Bahan-Bahan:

  • Ikan Haruan
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Daun sup
  • Rempah 4 sekawan
  • Sup bunjut
  • air
  • Garam

Cara-cara:

  1. Tumis rempah 4 sekawan hingga naik bau.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia dan sambung tuniskan.
  3. Masukkan air secukupnya.
  4. Masukkan ikan haruan dan sup bunjut dan biarkan hingga mendidih.
  5. Masukkan garam dan tutup api.
  6. Taburkan daun sup.

(boleh digantikan dengan ikan tenggiri, siakap dan ikan merah)

.

7.  Sawi masak air

Bahan-bahan:

  • Sayur sawi
  • Bawang putih
  • Halia
  • Bawang merah
  • Air secukupnya
  • Garam

Cara-cara:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia hingga naik bau.
  2. Masukkan air secukupnya.
  3. Bila air mendidih,masukkan sayur sawi dan biar hingga masak.
  4. Masukkan garam dan tutup api.

.

8. Ikan steam halia

Bahan-bahan:

  • Ikan merah/tenggiri/siakap
  • Halia
  • Jus perahan lemon
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai

Cara-cara:

  1. Halia, bawang merah, bawang putih dihiris dan serai diketuk.
  2. Perah jus lemon ke dalam mangkuk dan campurkan semua hirisan bawang dan serai itu tadi.
  3. Gaulkan dengan ikan dan masukkan ke dalam bekas tahan panas untuk dikukus.
  4. Kukkus sehingga ikan masak.

.

9. Ayam bakar

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam, cili giling (diblend)
  • Garam dan gula

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam bersama bahan yang dikisar itu tadi.
  2. Letak garam dan gula.
  3. Perap selama 3 jam.
  4. Bakar ayam hingga masak.

.

10. Daging marinate lada hitam

Bahan-bahan:

  • Daging dihiris
  • lada hitam/sos lada hitam
  • garam
  • gula

Cara-cara:

  1. Perap daging bersama lada hitam, garam dan gula selama 2 jam.
  2. Bakar daging sehingga masak.

.

Masak makanan berpantang bukanlah susah pun. Kalau kita memang tak larat sangat, boleh minta tolong suami sediakan bahan-bahannya sebelum pergi kerja. Nanti kita hanya perlu masak sahaja. Bertahanlah walaupun kita tak suka makanan semasa berpantang kerana makanan ini akan memulihkan dalaman badan kita supaya supaya kita boleh buat kerja ligat macam biasa.

Jangan lupa untuk makan Set Pantang Bertenaga juga ye. Ia sangat membantu untuk memulihkan badan kita, terutamanya menyembuhkan luka jahitan dan memberi tenaga untuk kita menjaga anak dan suami walaupun berpantang. Best ke Best? =)

.

Love,

sign blog 2

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.