10 Punca-Punca Susu Merudum Dan Penyelesaiannya

10 Punca-Punca Susu Merudum Dan Penyelesaiannya

Menyusukan anak bukanlah sesuatu yang mudah. Ada masa susu memang meriah sampai memancut-mancut, tetapi ada kalanya juga susu merudum sampai anak minum pun tak puas, tidur pun tak lena. Tapi, apa puncanya susu ibu merudum? Ibu-ibu mesti ambil tahu supaya tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengatasinya.

.

punca susu merudum

Punca-punca susu merudum dan jalan penyelesaiannya 

.

#1 Konsep Demand vs Supply

Konsep demand vs supply selalu disalah erti. Sepatutnya, apabila baby kita nak susu, kita bagi je tanpa perlu memikirkan “eh, baru je minum susu, takkan nak susu lagi” ataupun “baby sepatutnya minum susu 2 jam sekali, kenapa tak sampai sejam dah nak menyusu lagi nie?”.

Dalam penyusuan, memang tiada istilah minum setiap 2 jam. Bila anak nak minum susu, bagi je. Lagi banyak anak kita menyusu, lagi tinggilah demand nya. Lagi tinggi demand, lagi banyak supply. Kalau salah konsep, itu yang menyebabkan susu badan kita merudum.

– Penyelesaiannya:

Kerap kosongkan Cik B dengan cara menyusukan anak ataupun mengepam supaya badan kita beri signal kepada otak yang kita yang anak kita perlu lebih banyak susu.

.

#2 Datang Haid

Semasa kita period, hormon kita tidak stabil dan kita berasa penat. Secara tidak langsung, ia akan menjejaskan sedikit penghasilan susu. Tapi, ini cumalah sementara dan di hari-hari awal period sahaja. Lepas itu, badan kita akan menghasilkan susu seperti biasa.

– Penyelesaiannya:

Dapatkan rehat yang cukup serta makan makanan yang berkhasiat untuk mengebalikan tenaga. Tenaga sangat penting untuk menghasilkan susu.

.

#3 Mengandung

Wanita hamil akan mengalami perubahan hormon yang akan menjejaskan penghasilan susu dan susu tersebut akan bertukar menjadi kolostrum apabila kandungan mencecah 6 bulan. Selain itu, susu memang akan merudum apabila kita hamil kerana kita memang tidak akan mengepam lagi di pejabat.

– Peyelesaiannya:

Kalau anak kita masih lagi menyusu pada masa kita hamil, ibu perlulah makan dengan lebih banyak lagi supaya cukup nutrisi untuk pembesaran janin dan juga penghasilan susu untuk anak kita sekarang ini. Makanlah makanan penggalak susu untuk banyakkan susu secara semulajadi. Set Hamil Cergas di samping Set Susu Meriah pun boleh membantu untuk naikkan susu yang merudum.

.

#4 Diet Kurang Sihat

Diet kurang sihat, seperti terlalu banyak pengambilan makanan ringan dan juga alkohol boleh menjadikan susu kita berkurangan. Ini adalah tidak baik untuk anak kita kerana apa yang kita makan akan menjadi sebahagian daripada susu yang anak kita minum.

– Penyelesaiannya:

Makanlah makanan yang berkhasiat supaya kita dapat menghasilkan susu yang banyak untuk anak kita. Jangan terlalu ikutkan hati nak makan makanan yang akan menjejaskan penghasilan susu badan kita. 

.

#5 Anak Sudah Makan Makanan Pejal

Apabila anak kita mencecah 6 bulan, kita akan mula perkenalkan makanan pejal. Ini akan menjadikan mereka semakin kurang minum susu kerana masa minum susu sudah digantikan dengan masa makan. Apabila demand sudah kurang, susu pun akan kurang terhasil.

– Penyelesaiannya:

Apabila anak kita dah makan, mereka akan kurang sesi minum susu. Kita boleh gantikannya dengan mengepam susu. Jadi, Cik B kita akan kosong juga walaupun anak kita tak minum susu pada masa itu. 

.

#6 Anak Sudah Besar

Anak yang sudah lebih setahun kebanyakannya akan kurang menyusu kerana mereka dah pandai makan benda lain. Mereka hanya nak menyusu untuk hilangkan haus ataupun ketika mahu tidur. Jadi janganlah terkejut kalau kita mengepam hanya keluar 3 oz jika dibandingkan dengan 7 oz ketika anak kita masih kecil.

– Penyelesaiannya:

Teruskan mengepam seperti biasa, setiap 3 jam supaya demand sentiasa ada untuk badan kita terus menghasilkan susu. Walaupun penghasilannya sudah berkurang seperti biasa, yakinlah susu itu cukup. Mungkin itu sahaja yang anak kita perlukan di usia itu. 

.

#7 Stress

Stress memang akan buat susu kita merudum. Kalau mengepam masa stress pun, susu seakan-akan tak nak keluar pun. Boleh bezakan kalau kita mengepam masa kita gembira dan tenang ataupun masa kita tengah kelam kabut untuk  menyiapkan kerja yang menimbun.

– Penyelesaiannya:

Tenangkan hati sebelum kita mengepam ataupun menyusukan anak. Kalau rasa tak tenang tu, solat sunat dulu. Lepas tu barulah mengepam. Selain itu, fikirlah perkara yang menggembirakan hati kita ataupun tenunglah gambar anak semasa kita mengepam. Ini akan membantu untuk menghasilkan lebih banyak susu.

.

#8 Air Tidak Cukup

Pengambilan air sangat penting untuk menghasilkan susu. Kalau air tak cukup, contohnya puasa, susu yang kita hasilkan pun akan berkurang sebab tiada cecair dalam badan kita nak hasilkan susu.

– Penyelesaiannya:

Pastikan yang kita minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari supaya badan kita sentiasa mempunyai cecair yang cukup untuk terus menghasilkan susu. Sebelum mengepam minum air dulu. Selepas mengepam pun minum air juga. Ini adalah penting untuk mengelakkan diri kita dari pening dan pitam. 

.

#9 Pam Tidak Sesuai

Pam yang kurang sesuai akan menyakitkan payudara kita semasa mengepam. Sedutan breastpump adalah berbeza mengikut jenama. Kalau tersalah pilih, susu takkan keluar semua pun. Kita tidak akan rasa puas selepas mengepam kerana Cik B tidak kosong.

– Penyelesaiannya:

Pilihlah pam yang sesuai mengikut kemampuan kita. Tidak semestinya pam yang mahal je yang bagus. Pam mana-mana pun boleh asalkan pam itu serasi dengan badan kita. 

.

#10 Kurang Sesi Mengepam

Kita perlu mengepam mengikut jadual. Jangan sekejap mengepam, sekejap tidak. Kalau buat kejap-kejap, memang badan kita boleh pening sama ada nak hasilkan susu ke tak.

– Penyelesaiannya:

Pastikan kita mengepam setiap 3 jam untuk mengekalkan penghasilan susu. Carilah masa untuk mengepam walaupun sekejap. Tetapi, masa yang ideal adalah 20 minit. Pandai-pandailah kita pilih masa yang sesuai, contohnya, masa rehat minum pagi dan masa makan tengah hari. 

 .

Apabila kita dah tahu punca-punca susu badan merudum, kita bolehlah atasinya dengan segera. Jangan dibiarkan susu kita terus menerus merudum. Risau nanti akan merudum dan terus kering. Ingatlah anak kita yang memerlukan susu badan kita untuk membesar. Bahagianya bila kita dapat tengok anak kita membesar dengan sihat hasil dari susu badan kita sendiri kan? Jadi, jangan putus asa untuk terus memberi susu badan kepada anak tau! Ibu boleh lakukannya.

.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.