10 Perkara Wajib Dilakukan Di Trimester Akhir Kehamilan Untuk Ibu Bersalin Anak Sulung

10 Perkara Wajib Dilakukan Di Trimester Akhir Kehamilan Untuk Ibu Bersalin Anak Sulung

Semasa trimester akhir kehamilan, ibu ayah mesti tak sabar menanti kehadiran cahaya mata tersayang, terutamanya bagi yang baru pertama kali menimang cahaya mata. Tapi, kena beringat juga bahawa ada lagi perkara yang perlu dilakukan di saat-saat akhir kehamilan ini. Ibu ayah kenalah menyediakan segala keperluan supaya nanti takde la kelam kabut bila ibu dah bersalin.

 

Yang penting, jaga diri di akhir-akhir mengandung ni. Jangan sampai anemia atau hb rendah dah la, macam ibu dalam video nie. Sepanjang mengandung anak pertama sampai anak ketiga, mesti anemia. Tapi, anak ke-4 langsung takde anemia. Apa rahsia beliau? Tontonlah sendiri beliau ceritakan rahsia ajaibnya.

 

 

Banyak juga sebenarnya perkara yang perlu dilakukan di akhir-akhir proses mengandung nie, tapi janganlah risau, mesti ada orang yang akan tolong. Syu kongsikan 10 tips persediaan untuk menyambut anak pertama.

 

10 perkara wajib dilakukan di trimester akhir kehamilan

 

hamil

 

1. Kira jumlah pergerakan bayi

Kebiasaannya, bila kandungan cecah 6 bulan, nurse di klinik mesti suruh Syu mula kira pergerakan baby dalam kandungan. Mesti cukup 10 pergerakan sehari. Bukan pergerakan manja-manja tau, tapi pergerakan lasak baby kita sampai buat kita terdiam menahan sakit (perumpamaan je nie). Nurse selalu pesan, kalau tak cukup 10 pergerakan baby dalam sehari, cepat-cepat pergi hospital. Jadi, kena pastikan pergerakan baby kita cukup atau lebih ye ibu-ibu.

 

2. Pilih hospital dan juga doktor untuk melahirkan baby

Ibu dan ayah ada pilihan samada nak hospital kerajaan ataupun hospital swasta. Dua-dua hospital nie ada kebaikan masing-masing. Ibu ayah kenalah berbincang nak pergi hospital yang mana.

Selain itu, kita juga boleh request kalau nak doktor perempuan. Ye la, tak selesa kan bila doktor lelaki yang buat walaupun masa meneran tu dah tak fikir segan dah. Alhamdulillah, masa Syu bersalin ketiga-tiga anak, semuanya Syu dapat doktor perempuan. Takde la malu kena selok bila nak check bukaan rahim semua tu.

 

3. Basuh pakaian bayi

Bila dah akhir-akhir nie, bolehlah ibu ayah mula basuh pakaian baby kita. Semua baju pun mesti baju baru kan? Basuh dan aturkanlah dalam almari/bakul baju baby kita. Sekurang-kurangnya kita tahulah apa yang dah cukup atau perlu beli lagi.

Tapi, Syu nasihatkan tak payahlah beli baju saiz newborn banyak sangat sebab baby kita nie cepat besar. takut tak sempat pakai dah tak muat. Belilah ala kadar je dan standby baju umtuk umur 3-6 bulan. Biar besar tak pe, asalkan lama sikit boleh pakai nanti.

 

4. Sediakan beg hospital

Beg hospital nie penting dan perlu sentiasa letak dalam kereta supaya senang bila bersalin nanti. Kita bukannya boleh jangka bila kita bersalin kan? Dalam beg itu perlulah ada barang-barang keperluan bayi dan juga keperluan ibu semasa berada di hospital nanti. Keperluan dalam 2 hari sudah memadai, kecuali kes-kes tertentu yang menyebabkan ibu perlu tinggal lebih lama di hospital.

 

5. Belajar cara-cara menyusukan anak

Ibu bolehlah mula baca dan dalami cara-cara nak menyusukan anak dan juga perkara-perkara mengenai penyusuan seperti cara buat stok susu EBM supaya senang nak mula kerja lepas habis pantang nanti, breastpump apa yang sesuai, teknik memperbanyakkan susu, power pumping dan sebagainya. Biar kita bersedia dengan segala ilmu yang berkaitan supaya nanti tak kalut dan gelabah.

 

6. Belajar teknik-teknik melahirkan anak

Di hospital kebiasaannya akan ada ‘Kelas Rakan Suami’. Dalam kelas ini akan diajar cara pernafasan masa nak tahan contraction, cara-cara nak meneran, dan macam-macam lagi mengenai proses bersalin. Dalam kelas nie, ayah-ayah digalakkan untuk pergi sekali. Kumpul ilmu dulu, nanti bolehlah teman isteri dalam labour room masa nak bersalin.

 

7. Fikirkan nama yang sesuai untuk anak

Selepas 6 bulan kehamilan, biasanya ibu ayah dah tahu jantina anak nanti. Jadi, bolehlah mula fikirkan nama yang sesuai untuk anak nanti. Sekurang-kurangnya ada la beberapa cadangan nama untuk anak kita. Bila anak kita dah 7 hari, bolehlah namakan anak kita tu. Yang penting, nama anak mestilah ada maksud yang baik-baik.

 

8. Belajar mengenai pantang larang semasa berpantang

Kita yang baru pertama kali nak berpantang, kadang-kadang kita tak tahu apa yang boleh buat dan apa yang tak boleh buat semasa berpantang. Syu suka untuk sembang dengan nenek dan orang-orang tua sebab akan ada petua-petua orang tua yang Syu rasa menarik dan boleh untuk ikut. Ada petua yang kita rasa tak logik, tapi ada betulnya kerana orang-orang tua bercakap ikut pengalaman mereka. Syu akan ikut selagi Syu rasa boleh.

 

9. Tempah tukang urut

Kalau ibu-ibu bersalin secara normal, kebiasaannya kita boleh mula urt seawal hari ke-3, tapi kalau bersalin secara pembedahan, biasanya akan tunggu 2 minggu sebab nak biarkan jahitan kering dulu.

Kalau kita dah jangka takirh kita bersalin, bolehlah tempah tukang urut awal-awal supaya tukang urut boleh masukkan kita dalam kalendar dia. Berurut nie boleh bayar ikut hari ataupun ada pakej yang disediakan. Ibu boleh tanya tukang urut itu nanti.

Syu masa berurut, Syu memang akan ambil pakej seminggu. Rasa sedap je badan bila kena urut, lagi-lagi lepas bersalin, banyak urat-urat yang putus dan banyak juga bahagian badan kita yang dah longgar-longgar. Bila kita berurut, bolehlah tegangkan kembali apa yang longgar tadi. Baru cantik balik badan kita nanti.

 

10. Set Berpantang

Set berpantang ada jamu-jamu dan herba-herba untuk menguatkan kembali badan kita. Ada macam-macam jenis set berpantang, tapi bagi Syu, SET BERPANTANG SHAKLEE jugalah yang menjadi pilihan. Hari pertama bersalin dah boleh mula makan. Ikut pengalaman Syu, 3 hari je Syu dah sihat dan bertenaga. Jalan pun laju je macam orang tak berpantang. Syu memang syorkan ibu-ibu mengambilnya sebab jimat dan tahan lama.

 


 

 

Bagi ibu-ibu yang baru nak menimang cahaya mata, bolehlah guna tips-tips yang Syu kongsikan ini. Selamat menjadi ibu hebat!

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Akak pun suka sangat Set Berpantang Shaklee tu tau.. memang luka cepat sangat sembuh.. paling penting takde sembelit.. huhu
    Lin Chalo recently posted…Kongsi Pengalaman Bersalin Boleh Dapat ‘Coach Wristlet’?My Profile

  2. Fikirkan nama anak yang sesuai tu part paling menarik. kadang-kadang sampai anak dah keluar pon takde nama tetap hehe
    Ibu Zarith recently posted…7 Diet Kritikal Semasa Hamil Yang Ibu Wajib Ambil TahuMy Profile

    • UmmuZuhayr :

      betul tu….syu biasanya mmg standby at least 2 3 nama yang Syu suka…melainkan dah lahir tetiba nak nama lain pulak…hehehehe..

  3. bab pakaian baby tu betul. tak payah beli banyak sangat. anak sulung biasa mak ayah teruja bila setiap kali shopping rasa semua baju nak borong.
    Ros recently posted…Rahsia Kekal Bertenaga Semasa Hamil Siap Boleh Naik Flight LagiMy Profile

    • UmmuZuhayr :

      biasala tu kak ros…bila anak sulung nie semua nak beli…tapi last2 banyak baju tak terpakai pun sebab dah tak muat…

  4. Assalamualaikum..
    Boleh sy tahu set berpantang Shaklee tu apa je yang ada dalam nya ye? Sy berminat nak amalkan selepas bersalin nnt, Sy pernah consume product ni dulu. Tapi banyak sangat kan dia punya product dan function..
    ThaNks

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.