10 Ayat Jangan Disebut Suami Kepada Isteri Hamil

10 Ayat Jangan Disebut Suami Kepada Isteri Hamil

Isteri hamil mempunyai emosi yang tidak stabil semasa mengandung. Kadang-kadang ketawa walaupun perkara itu tak kelakar pun, ada juga yang menangis padahal cerita yang ditonton takde la sesedih mana pun. Tapi, itulah hakikat wanita hamil. Jadi, orang sekeliling, terutama suami haruslah menjadi lebih sensitif dan peka kepada emosi si isteri supaya mereka tidak terasa dengan kata-kata suami sendiri.

Antara ayat-ayat yang ‘tajam’ dan selalu menyakitkan hati isteri jika disebut oleh suami adalah:

hubby n wife arguing

1. Awak nie asyik tidur je. Penat sangat ke?

Ketika isteri mengandung, mereka memang senang penat dan memang selalu mengantuk. Biarlah isteri kita tidur. Bila mereka banyak rehat, baby yang dikandungnya pun akan sihat juga πŸ™‚

2. Hari nie pun awak tak masak ke? Kena makan di luar juga ke?

Ada sesetengah isteri memang akan ada alahan masuk dapur. Bau masakan pun boleh buat mereka loya. Tak salahkan kalau kita beli makanan supaya isteri kita tak payah masak. Kalau teringin sangat nak isteri kita masak, tunggulah sehingga mereka sihat barulah request nak makan apa.

3. Bersepahnya rumah. Awak tak mengemas ke?

Rumah bersepah itu lumrah, lagi-lagi kalau kita ada anak kecil dan isteri yang tengah hamil. Biarlah isteri kita rehat, tak payahlah paksa mereka mengemas teruk-teruk. Setakat baju tak basuh, kita boleh hantar dobi, setakat rumah bersepah tak bersapu, boleh panggil cleaner datang untuk cuci dan kemas rumah. Suami menolong la mana yang boleh.

4. Badan awak macam dah makin besar je nie. Exercise la sikit.Β 

Ini adalah NO NO. Jangan sebut yang isteri makin gemuk. Dah la isteri kita mengandungkan anak kita, hargailah mereka walau apa juga keadaan mereka. Isteri kita bersungguh-sungguh makan makanan yang berkhasiat dan makan suplement semasa hamil supaya anak yang dikandung membesar dengan sihat. Nanti lepas bersalin, in sya Allah isteri kita kuruslah semula πŸ™‚

5. Pucatnya muka awak.

Biasanya muka pucat sebab tak de selera nak makan ataupun terlalu penat. Janganlah dikomen lagi muka yang pucat tu. Mungkin suami boleh membantu isteri untuk untuk tambah selera makannya supaya isteri kita lebih sihat dan bertenaga.

6. Apa line-line pada perut awak tu?

Jangan ditegur pasal stretchmarks. Memang menakutkan isteri tau. isteri kalau boleh tak nak ingat pun yang mereka ada stretchmarks yang mungkin susah nak hilang tu. Janganlah ditambah lagi kerungsingannya itu.

7. Sikit-sikit menangis. Takde kerja lain ke?

Untuk pengetahuan suami, isteri kita masa mengandung memang emosi tak stabil. Kadang-kadang isteri kita menangis tanpa sebab pun. Layankan je la emosinya itu. Bukannya lama pun isteri kita begini.

8. Nak makan ____________ sekarang? Esok-esoklah saya carikan.

Kalau isteri mengidam nak makan sesuatu, carikanlah selagi mampu asalkan bukan makanan yang tak boleh makan dah la. Isteri kita nak bermanja je sekali-sekala.

9. Banyaknya awak makan.

Isteri makan untuk dua orang, bukannya untuk diri sendiri je. Bagilah isteri kita makan makanan yang berkhasiat supaya mereka bertenaga sepanjang hamil.

10. Kenapa kerap sangat awak muntah nie?

Perubahan hormon dalam badan isteri kita semasa dia hamil yang menyebabkan dia loya dan mual-mual sehingga boleh menyebabkan muntah. Bukanlah diminta ia berlaku, jadi bertimbang rasa la wahai suami.

Ini adalah sekadar peringatan kepada suami. Isteri kita mengandungkan anak kita, zuriat kita. Jagalah isteri kita dan janganlah sakiti hari mereka πŸ™‚ Hargailah pengorbanan yang isteri kita dah buat nie.

Jangan lupa sediakan segala keperluan yang terbaik buat isteri kita semasa mengandung dan juga lepas dah bersalin nanti πŸ˜€

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Ramai suami mcmni kan, bukan nak faham yang istrri kandungkan zuriat dia. Ingat senang ke? Huhu.. Alhamdulillah encik suami sgt memahami, kalau x, siap! Hehe
    Ibu Zarith recently posted…Bertenaga Semasa Berpuasa Walaupun Hamil Dan Menyusukan Dengan Set Mighty 3 GemsMy Profile

  2. Alhamdulilah, dikurniakan suami yg memahami..memang peknen ni lain macam skit feel die kan.hihi..suami2 mmg nak kna sabar lebih sikit..hehe

    • UmmuZuhayr :

      alhamdulillah ayu dapat suami yang memahami…:)

      tapi memang preggy la masa nak bermanja kan…nak itu ini…suami mmg kena sabar lebih… πŸ˜€

  3. Nice entry..boleh tags suami masing2..hehe..moga lebih saling memahami..
    Gdah Abdullah recently posted…[Infografik] 10 Tips Mudah Bangun SubuhMy Profile

  4. suami saya semua di atas. sedih

    • UmmuZuhayr :

      Assalam amirah…sedey Syu dengar, tapi bertahanlah dan berdoalah yang suami amirah sedar apa yang dia cakap tu buat kita terasa…

      kalau amirah rasa kuat, cakaplah dengan suami elok2 πŸ™‚

  5. ketika saya mengandung anak ptama sy xde la excited sgt…ketika kandungan dlm 3-4bln suami saya bawa berpisah… kerana dia xtahan sy tanya ttg sms yg memanggil dia syg. sy tny sapa pmpuan tu? dia jwb jg tp entah btl entah x. dia kata slh seorang (suami sy guru)… sy tanya dgn tenang sb xnak tuduh melulu sblm bt siasatan tp dia pula yg emo lebih2 shingga bawa sy berpisah… sy sedih sangat… akhirnya dia diberhentikan kerja krn mslh tatatertib…bermula la era sy yg terpalsa bekerja utk myara suami n anak2.. tp nmpknya dia mc dgn tabiat dia suka melayan perempuan wlaupun kini dah beranak 3.. sy tahan je…tp bila sampai masanya sy akan tinggalkan dia juga kalau dia buat hal lg… biarlah dia bahagia menggatal tanpa ada gangguan dari sy..sbagai isteri yg da bkerja 3 tahun lamanya myara dia sy harap dia ingat juga pengorbanan sy… ada sn knp emo sy xstabil. sb sy masih nmpk betapa gatalnya chat/sms-wasap/ fb dia ngan pmpn lain…yg penah jd gf dia dlu2 jg dgn pmpn baru… sy stress spnjg masa n rasanya mcm nak tamatkan je hubungan kami yg suda terbina 10 tahun lalu…tuhan saja yg mampu selamatlkan saya…sy sgt yakin doa org2 yg dianiayai sentiasa dimakbulkan…

    • UmmuZuhayr :

      saya bersimpati dina…saya doakan dina diberi kekuatan utk buat apa yang dina rasa betul, demi dina dan anak2…jgn menyeksa diri sendiri sbb kita ada anak yang sgt2 perlukan perhatian kita..

      moga dina kuat ye:)

  6. Huhu bsyukur ada suami yg x langsung tny. Haha kalau tny mau mnyinga bini nye ni.. or silap haribulan die tido lua hahaha..

    Blogwalking
    http://www.ceritaumiabi.com
    Nana

    • UmmuZuhayr :

      hahaha…kesian suami kalau kena tdo luar nana…
      tapi emosi kita masa mengandung mmg tak blh nak dijangkan kan…bersabar la ye… πŸ™‚

  7. Saya setuju. Suami kena byk bersabar. Izin share ye. Terima kasih πŸ™‚

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.